Pages

Monday, 3 February 2014

TERIMA KASIH TUAN PENDAFTAR


En. Zaid Bin Ahmad-Pendaftar KUIN
gambar(www.insaniah.edu.my)
GBK ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pendaftar kerana telah banyak mempertahankan banyak perkara terutamanya yang berkaitan dengan KUIN dan warganya. Kami warga KUIN sangat menghargai jasa tuan. Semoga Allah S.W.T. sentiasa bersama tuan. Kakitangan KUIN sangat berbangga mempunyai pengawai seperti beliau yang sentiasa menegakkan perkara yang benar.

"Menegur demi KUIN yang dicintai, bukan demi peribadi yang mempunyai agenda tersendiri"

Saturday, 1 February 2014

APABILA INSAN TULIS MENULIS.....TERIMA KASIH IT


KUIN Mergong. Disinilah lahirnya para ulama dan umara yang bertebaran seluruh dunia.
Pemilihan BKS Staf telah berlaku baru-baru ini. Tahniah kepada barisan AJK yang diketuai oleh Ustaz Hazli Al-Hafiz dilantik menjadi pengerusi yang baru. Saya ingin  menyentuh ucapan perasmian yang dibuat oleh Rektor KUIN. Banyak maklumbalas yang saya dengar bahawa Datuk bercakap pelbagai perkara untuk kakitangan KUIN sewaktu ucapan tersebut. Untuk pengetahuan Datuk, ada beberapa perkara yang kakitangan KUIN tidak mahu dengar atau tidak berminat untuk dengar. Saya akan senaraikan beberapa perkara yang harus Datuk tahu sekiranya berlakunya perjumpaan kakitangan KUIN selepas ini. 

1.    Berjanji berkenaan kenaikkan gaji, bonus, pencen dan sebagainya.  
Umum mengetahui bahawa sewaktu pengurusan terdahulu, kakitangan KUIN dijanjikan dengan pencen yang hampir 1 juta....saya ulang....1 juta!!! Namun janji tersebut hanya tinggal janji yang harus ditelan oleh kakitangan KUIN. Jesteru itu, saya memohon Datuk agar tidak mengulangi ayat yang telah lama kami dengar ketika pemerintahan terdahulu. Tidak perlulah berjanji akan memberi bonus mahupun gaji yang tinggi kerana kakitangan KUIN sudah kenyang dengan janji yang mengarut dan merapu. Selesaikan dulu masalah yang membelenggu kakitangan KUIN seperti bayaran kepada klinik panel, kad insuran dan sebagainya. Selesaikan juga masalah kakitangan KUIN yang sudah lama berkhidmat tetapi masih berada dalam status sementara, sambilan, kontrak dan sebagainya. Selesaikan juga hutang-hutang lama yang ditinggalkan oleh pengurusan terdahulu. Selesaikan terlebih dahulu isu kampus Stargate. Buktikan dahulu KUIN mampu mencapai kadar kenaikkan pelajar seperti yang dimomokkan sebelum ini. Kemudian barulah boleh berjanji itupun biarlah secara rasional. Percayalah Datuk, kakitangan KUIN langsung tidak memerlukan bonus puluhan ribu, gaji jutaan ringgit. Tetapi cukuplah segala kebajikan kakitangan diambil peduli. Tidak mustahil kakitangan KUIN akan bangkit sekiranya hak dan kebebasan mereka dirampas sesuka hati. 

 2.    Isu perpindahan ke KKK 
Ingin saya tegaskan disini bahawa sekiranya perjumpaan bersama kakitangan KUIN berlaku dengan Datuk selepas ini, perkara diatas tak perlu untuk disebut. Ini kerana ramai kakitangan KUIN merasa terbeban sekiranya isu perpindahan ini sentiasa disebut-sebut. Pada ketika pengurusan dahulu, isu ini sentiasa diulang dan diulang sehinggakan kakitangan KUIN terpaksa bangkit untuk melawan. Isu perpindahan inilah menjadi suatu isu yang sangat sensitif oleh kakitangan KUIN, bilamana kakitangan kuin terpaksa bermula dari kosong sekiranya perpindahan berlaku. Mereka yang berada diluar negeri Kedah atau bukan orang Kedah tidak perlu risau kerana boleh pindah pada bila-bila masa sahaja. Tetapi sekiranya kakitangan KUIN yang telah berbelas tahun berada di Alor Setar akan merasa tertekan dengan isu ini.  Kakitangan KUIN berpaksa berulang alik ke KKK sekiranya perpindahan berlaku kerana anak, isteri dan suami kami berada di Alor Setar. Kami tidak mempunyai gaji yang tinggi, kami juga tidak ada pemandu peribadi, kami juga terpaksa membayar duit minyak, tol malahan sewa rumah dengan hasil titik peluh gaji kami yang tidak seberapa. Jadi saya mohon agar Datuk berhati-hati apabila membicarakan isu ini.  

