Pages

Monday, 5 November 2012

AKUAN SUMPAH DIPESURUH JAYA SUMPAH MEMBUKTIKAN MINIT PALSU TELAH DIARAHKAN OLEH JAMIL UNTUK ELAK BAYAR HUTANG SHAKE MELIBIHI RM 2 JUTA


Lagi "KLIK MORE"

MINIT MESYUARAT YANG DIARAHKAN DIPALSUKAN FAKTA SEBENAR


Perkara 4 dalam minit ini tidak langsung dibincangkan dalam perjumpaan bahkan hanya diada-adakan oleh Jamil hanya sekadar untuk menganiaya En Shake agar KUIN tak bayar hutang Shake.

Perkara 4 sengaja dimasukkan untuk memastikan KUIN menang di Mahkamah Tinggi dengan cara tipu , bohong dan palsu


MAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR ARAH KUIN BAYAR SAMAN 1.5 JUTA



Sinar 5 Nov 2012,

Jamil menggunakan minit palsu untuk kalahkan Shake, namun kuasa Allah memenangkan orang yang dizalimi.."Shake"
Shake :

" Saya ingin menyatakan di sini bahawa Insaniah sendiri seolah olah berhadapan konflik dalaman apabila pihak pengurusan kanan MENYEDIAKAN DOKUMEN PALSU kononnya bagi mengelakkan untuk membayar hutang"

Lagi "KLIK MORE"

Sunday, 4 November 2012

MESYUARAT NAK PALSUKAN YANG DAH PALSU

5 Nov - Semalam disebabkan Jamil dan kuncunya tidak menyangka blog Kedahan boleh membocorkan minit palsu danakuan sumpah mahkamah, Jamil ibarat cacing kepanasan.

Satu mesyuarat telah diadakan oleh puak-puak suka palsu dokumen KUIN untuk bincangkan macamana nak jawab bagi sama... kot kot la polis maiiii... pakat dok reka cipta alasan dan nak palsukan yang dah palsu .

Kalau bohong sekali akan bohong kali kedua.... Bohong kali kedua akan bohong kali ketiga .... Jika bohong dua kali akan terus berbohong.

BERSIH KUIN : KATAKAN TIDAK PADA JAMUAN BASUH BALAI KONVO PADA 8 NOV INI

Ketika KUIN berhadapan dengan krisis kewangan yang sangat kriktikal, pelbagai bayaran kepada pembekal, hutang-hutang tertunggak yang gagal dijelaskan kepada pelbagai pihak, rupa-rupanya PRO dah edar kad jemputan kepada petugas-petugas Konvo 13 % jemput hadir ke Jamuan Basuh Balai Konvo 14 pada 8 November 2012 (Khamis) di Restoran Old Village, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.

Secara rasionalnya, untuk apa jamuan ini diadakan? Semasa 17 dan 18 September 2012 semua petugas dah makan free pun, inilah orang-orang yang buat-buat tidak tau kedudukan kewangan KUIN.  Cukup-cukup la makan free Mr F oi. Hutang kellilng pinggang pun tak selesai , nak buat hutang baru pulak !

Oleh itu Skuad BERSIH KUIN mengarahkan akan tidak hadir jamuan tersebut  kerana ia tidak ada apa-apa kepentiangan. Jika konvo kita ada kepentingan pelajar yang berjaya dan perlu diraikan namun program basuh balai ini hanya agenda Jamil dan Mr F sahaja. Mungkin ini antara jalan untuk meraih sokongan kakitangan yang sudah lama sedar bahawa Jamil adalah seorang penipu dan suka ambil hak orang dan tak mahu bayar hutang.

semua ahli bersih KUIN buatlah apa-apa alasan untuk tidak hadir seperti :
   - Ambil anak balik sekolah/asrama cuti akhir tahun
   - Puasa sunat khamis
   - cuti sakit / MC
   - tak sihat
   - Meluat kat Jamil
   - Dan lain-lain.

MEDIA UTAMA :KUIN DIARAH BAYAR GANTI RUGI RM 1.599 JUTA KERANA GAGAL BAYAR HUTANG PERKHIDMATAN

Sumber :
Bernama
Sinar Harian
My Newshub
Berita Harian
RTM TV 1
TV3
PAKR.MY
Suanday Daily
The Malaysian Insider
Medan Tempur Kedah

 4 November 2012
SUNGAI PETANI - Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah), milik kerajaan Kedah, membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd pada 31 Oktober lepas kerana kegagalan melunaskan bayaran perkhidmatan yang disediakan syarikat itu.

Pengarah Urusan syarikat itu, Shaikh Faisol Shaikh Yusoff berkata, beliau lega dengan keputusan itu walaupun jumlah bayaran yang diperoleh hanya bagi baki bayaran kontrak.

Pada Mac lepas, Shaikh Faisol membuat tuntutan di mahkamah terhadap Insaniah sebanyak RM1.599 juta untuk baki bayaran dalam kontrak, RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief.

