Pages

Thursday, 11 October 2012

KUIN TERUS DILANDA KEMELUT : SUK KEDAH LETAK JAWATAN AHLI LEMBAGA PENGARAH KUIN

Sinar 11 OKT - Rasli letak jawatan Lembaga Pengarah KUIN. Jamil bila lagi
12 OKT - Konflik yang berlaku dalam negeri Kedah secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan KUIN. Terkini dalam kemelut dalaman Kerajaan negeri yang ura-ura mendesak Dato SUK Kedah meletak jawatan,  akhbar Sinar semalam  melaporkan Datok SUK Kedah meletak jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah KUIN.

Ini sudahlah tentu menimbulkan kecelaruan dalam pentadbiran KUIN . Sebelum ini Dato Pegawai Pegawai Kewangan Negeri juga pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah KUIN, kini giliran Dato SUK pula. Pada masa yang sama Azizan dilihat sangat kritikal dalam kesihatan sehingga langsung tidak mengeluarkan kenyataan media kerana terlantar di Hospital di samping emosinya yang tidak stabil.

Oleh itu , yang menjawab semua kemelut dlaman hanyalah Taulan. Taulan bukannya pandai sangat tentang semua isu yang berlaku, cuma sekadar melepaskan batuk ditangga






BERITA KEBAKARAN EN SOBRI ABDULLAH DAPAT SIMPATI DAN LIPUTAN DALAM AKHBAR

11  OKT - Metro Setempat

Wednesday, 10 October 2012

KUTIPAN DERMA KILAT UNTUK SOBRI ABDULLAH

11 Okt - Semua kakitangan disaran untuk memberikan sumbangan berbentuk kewangan kepada keluarga Sobri Abdullah (staf di Jabatan Pendaftar) yang ditimpa kebakaran semalam.

Sumbangan boleh diberikan kepada amil amil Skuad BERSIH KUIN pada hari ini dan sumbangan yang dipungut akan diberikan sendiri by hand kepada ayah Sobri Abdullah.

Kita sayang nak hulurkan wang milik kita, tetapi kita pasti keluarga Sobri lebih menderita. Berikanlah harta yang kita sayang nescaya Allah akan menggantikan dengan kasih sayang yang lebih daripada apa yang kita sayang

KAKITANGAN TAHFIZ YAYASAN ISLAM KEDAH ANTARA YANG AWAL MELAWAT RUMAH AYAHANDA SOBRI - sumber Facebook

Hangus terbakar





PENGABAIAN KEBAJIKAN KAKITANGAN KUIN : JURUTUNJUK KULIAH QURAN BERTUGAS LEBIH 4 TAHUN TANPA PEMOTONGAN KWSP

Anda sedar atau tidak sebahagian kakitangan yangtelah berkhidmat di KUIN melebihi 3 - 4 tahun tidak dibuat caruman pekerja pemotongan KWSP . Mereka adalah kakitangan guru tunjuk di Kuliah Al Quran.

Pengabaian kebajikan mereka memang amat ketara walaupun mereka telah berkhidmat di KUIN sebahagiannya melebihi 4 tahun  :
- Tidak ada slip gaji, menyebabkan mereka tidak boleh untuk membuat sebarang pinjaman seperti kenderaan dan lain-lain.
- Mereka hanya diberikan elaun harian. Bermaksud mereka tidak mendapat bonus atau sebarang ganjaran seperti kakitangan yang lain walaupun kerja mereka sama dengan pekerja lain.
- Mereka tidak dipotong caruman KWSP, dan ini adalah salah dari sudut undang-undang apabila pekerja tidak dipotong KWSP. Skuad BERSIH KUIN memberi masa kepada pihak Jamil satu minggu sahaja untuk selesaikan caruman KWSP mereka. Jika Jamil degil , tindakan undang-undang akan diambil.
- Pembayaran elaun bulanan dibuat lambat sehingga mencecah bulan  seterusnya dan pernah terjadi pembayar dibuat pada hujung bulan seterusnya, sedangkan amount setiap guru tunjuk tidaklah tinggi mana pun jika dibandingkan dengan gaji Jamil dan kroninya.