3.    KUIN swasta atau kerajaan (badan berkanun) 
Untuk pengetahuan Datuk, sewaktu kerajaan dahulu memerintah, terlalu banyak kepincangan yang berlaku. Seperti contoh, pembayaran gaji yang terlalu tinggi, penubuhan anak syarikat yang tunggang langgang dan sebagainya. Ini disebabkan oleh KUIN diletakkan di bawah swasta tanpa ada pengawasan oleh badan yang berautoriti seperti SPA negeri Kedah. Disebabkan itulah, perkara utama yang diperjuangkan oleh kakitangan KUIN dahulu adalah supaya KUIN diletakkan dibawah badan berkanun negeri kerana untuk menggelakkan masalah seperti diatas berlaku. Kunjungan YAB Menteri Besar Kedah pada 9 Julai tempohari telah bersetuju bahawa KUIN akan dijadikan badan berkanun negeri. Kakitangan KUIN merasa begitu gembira dengan pemakluman ini. Tetapi setelah Datuk masuk sebagai Rektor, perkara ini langsung tidak kedengaran dan berlaku. Tiada langsung usaha untuk dijadikan KUIN sebuah badan berkanun negeri. Datuk perlu wujudkan sebuah jawatankuasa kearah perkara tersebut.  Kakitangan KUIN begitu hairan dan pelik sedangkan YAB Menteri Besar telah mengumumkan perkara ini. Disebabkan itulah kakitangan KUIN begitu khuathir sekiranya KUIN akan menjadi seperti dahulu.   

4.    Memuji penasihat 
Sewaktu pengurusan terdahulu, beliau sering memuji insan-insan yang berada di sekeliling beliau. Sehinggakan insan tersebut begitu istimewa dimata beliau. Jesteru itu, kakitangan KUIN harapkan bahawa Datuk tidak terlalu memuji penasihat-penasihat yang berada disekeliling Datuk. Kami yang bekerja lama di KUIN ini tahu akan perangai penasihat-penasihat sekarang. Untuk apa bertukar kerajaan negeri, untuk apa bertukar menteri besar, untuk apa bertukar barisan exco, untuk apa bertukar rektor, untuk apa bertukar timbalan rektor, untuk apa bertukar ketua-ketua jabatan sekiranya penasihat-penasihat kerajaan lama masih boleh memberi nasihat??? Datuk turunlah..tanyalah kakitangan KUIN...adakah mereka berpuashati dengan apa yang berlaku sekarang??? Kita banyak tok-tok guru yang telah jatuh bangun bersama KUIN. Tanyalah pandangan mereka seikhlas-ikhlasnya agar mereka dapat memberikan input yang terbaik buat KUIN.

 Itulah sedikit sebanyak perkara yang tidak perlu Datuk sebut sewaktu perjumpaan bersama kakitangan KUIN. Untuk pengetahuan Datuk, ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata. Datuk boleh abaikan sekiranya semua perkara diatas tidak relevan kepada Datuk. Semoga Datuk berjaya mengambil semula hati kakitangan KUIN yang selama ini direnyuk, dipijak dan  diludah setelah sekian lama. Saya turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap Dato’ Barni kerana jawatan singkat beliau sebagai Pemangku Rektor telah banyak menggembirakan kakitangan KUIN seperti kenaikkan gaji 13 peratus, COLA, bonus tahunan, pembayaran tertunggak kepada pihak bank seperti rumah, kereta, pinjaman peribadi, zakat, insuran, klinik panel, usaha beliau menjadikan KUIN badan berkanun negeri dan banyak lagi yang tidak disebut. Semoga Allah S.W.T sentiasa bersama Dato’ dan dikekalkan kesihatan yang berpanjangan. Terima kasih Dato’.
-IT- 

admin: khabarnya kakitangan Sekolah Bestari telah ditemuduga. Kita tidak tahu apa perancangan yang sedang diaturkan oleh pengurusan baru ini. Harap kakitangan KUIN bersabar dengan perkara ini.

"Menegur demi KUIN yang dicintai, bukan demi peribadi yang mempunyai agenda tersendiri"

Thursday, 30 January 2014

SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH DARIPADA GBK....

GBK mengucapkan sekalung tahniah kepada Prof. Madya Dr. Sharipah Azizah binti Syed Sahil yang telah menerima pingat Ahli Mahkota Kedah (AMK) sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang ke-86. Admin dimaklumkan selepas ini ramai lagi pendokong GBK akan menerima Pingat dari KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Admin akan maklumkan dari masa ke semasa. Menjunjung kasih Tuanku. Daulat Tuanku!!

IBSS.....

