Innalillah wa inna ilaihi raju'un Ustaz Azizan Bin Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah jam 11.10 pagi ....Jenazah akan disembahyangkan di Markaz PAS Pokok Sena dan akan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum
Wednesday, 25 September 2013
Friday, 20 September 2013
KENDURI KESYUKURAN BERSIH KUIN
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya skuad Bersih Kuin berjaya menggerakkan jentera kakitangan KUIN mendapat apa yang dihajati sebelum ini. Oleh itu bagi menyempurnakan hajat ini skuad bersih bercadang mengadakan satu kenduri kesyukuran dan kenduri ini akan menumbangkan seekor lembu. Maka untuk itu sumbangan setiap kakitangan diperlukan iaitu sebanyak minimum/sekurang-kurangnya RM20 seorang untuk membeli seekor lembu dan bahan-bahan lain untuk memsasak.
Sumbangan untuk kenduri kesyukuran ini boleh diserahkan kepada amil yang akan dilantik disetiap Jabatan. Skuad Bersih berharap perkara ini mendapat sokongan dari semya staf dan ini merupakan tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT.
Monday, 26 August 2013
AZLINA KATA KUIN MUNDUR KEBELAKANG
Saya pun hairan, asyik hujung bulan sahaja Madam Azlina akan datanglah bad mood dia ... mungkin sesama perempuan tahu kot apa sebab dia ....
Bila mai hujung bulan mulalah dia kepanasan dengan isu KUIN maka mulalah menjadi Madam Facebook mengalahkan pelajar-pelajar KUIN dan ingin menjadi Heroin Azizan dalam tidak boleh menerima kenyataan bahawa pentadbiran KUIN sudah beralih tampuk pentadbiran baru sedangkan Azlina masih merasa kadok dan pandir dalam memahami isu KUIN.
Sepatutnya Azlina kena bermati-matian berkempen jika tak mahu partinya kalah dalam pilihanraya yang lalu, namun bila kalah ,mka pentadbiran KUIN bertukar tangan maka Azlina sehingga hari ini tak boleh menerima kenyataan yang sebenar. Sebab itu mungkin bila mai hujung bulan sahaja Azlina akan mula panas punggung dan cuba mencetuskan provokasi bagi menyalahertikan fakta yang sebenar. Post-post yang diletakkan di dalam Facebooknya adalah bertujuan menimbulkan keraguan sehingga boleh membuatkan orang lain berfikiran negatif terhadapa penambahbaikan terhadapa KUIN. Tapi bila dapat kenaikan gaji baru-baru ini yang diumumkan oleh pentadbiran baru, dia kebulur juga makan kedarah kenaikan tersebut dan tak ada pun kenyataan terima kasih di dalam facebooknya , jika betul-betullah dia ni seorang pensyarah yang profesional tak taasub dengan mana-mana parti politik.
Terkini Azlina membuat kenyataan bahawa KUIN sedang mundur kebelakang. Cuba lihat artikelnya di dalam Kedahlani di bawah :
![]() |
Petikan artikel Madam Azlina dalam blog |
Jika dikatakan KUIN berundur kebelakang sebab lewat mendapat status universiti penuh , kenapa ia tidak berlaku zaman jamil dan Azizan (JAZAN) menerajui KUIN. Zaman Mahadir Khalid dan Sayyid Aqiel KUIN telah dinaik taraf daripada Institut kepada Kolej Universiti , bukankah ini menunjukkan melangkah kehadapan.
Yang melangkagh kebelakang adalah zaman JAZAN, seangkan sayarat dengan KPT sesebuah IPT swasta perlu mempunyai modal berbayar mencecah jutaan ringgit. Disebabkan masalah kewangan yang sangat kronik di zaman JAZAN maka ini menyukarkan pihak KPT untuk lihat kemajuan naik taraf KUIN sehinggakan KPT mengenakan kompaun RM 272,000.00 kerana kesalahan KUIN menipu dalam pengambilan pelajar KUIN ketika mengadakan kerjasama dengan KIDU.
Kalau dah menipu , adakah ini jalan maju kehadapan ?
Sekarang pentadbiran baru sedang mengoirak langkah menuju kehadapan.
Sejarah KUIN , Rektor diadakan temuduga oleh pihak Kerajaan, pakar akademik dan KPT bagi memastikan kesinambungan KUIN dinaikkan ke taraf Universiti penuh. Pentadbiran baru hanya baru beralih sekitar 3 bulan lebih.
Fasa pertama adalah menyelesaikan krisis yang ditinggalkan JAZAN, KUIN bertanggungjawab menyelesaikan masalah gaji kakitangan, menaikkan gaji, membayar hutang, membayar tunggakan, membayar saman dan kompaun, penambahbaikan kewangan, melihat hal-hal berkaitan asarama dan kebajikan pelajar.
Fasa kedua barulah Madam Azlina akan nampak perubahan yang akan dilakukan. Orang kawin pun 9 bulan baru boleh beranak, tak tahulah Madam Azlina kot-kot awal 3 bulan dah boleh beranak...!!!