Inilah pengabaian kebajikan Jamil kepada kakitangan KUIN. Jamil jadi ketua tetapi tak pandai menjaga kebajikan pekerja.

PENGABAIAN KEBAJIKAN KAKITANGAN KUIN : KAKITANGAN SOKONGAN SEMENTARA TIDAK DI TUKAR STATUS KE TARAF TETAP WALAUPUN MENJANGKAU LEBIH 1 TAHUN

Kakitangan sokongan adalah antara penggerak utama KUIN. Mereka dikerah untuk bekerja bagi menaikkan nama KUIN. Buktinya semua kakitangan sokongan menunjukkan komitmen yang tinggi pada Majlis Konvokesyen baru baru ini walaupun hati mereka agak terkilan denan banyak pengabaian kebajikan mereka. Mereka bekerja lebih masa, mengorbankan masa dengan keluarga dan lain lain lagi.

Malangnya bagi sejumlah besar kakitangan yang telah diberikan taraf SEMENTARA selepas menjalani proses temuduga pada tahun lalu, namuun selepas genap setahun , mereka sepatutnya dijanjikan mendapat status TETAP tetapi mereka hanya disambung 6 bulan sahaja dengan taraf yang sama iaitu 'SEMENTARA' .

Keputusan ini dibuat semasa mesyuarat jawatan kuasa pemilih dan kenaikan pangkat yang dipengerusikan oleh Jamil. Dalam kepeutusan tersebut Jamil mengatakan bahawa ada sebahagian di kalangan mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam menjalankan tugas. Mereka sebahgian besar telah berkhidmat di KUIN melebihi 3 hingga 5 tahun, ini beerti pengalaman dan komitmen yang sangat baik ditunjukkan mereka.

Beberapa persoalan yang ingin admin lontarkan kepada Jamil dan semua ahli mesyuarat :
-Kenapa membuat hukuman secara umum bahawa mereka sebahagian mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik. Jika benar kenapa sebahagian yang menunjukkan prestasi yang baik tidak diberikan kenaikan traf status kepada TETAP
- Bukankah yang akan menilai kerja mereka ialah ketua jabatan masing-masing bukannya Jamil. Kenapa tidak diminta ketua jabatan menilai prestasi mereka? 
- Mereka telah dijanjikan sebelum ini, barangsiapa yang menunjukkan prestasi baik mereka akan ditukur status ke TETAP dengan sokongan ketua Jabatan.
- Atau memang sengaja Jamil dan kroni tak mahu bagi tetap , bimbang mereka akan laawan Jamil.
- Jika dilihat dari sudut masalah kewangan , gaji mereka bukanlah tinggi mana pun, berbanding hgaji kroni Jamil yang hampir mencecah RM35,000.00 .

Jamil memang seorang Ketua yang tidak pandai menjaga kebajikan pekerja, melainkan pekerja itu kuat bodek dan kroninya.

Tuesday, 9 October 2012

RUMAH SOBRI ABDULLAH HANGUS TERBAKAR

10 Oktober - Malang tidak berbau. Itulah perumpaan yang menimpa rakan warga kerja KUIN En Sobri Abdullah atau lebih dikenali dengan Sobri Imegresyen apabila rumahnya di kampung Yan Kedah hangus terbakar malam tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar 10 malam dipercayai berpunca daripada lintar pintas elektrik di bahagian atas rumah. Ketika kejadian ibu dan ayahnya sedang beristirehat di aras bawah, tiba-tiba mendengar dentuman kuat di bahagian atas rumah.  Melihat api marak menyala,mereka  bergegas menyelamatkan dirisehelai sepinggang tanpa dapat menyelamatkan harta benda yang lain .

Kejadian berlaku secepat 20 minit itu memusnahkan harta benda bernilai ratusan ribu ringgit termasuk wang tunai puluhan ribu ringgit.

Namun syukur tiada kemalangan jiwa berlaku. Skuad BERSIH KUIN mengucapkan takziah dan bersabar kepada en Sobri dan keluarga.

SKUAD BERSIH KUIN akan melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu meringankan beban yang ditanggung.