Lambang Insan Bestari Smart School
Admin dimaklumkan bahawa satu temuduga kepada kakitangan IBSS telah diadakan. BAGUS & TAHNIAH!!!. Teruskan legasi Jamil..........

AL-FATIHAH

Dimaklumkan bahawa ibu kepada Saudara Shaharudin Shafie telah meninggal dunia pada 30 Januari 2014, jam 7.50 malam, di Hospital Sultanah Bahiyah. Jenazah akan disempurnakan di Masjid Melele sebelum Jumaat. Diharap Saudara Shaharudin tabah dalam menghadapi dugaan ini. Semoga roh ibu beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.......

Sunday, 26 January 2014

TERKINI : PELAJAR KUIN SESAT DALAM HUTAN GUNUNG JERAI

Gunung Jerai
Difahamkan, dua lelaki dan 16 pelajar perempuan yang menaiki tangga Kenari kira-kira jam 10 pagi semalam gagal turun sehingga ke hari ini menyebabkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat dan polis dikejarkan ke tempat kejadian bagi kerja mencari dan menyelamat.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kedah Nazri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 6.24 petang tadi sebelum enam anggota dari BBP Yan dikejarkan ke tempat kejadian.

"Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 7 petang tadi diketuai Penguasa Bom Kanan II S Sivalingam dan usaha mencari serta menyelamat akan diteruskan malam ini," katanya

Namun menurut sumber kira-kira jam 10.00 malam semua 16 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bersama dua jurupandu arah ditemui selamat di puncak Gunung Jerai oleh pasukan penyelamat.

Pasukan keselamatan membawa mereka turun melalui Tangga Kenari di Titi Hayun.

PEMILIHAN BADAN KEBAJIKAN STAF (BKS) KUIN

sebahagian kakitangan KUIN semasa pemilihan BKS KUIN

Tahniah!!! kepada semua AJK BKS KUIN...Tahniah kepada Ustaz Hazli diatas perlantikan sebagai Pengerusi yang baru. Admin yakin Ustaz bersama gandingan jawatankuasa baru dapat mampu merencanakan aktiviti yang berfaedah demi kebajikan staf  KUIN. Kembalikan senyumanmu warga KUIN....

Tapi admin bangga sebab Rektor menyebut tentang blog pada semua staf KUIN , menandakan Rektor adalah pembaca setia blog merah ini. hmmmmmm...

Jadi semua staf KUIN pun wajib baca blog ini. Tiada yang tak betul dan tiada yang fitnah dalam blog ini melainkan fakta yang bertanggungjawab.

'DEMI KEBAJIKAN STAF KITA BERSATU'

Friday, 24 January 2014

CERITA LAWAK...

 Penat dah berjuang, tak habis-habis lagi..laa ni kita rehat sat...hilangkan tension....

Kisah Lucu: Pencuri Kasut

Di sebuah masjid selepas sembahyang Jumaat kelihatan seorang lelaki resah mencari sesuatu di tangga.

  BB: Kenapa ni SS?
SS : Kasut aku hilang.
  BB: Cuba cari betul-betul.
SS: Takde.. yang tinggal selipar buruk ni je..Ishh.. kasut tu baru lagi aku beli. Baru 3 - 4 kali je aku pakai.
  BB: Aku rasa pencuri tu mengikut saranan tok khatib masa khutbah tadi kot.
SS : Maksud ko?
  BB: Ye la.. tok khatib tu kata..

"MAKA AMBILLAH YG BAIK-BAIK DAN TINGGALLAH YANG BURUK".

SS : Huh?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Lawak Orang Gila

 Seorang penduduk yang dikatakan kurang waras, secara tergesa-gesa pergi ke surau pada pukul 10 pagi, lalu melaungkan azan.

Penduduk kampung mendengar azan di luar waktu mula rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid untuk menyiasat. Selepas melihat orang gila itu azan, ketua kampung menjerit

"Hoi, sekarang pukul 10 pagi ni azan solat apa? Zohor pun belum masuk!"

Orang gila menjawab:

"Tadi azan yang betul pukul 6 pagi ada 5 orang je datang, ni azan yang salah sekampung pulak datang?"

Penduduk kampung terdiam....

BERITA PANAS...

Admin mendapat tahu bahawa terdapat satu keputusan yang dibuat mungkin tidak menyenangkan kakitangan KUIN. Sudahlah kita tertekan dengan isu perpindahan, kita ditekan lagi dengan pelbagai masalah dari segenap sudut dan ruang..Apapun tunggulah memo rasmi daripada pihak pengurusan.....Untuk itu, tenangkan fikiran, jangan rungsing, manfaatkan cuti hujung minggu anda bersama keluarga..Pikiaq pun buat apa..buat sakit badan jee...selamat beramal...;-)

260114...PUTIH!!!

"LAMBANG KERAMAT"..MASIHKAH DIKAU INGAT???