Katanya, syarikat itu menyediakan perkhidmatan kepada 300 pelajar Insaniah di cawangan Insaniah Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.

Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan asrama (kediaman) dan pengangkutan untuk seramai 300 pelajar, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

ISU ARAHAN MENIPU DOKUMEN RASMI UNIVERSITI : BERSEDIAKAH JAMIL ?



Saturday, 3 November 2012

ISU JAMIL ARAHKAN PALSUKAN DOKUMEN RASMI : ADAKAH JAMIL PERLU DISIASAT SPRM DAN POLIS ?


Jamil perlu bersedia berhadapan dengan siasatan dari Polis dan SPRM atas kerukusan beliau menipu seluruh rakyat Kedah, apatah lagi penipuan dibuat ke atas dokumen rasmi Universiti dan menurut sumber diberikan juga dokumen itu kepada mahkamah bagi memastikan KUIN berjaya mengenepikan saman Shake sebanyak 3 juta, NAMUN Allah bersama orang yang dizalimi, KUIN kalah dan diarah bayar melebihi 1.5 juta pada Shake

JAMIL PERLU DISIASAT UNTUK KENAKAN TINDAKAN TATA TERTIB

Mr SS yang kini menjalankan tugas pendaftar perlu menyiasat dengan terperinci terhadap dakwaan blog dan media yang melibatkan penipuan dokumen minit mesyuarat oleh Jamil dan konconya.

Mr SS perlu integriti dalam mennjalankan siasatan ini. Berkata benar walupun sakit. Jika benar , geng pegawai undang-undang KUIN perlu tampil untuk melakukan pendakwaan kepada Jamil agar dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melakukan jenayah kolar putih yang memalukan naman KUIN.

KUIN tercalar dengan adanya orang seperti jamil yang sanggup mennipu hanya kerana tak mahu bayar hutang yang menjadi hak orang lain.

ISU HUTANG : BEBERAPA SYARIKAT PEMBEKAL BAKAL BUAT SIDANG MEDIA

Satu persatu maslah bakal dialami KUIN, pelbagai isu melanda Jamil dan KUIN :
- Jamil arahkan buat minit palsu untuk tak mahu bayar hutang, 
- Isu KUIN diarah mahkamah bayar tuntutan 1.5 juta selepas disaman Syarikat Shake, setelah KUIN gagal bayar seperti dalam kontrak perjanjian.
- Isu bekalan air dipotong kerana tak bayar 
- Gaji insaniah holding lambat bayar, 
- Sebahagian syarikat dah mula menyaman insaniah holding kerana gagal langsaikan hutang, 
- Sewaan bangunan stargate tertunggak selama 9 bulan, 
- Bayaran hutang sewaan bangunan asrama farabiy yang  melebihi 1 juta belum dibayar,
- Saman yang bakal dihadapi oleh pemandu KUIN yang dibuang jamil tanpa mengikut prosuder yang sah.
- Syaya yang sedang bekerja dengan syarikat di Turkey nyatakan hasrat nak beli KUIN

Kini anada percaya atau tidak beberapa syarikat pembekal barangan KUIN dan Insaniah Holdings bakal mengadakan satu sidang media untuk memaksa KUIN dan Insaniah Holding membayar hutang mereka yang tertunggak tegar.

Friday, 2 November 2012

JAMIL TERUS DIKECAM BLOGGER KERANA PALSUKAN DOKUMEN RASMI UNIVERSITI

Kuin Kalah Lagi -blog adikwak

Apa nak jadi dengan KUIN sekarang ni. Asyik kalah je kat mahkamah. Itu pun puak penganut PAS dok bangga lagi. Tak ada apa dah yang nak dibanggakan lagi. KUIN kini sudah jahanam dek kerakusan puak PAS. Tunggu pendedahan kami tentang isu KUIN lagi selepas ini. Banyak dah maklumat yang sampai. Lepas ni KUIN bakal disaman lagi oleh seorang kakitanganya.

Berbalik kepada isu terbaru, dimana KUIN telah didapati bersalah dan diarah membayar denda sebanyak RM 1.5 Juta kepada Shake Cuisine Sdn Bhd kerana telah melanggar perjanjian yang ditandatangani bersama bagi kerja-kerja menyediakan perkhidmatan asrama dan pengankutan kepada pelajar KUIN di Kampus Sungai Petani. Pihak KUIN juga menggunakan bukti palsu yang direka-reka untuk membantu mengukuhkan hujah mereka tetapi tak berjaya. Bukti palsu seperti minit mesyuarat dan pengakuan beberapa pegawai di KUIN perlu dipandang serius kerana ini bukanlah mencerminkan sebuah IPT ISLAM. BUKTI PALSU merupakan satu kesalahan didalam undang-undang negara dan mungkin Jamil dan Kroninya bakal menerima habuan mereka nanti. 