AZIZAN MASUK HOSPITAL

Kereta rasmi Azizan kelihatan di Hospital Sultanah Bahiyah petang semalam
10 Okt - Azizan yang dikhabarkan masih mengalami masalah kesihatan ternyata tidak dapat menumpukan kepada perhatian kepada jentera pentadbiran Kerajaan Negeri.  Dalam minggu ini Azizan berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Jalan Langgar, Alor Setar. Kelihatan kereta Azizan (KBV 8) dan beberapa pegawai kanan azizan berada di hospital tersebut semalam. 

Azizan diberitakan ,melakukan pembedahan terhadap masalah matanya. Sesiapa yang berkelapangan datanglah melawat Azizan di HSB  di wad 6 C.
Petunjuk arah ke bilik Azizan (6C), silalah melawat Azizan
Azizan kena belajar bersabar

Menurut sumber, Azizan mengalami pelbagai masalah kesihatan namun masalah kesihatan yang utama ialah :
1. Masalah buah pinggang  - Azizan terpaksa melakukan mencuci buah pinggang (hemodilasis) secara berkala tiga kali seminggu.
2. Masalah mata - beberapa kali operation telah dilakukan.
3. Masalah jantung - Azizan tidak boleh bergerak walaupun dalam lingkungan yang sederhana.




Moral of t story ialah kita doakan Azizan sihat , tetapi kenalah letak jawatan. jaga kesihatan. Pangkat dan kuasa tak akan kemana. Nak tongkat langit sampai bila ?

ISU MQA IJAZAH TAHFIZ KUIN: KPT AKAN TURUN BUAT SISATAN DALAM WAKTU TERDEKAT

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dikhabarkan akan turun ke KUIN untuk membuat penyiasatan mengenai isu Ijazah Tahfiz tidak mempunyai pengiktirafan MQA dalam masa terdekat. 

Menurut sumber, sepatutnya KPT akan turun pada minggu ini, namun tarikh mungkin akan ditunda mengikut kesesuaian dan keadaan pihak KPT. 

Isu ini hangat apabila 7 orang graduan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Quran di KUIN dan telah menerima skrol di majlis konvokesyen daripada Seri Paduka Baginda Agong pada 17 September, namun pihak Kuliah Quran belum lagi menyerahkan dokumen pengiktirafan kepada MQA. 

Setelah isu ini meletup di media tempatan, pihak Kuliah Quran baru mengemukakannya kepada MQA pada 27 September 2012. 

Pada masa yang sama Azizan dan Jamil berbohong dengan mengatakan dokumen adalah di peringkat akhir , namun sebenarnya hantar pun belum lagi ketika itu.

Kita tunggu sahaja apa hasil siasatan KPT nanti. Jika benar-benar bersalah kita harap Jamil selaku Ketua Eksekutif KUIN dikenakan tindakan. Apabilan Jamil dikenakan tindakan , Jamil layak untuk dikenakan tatatertib KUIN atau jamil perlu letak jawatan.

Monday, 8 October 2012

ISU IJAZAH TIADA MQA KEMBALI HANGAT : TAULAN TAK TAHU APA TENTANG ISU PENDIDIKAN, JAWAB DENGAN SEMBORONO DAN NONONO (TAULAN AUTA, ADMIN BLOG BERI FAKTA)


Sinar Utara 9 okt - Taulan Bukan Tau Apa Pasai Pendidikan , Jawapan Isu KUIN menampakkan exco tak buat kerja

 9 Okt - Perghhh , hari ni tetiba isu Ijazah Quran terus meletup kembali..Bulan ini semua isu KUIN dijawab oleh Taulan bukan Azizan kerana dimaklumkan Azizan terpaksa melakukan hemodilisis buah pinggang 3 kali seminggu dan akan menjalani operation mata. disebabkan keadaan emosi yang sangat tidak  stabil maka Taulan jadi pak sanggup.

Namun malang Taulan bila menjawab isu ini , beliau tidak buat home work, bahkan menjawab semborono dan nonono. Sepatutnya jika media tefon kamu wahai taulan, tell them, give me a time......ambil masa buat study dulu sebelkum buat kenyataan akhbar. Namun akhirnya Taulan nampak tidak peka dengan isu pendidikan.