PENASIHAT YANG SEDANG BERMAHARAJALELA DI KUIN...

1. LIFE di Langkawi..??? Tetapi masih diterima sebagai penasihat sehingga hari ini...
2. Kampus INSANIAH di Kemboja dan Thailand...???Tetapi masih menjadi penasihat sehingga hari ini...
3. Perpindahan secara tergesa-gesa ke KKK suatu ketika dahulu...???Tetapi masih menjadi penasihat sehingga hari ini...

Pening, hairan, ajaib, pelik...walaupun pelbagai kegagalan demi kegagalan yang berlaku sehingga hari ini, tetapi masih lagi mampu tersenyum dan memberi nasihat untuk KUIN.....apa dah jadi???
Benarlah kata seorang sahabat di KUIN...kerajaan dahulu dan sekarang...SAMA SAJA!!!

"kebajikan staf diutamakan"
*gambar dan imej sekadar hiasan.

Wednesday, 22 January 2014

26 JANUARI 2014....PUTIH!!!


PANTUN LAGI…PASAI SAPA LAGI….APA…..THE BIG BROTHER…..!!!

Umur dah tua, elok lah bersara
Jangan ganggu staf KUIN nk buat keje derr…
Kalau nak tahu siapa dia…
Itu yang kita panggil The Big Brother

Umuq tua ni, umuq subsidi
P la bertaubat kalau ada masa lagi
Jangan dok jaja nama kesana kemari
Kononnya diri sedang dipuji

Cerita Mahkota ka lagi hari ni…
Adoii…tak habih2 lagii ka nie…
Kita cerita sbb ada orang dah berjanji…
Dia  nk bagi 30 k…bleh percaya ka dia nie….

Orang dok meluat kiri dan kanan
Tapi muka hemoi, buat2 tak perasan
La ni dia dok intai macam 2 jawatan
Apa yang dia idamkan..itulah dekan…

Cerita lembu pun tak habis lagi
Dulu berjanji boleh bagi
Tiba-tiba mai bil pagi-pagi..
Suruh bayaq..kot mana pun..Insaniah ‘kena’ lagi…

Isu perpindahan ke KKK..
Tapi macam ada benda yang tak ok…
Bila ditanya macam mana KKK..
Tapi jawabnya semua ok..ok..ok…

Pantun pun ada, teki teki pun ada
Saja nk duga, pembaca setia…
Mai hijau pun dia besaq, mai biru pun dia besaq..
Apakah menatang ni namanya?

Itu lah dia sedikit cerita…
Kalau ada yang terasa biaq kat hang laa..
Jangan dok jadi lalang sangat laa..
Orang dok meluat lagi ada laaa….

PEMILIHAN PENGERUSI SEMPENA MESY. AGUNG BKS KUIN....

Salam kepada semua pembaca Blog Merah....

Kita sedia maklum bahawa satu pemilihan AJK bagi BKS KUIN akan berlangsung pada Ahad ini. Apa yang diharapkan kepada semua kakitangan KUIN turun untuk mengundi bagi memilih kepimpinan yang baru. Dan diharap juga kepimpinan baru ini dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Semoga kepimpinan yang bakal di pilih ini akan terus mempertahankan kebajikan kakitangan KUIN yang selama ini dirobek oleh kepimpinan lama. Admin tak mahu menyentuh pemilihan keseluruhan jawatankuasa, tetapi disini admin ingin menyarankan 3 nama yang patut diangkat menjadi Pengerusi BKS.
                                                 1. Tuan Jai-Muamalat
                    
                                              2. En. Taufek Ishak-Perpustakaan

                                                   3. En. Asri-PRO

Selamat bermesyuarat....

Kembalikan roh perjuangan GBK....tunjukkan kesatuan kita, bentangkan kekuatan kita, rapatkan kembali saf kita. Kita gempur, kita lunturkan kebatilan, kita bangunkan segala kudrat kita demi KUIN yang kita cintai..Ayuh sahabat-sahabatku.....Bangkitkan gelombang PUTIH........

Tuesday, 21 January 2014

EMAIL DARI PEMBACA BLOG MERAH...

Tajuk : Kebajikan dimahkotakan, sangat besar nilainya.....

Alkisah besarnya kisah ini. Ada seorang hero yang besar nak settlekan tunggakan kat sebuah klinik...nak mahkotakan dulu RM30k...tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, cek tak sampai2..punyalah besar cek tu sampai lamanya nak tulis cek...atau nak tolong settle dengan duit sendiri kot?...Baguslah kalau macam tu...tapi jangan cakap besar...buat dak pun....

p/s : ayat diatas hanya staf KUIN sahaja yang faham. Jika pembaca luar tak faham tak mengapa....


admin : pelik jugak yeee.....anda kenal sapa itu......

"kebajikan staf diutamakan"