Pages

Tuesday 9 July 2013

TERIMA KASIH MB KEDAH TUNAI TUNTUTAN BERSIH KUIN : KEMBALIKAN HAK DAN KEBAJIKAN STAF KUIN


Bersempena menjelang bulan ramadhan yang akan tiba esok kakitangan KUIN boleh tersenyum lebar kerana kehadiran mengejut  Dato Mukhriz Tun Mahathir semalam membawa makna yang sangat besar kepada kakitangan KUIN khususnya perjuangan BERSIH KUIN.



Semalam berlangsungnya Majlis Istiqbal Ramadhan dan perjumpaan bulanan Pemangku Rektor dengan semua kakitangan KUINbertujuan untuk menjelaskan isu dan keadaan sebenar KUIN terkini. Walaupun pada peringkat awal ada kakitangan yang mengatakan program dah lewat nak balik ambil anak, namun segalanya bertukar menjadi 'kejutan' apabila tiba-tiba pengerusi mengumumkan ketibaan YAB Dato Menteri Besar Kedah masuk dewan.

Dato Mukhriz hadir sebenarnya adalah untuk mengumumkan keputusan Kerajaan dan Lembaga Pengarah KUIN yang bersetuju untuk mengembalikan semula  hak dan kebajikan kakitangan KUIN yang telah diabaikan sebelum ini. Antara khabar gembira ialah Kerajaan bersetuju mengguna kembali :
1. Pekeliling kenaikan gaji 13 %
2. Pekeliling kenaikan elaun COLA
3. Pekeliling kenaikan satu tangga gaji
4. Pekeliling pemberian bonus
5. Mengguna pakai semua pekeliling yang diumumkan Kerajaan.
6. Menjadikan KUIN sebagai badan Berkanun Negeri seperti sedia kala selepas Azizan menswastakan kakitangan KUIN.

Pihak skuad BERSIH KUIN mengucapkan jutaan terima kasih kerana MB menyebuut perkataan GERAKAN BERSIH KUIN dalam ucapannya dan memberi perhatian terhadap tuntutan yangdikemukan oleh BERSIH KUIN semasa kali pertama berjumpa di Pejabat MB pada minggu pertama menjadi Menteri Besar.