Baiklah , saya akan betulkan semua kesalahn statement yang dikeluarkan oelh Taulan dengan sedikit study yang saya buat. ada 4 isu utama saya akan huraikan:

PERTAMA

Taulan berkata : beliau menafikan graduan tidak boleh memohon pekerjaan berikutan tiada MQA. Mereka boleh menggunakan tanskrip untuk tujuan tersebut

ADMIN MENJAWAB

Pagi tadi selepas saya membaca kenyataan Taulan di dalam akhbar saya terus menelefon rakan saya yang menguruskan hal pengambilan guru J QAF. Beliau berkata beberapa fakta :
- Pemohonan mestilah mengemukakan sijil Ijazah dan menyatakan tarikh sijil dikeluarkan.
- Permohonan menggunakan transkrip peperiksaan tidak diterima kerana prosuder pengesahan tidak jelas walaupun mendapat surat kenyataan sokongan daripada bahagian akademik sesebuah IPT.
- Pernah terjadi , Kementerian pernah mengambil calon menggunkan transkrip suatu ketika dahulu , namun bila hendak posting , sijil tersebut tidak diiktiraf Kerajaan dan ini menyebabkan pihak Kementerian pelajaran amat teliti soal Ijazah.

Sepatutnya pihak Kerajaan kena fikirkan pekerjaan sementara di wisma untuk diberikan kepada mereka kerna kesilapan berlaku di pihak KUIN bukan pihak pelajar .

Taulan kena bertindak menyelesaikan keadaan bukan menjawab persoalan tanpa ada jalan penyelesaian. Kena bijak jika dilantik jadi pemimpin.

IJAZAH KUIN BELUM DIKTIRAF : PELAJAR JADI MANGSA POLITIK JAMIL DAN AZIZAN

Berita Harian 9 okt Nasional


Alor Setar: Sekumpulan graduan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dimiliki kerajaan PAS Kedah, terkejut mendapat tahu kolej itu hanya membuat permohonan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi kursus mereka kira-kira dua minggu sebelum konvokesyen berlangsung.

Justeru, mereka yakin sukar untuk mendapatkan ijazah masing-masing dalam masa terdekat kerana proses berkenaan biasanya mengambil masa sehingga tujuh bulan. 

Keadaan itu menyebabkan graduan terbabit tidak dapat menyambung pengajian di peringkat sarjana di institusi pengajian tinggi (IPT) lain, selain tidak dapat membuat permohonan kerja dengan sektor awam.

Perkara itu disahkan sendiri seorang daripada tujuh graduan berkenaan, berdasarkan semakan di pejabat MQA selepas musykil dengan status masing-masing yang belum menerima ijazah walaupun menghadiri majlis konvokesyen KUIN, di sini, pada 17 September lalu.

Status akreditasi

Pelajar terbabit yang enggan namanya dikenali berkata, beliau mengunjungi pejabat MQA Jumaat lalu untuk mendapat kepastian mengenai status proses akreditasi bagi program Ijazah Sarjana Muda al-Quran di KUIN.

Katanya, beliau terkejut apabila dimaklumkan permohonan untuk tujuan itu hanya dikemukakan KUIN dua minggu sebelum konvokesyen. 

Permohonan ambil masa tujuh bulan

Lebih mengejutkan, katanya, pegawai di pejabat MQA turut memaklumkan permohonan terbabit mengambil masa lama iaitu tujuh bulan selepas pihaknya membuat pemeriksaan ke atas dokumen yang dikemukakan KUIN.

“Kami berdepan risiko kerana dalam proses ini pihak MQA akan menjalankan auditnya sendiri dan turun membuat penilaian di KUIN sebelum meluluskan permohonan KUIN untuk mendapatkan akreditasi bagi bidang yang kami ambil..... LAGI KLIK 'READ MORE' DI BAWAH

AZIZAN PURA-PURA BERI PERHATIAN PADA TAHFIZ

Azizan berpura-pura baik hati kononnya perihatin dengan pembangunan tahfiz dengan melawat tahfiz sains. Sebenarnya kakaitangan KUIN amat mengenali siapa Azizan yang sebenar berbanding orang luar. 