Juga tak dinafikan bahawa KUIN kini dah lari dari matlamat asal penubuhannya dari menyediakan pengajian kepada menjual pengajian. Semakin hari semakin banyak pekung mereka kami buka. Akan ada lagi selepas ini pembongkaran mengejutkan dari WAK.

Thursday, 1 November 2012

ISU KRISIS KEWANGAN ,HUTANG KUIN SEMAKIN PARAH : ASRAMA PELAJAR KUIN DIMINTA DIKOSOSNGKAN KERANA KUIN TAK BAYAR HUTANG

Sumber :


Ketika Kerajaan Negeri Kedah mempertahankan hujah kononnya mereka telah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga KUIN, bahkan KUIN tidak mengalami sebarang kerugian di bawah pentadbiran mereka, lain pula praktikaliti mereka terhadap pusat pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri itu.

Kalau semalam, KUIN kalah dalam perbicaraan dan perlu membayar kepada syarikat Shake Cuisine Sdn. Bhd. walaupun telah menggunakan minit mesyuarat palsu, hari ini Kerajaan Negeri Kedah bagaikan dirasuk polong tidak bertuan apabila mengarahkan KUIN mengosongkan bangunan yang dijadikan Asrama Al-Faraby di belakang Sime Tyre, Mergong ekoran kegagalan membayar tunggakan sewa berjumlah RM1.5 juta.

MUNGKIN AKAN ADA HIMPUNAN MEGA 2 DESAK JAMIL LETAK JAWATAN KERANA PECAH AMANAH, MENIPU DOKUMEN RASMI UNIVERSITI, MELAKUKAN KEZALIMAN DAN KURAPSI KEWANGAN


Ahli majlis berdemo tolak SUK Kedah


 
Sekumpulan ahli majlis berkumpul di luar Wisma Datul Aman, bangunan pentadbiran negeri di Alor Setar, hari ini bagi menuntut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Rasli Basir meletakkan jawatan.

Jurucakap mereka Mohd Jamal Nasir berkata, kumpulan mereka, termasuk penghulu-penghulu kampung sudah mengadakan tiga kali bantahan yang sama sebelum ini.

NONEPerhimpunan melibatkan 200 orang itu dimulakan dengan bacaan Yasin di bawah pokok berdepan dengan bangunan itu.

Mohd Jamal yang juga ahli majlis Kubang Pasu berkata, mereka benar-benar mahukan Rasli berundur.

"Kami serius dengan perkara ini. Ini kali keempat kami protes dan kami akan terus lakukannya sampai mesej ini sampai kepada Rasli.

Rasli sebelum ini dikecam atas tindakan menukar beberapa pegawai daerah, termasuk Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Ahmad Fisol Mohd Nor ke ke Kuala Muda.

Difahamkan Rosli kini berada di Mesir atas lawatan kerja.

BLOG PRO AZIZAN HENTAM AZIZAN :INGAT KA AZIZAN AKAN JATUH SEBAB KUIN DAN KCS, RUPANYA SEBAB BOLA PUN AZIZAN BAKAL TERIMA PADAH

Dalam media  :
"ITU hak dia," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ditanya khabar angin penyerang skuad Hijau Kuning, Khyril Muhymeen Mohd Zambri, 25, dikatakan bakal 'dilamar' pasukan negeri lain dengan tawaran gaji lumayan.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah seperti merelakan penghijrahan penyerang kebangsaan itu yang terkenal dengan panggilan Khyril ke negeri selatan tanah air

JAMIL NAK BAYAR SAMAN 1.5 JUTA: ADAKAH WANG DARIPADA KERAJAAN KEDAH AKAN DIGUNAKAN


Azizan janganlah marah Jamil.. sabar banyak banyak
Setelah mahkamah tinggi Aalor Setar memutuskan bahawa pihak KUIN perlu membayar gantirugi kepada pihak Shake Cuisine Sdn Bnd sebanyak RM1.5j maka Jamil terpaksa mencari duit untuk membayar saman tersebut. 

Persoalannya adakah Jamil akan minta bantuan Azizan untuk mendapatkan dana. Jika Jamil telah menisytiharkan KUIN ini swasta maka dia tak layak untuk mohon bantuan kerajaan dan kerajaan Kedah tidak boleh memberikan dana kepada pihak swasta untuk membayar saman mereka.

Shiak menang saman KUIN 1.5 juta
Kita nak tengok adakah Azizan akan mengarahkan kerajaaan negeri untuk membayar saman yang dikenakan ke atas KUIN, jika perkara ini berlaku maka Azizan tidak amanah dan sahlah bahawa KUIN ini adalah kerajaan dan bukan swasta seperti yang diautakan oleh Jamil. Maka staf KUIN layak untuk mendapat kenaikan gaji 13%. dan opsyen pencen umur 60 tahun.