Azizanlah yang telah mencalarkan nama institusi tahfiz di Kedah. 

Azizan menendang ulamak tahfiz (pensyarah diploma tahfiz) dari KUIN ke yayasan Islam Azizan dengan menguikuti Jamil memindahkan pelajar diploma ke Yayasan Islam 

Azizan dengan mengikuti telunjuk Jamil telah mengenakan yuran diploma tahfiz yang mahal setelah program yang sejak dahulunya mendapat subsidi dari Kerajaan ditendang ke Yayasan.

Sunday, 7 October 2012

PERANG MAYA PANAS : ISU ADA CALON PELAJAR DITAJA OLEH PENTADBIRAN, SEJAUH MANA KEBENARANNYA ?

8 Oktober - Hari ini, jika kita membuka facebook dan blog mahasiswa KUIN, kedapatan perang siber dan alam maya hangat memperkatakan pentadbiran ada menaja calon mereka dalam ppilihanraya pelajar KUIN.

Admin tak pasti maksud tajaan itu, sama ada berbayar atau mendapat sokongan moral. Ini kena tanya pihak HEP sendirilah, admin tidak mahu mainkan spekulasi ini, sebab admin blog bukan berminat bicarakan isu mahasiswa melainkan ada kaitang dengan Jamil dan Azizan.

Bersama ini saya lampirkan artikel berkaitan atau layari BLOG PERIHATINMAHASISWAKUIN






TIRU STUDENT : KUIN KENA BUAT PILLIHANRAYA , SIAPA YANG TAK SUKA JAMIL JADI REKTOR

8 Oktober - Hari ini ialah hari mengundi mahasiswa KUIN bagi menentukan pemimpian mereka dlam persatuan mahasiswa KUIN . Admin blog mencadangkan agar pihak Pejabat Rektor kena buatjuga pilihanraya bagi menentukan dan mengesahkan bahawa majoriti kakitangan KUIN tak sokong Jamil dan mendesak Jamil meletak jawatannya.

Jika Jamil menang, Jamil layak menjadi ketua Eksekutif KUIN, jika Jamil kalah Jamil dan semua kroni dan anak syarikat kena gulung tikar. ?

Saturday, 6 October 2012

TEPAT BERFAKTA : 6 FAKTA MENARIK MQA BERI PENJELASAN ISU GRADUAN IJAZAH QURAN

7 OKT - Pihak admin terus menerima maklumat dalam box email blog (beritakuinsebenar@yahoo.com). Kisahnya mengenai wakil daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Quran KUIN yang tidak diiktiraf kerana belum mendapat MQA.

Mereka telah pergi sendiri bertemu dengan big boss MQA, bagi mendapatkan maklumat betul dan tepat (fakta bukan auta) mengenai kedudukan mereka yang telah menerima konvo tetapi sijil tak diiktiraf.

Berikut adalah hasil perbincangan mereka dengan big boss MQA di pejabar MQA :

1. MQA kata mereka baru sahaja menerima surat dan dokumen yang dihantar KUIN pada minggu yang lalu. Habis-habis awal dan paling cepat minggu depann baru pihak MQA dapat memulakan kerja memproses dokumen tersebut.

2. Jika dokumen tersebut tidak ada sebarang masalah yang tidak perlu dikembalikan kepada KUIN , habis awal dan paling cepat , SELEPAS 7 BULAN baru MQA akan turun ke KUIN untuk observe . Maksudnya jika masih terdapat masalah dan kesalahan seperti bahasanya bahasa senetron maka tempohnya akan bertambah panjang.

3.Selepas selesau proses observe daripada pihak MQA yang akan turun sendiri ke KUIN, proses bagi mendapatkan pengiktirafan penuh akan dilakukan dan dijangkakan memakan masa I TAHUN DARIPADA sekarang. ( Mak oiiiiiiii Mr F dan Azizan kata sudah peringkat akhir harap bersabar sedikit sahaja lagi !. Rupanya Azizan , jamil dan Mr F memang kaki bohong, sifat bohong kena hindari sebab ia sebahagian sifat golongan munafiq)