Kita akan tunggu dan lihat perubahan ini. tapi kita yakin bahawa pihak-pihak berkepentingan dengan JAZAN akan meneruskan rancangan jahat bagi menggagalkan usaha KUIN dinaik taraf sebagai Universiti penuh.
MUKHRIZ LUANG MASA JUMPA INSANIAH HOLDINGS SDN BHD
![]() |
Beberapa kakitangan IHSB dilayan mesra Mukhriz selepas sidang DUN di wisma |
Tahniah skill leadership yang sangat baik yang ditunjukkan untuk berhadapan dengan kemelut krisis KUIN yang ditinggalkan JAZAN.
Tuesday, 30 July 2013
RAMAI TAK SEHALUAN DENGAN PELAJAR YANG DEMO
Admin petik daripada luahan sebahagian besar pelajar yang tidak sehaluan dengan pelajar yang berdemo baru baru ini.
Sila baca petikan yang diambil dari group mereka yang sama tapi tak sehaluan (mahasiswaprihatin.blogspot.com)
Sila baca petikan yang diambil dari group mereka yang sama tapi tak sehaluan (mahasiswaprihatin.blogspot.com)
MASYARAKATPRIHATIN 3K ATAU KUALA KETILISME
Tahniah ler buat sahabat ku Rendy dan kawan-kawn yang berani kehadapan . Saya masih ingt lg dulu masa kita bangkit melawn kezaliiman Azizan sampai tahp kita berhimpun di hadapan wisma, Rendy dikutuk dan dicaci oleh geng pemuda PAS negeri Ahmad Yahya dan Salim. Bukan setakt tue jaaa, Ustazah Azlina pernah beremosi kata tak halalkan ilmu yang dia ajar pada kawan-kawan Rendy. Bebebrapa pegawai di HEP pun pernah bersekongkol dengan MPM dan 6 serangkai dengann dakwann demo yg dibuat Rendy n team adalah tak beradab..... tp say respect Rendy kerana berani berbanding geng murabbi yg hanya melaungkan slogan tarbiyyah tp bila dok dlm medann perang semua jadi pengecut dan takut .... gerakannnn apa macam tue.
Tapi bila dah terdesak geng murabi nie menggunakan Rendy sebagai perisai dihadapan, yh lain dok di belakang dan ada yg baling batu dari belakang....... perjuangannnn apa yg mcm nie ?
Tapi bila geng murabbii nie buat perang saraf n siasah, sebenarnya langsung tak menguntungkn mahasiswa dan idealisme mahasiswa.....
Emmm nak tau sebab per :
- Yang korang dok bw org luar tue buat perrr, tak pernah dibuat dek org, Ini perjuangan mahasiswa , pelajar tak ramai tetiber jerrr org luar lebih ramai, nampak sgt korang punya planning dan perjuangan tak dpt sambutan mahasiswa. Korang kena tukar FB korang daripada mahasiswa prihatin 3k kepada MASYARAKATPRIHATIN 3K. Dh lh tue korang p angkut dengan terang-terang org politik , pas tue buat saraf kata semua tu bukan org politik tp waris pelajar...... Ek elehhhhhh.... Korang ingat masyarkt bodoh kerr, mana ada waris boleh datang ramai-ramai nak hentam Kerajaannnnnn.....planing tak rapi
- Sekarng nie sepatutnya korang kena tumpu untuk hidupkan balik idelisma mahasiswa...... Ap yg korang bbuat ajak orng kg nie tak betullll.... Ini bukan idelisma mahasiswa atau Mahasiswasme, ini dh jadi Kuala Ketilisme.
- Aku baca dlm korang punya FB, korang hantar memorandum kepada pentadbiran KUIN pada 25 Julai petang (Hari Ahad), pastue aku baca pulak korang bagi masa sampai (28 Julai) Ahad untuk pentadbiran dan MB balas dan tunaikan tuntutan sedangkan hari Jumaat dan Sabtu cuti, dh lh korang bagi memo tue hari khamis dah lewat petang.Hari Isnain (29 Julai) korang nak berdemo ????? Aiiikkk tak tanya murabbi dulu ka? bagi tempoh sehari jerrr kat KUIN untuk tunaikn korang punya tunntutan, nak tunaikan cek pun 3 hari tauuuu!!... Patutnyer korang bagilah masa semingu atau dua minggu baru blh letup isuuu...Bila kkorang buat camnie nampak sgt lerr PAS dok belakang korang.... buat kerje tue kena pikiaq la sama.biar nampak mcm masiswalisme, jgn dikonkong oleh beberpa orang tertentu jerr
Kesimpulan saya buat rumusan , selagi ahli dan pimpinan jik dan gerakan nie lemah dan penakut selagi tulah perjuangan nieee tak kemana.
Demo semalam gagal
Monday, 29 July 2013
SIAPA AGEN POLITIK ? : PARTI POLITIK JADIKAN PELAJAR AGEN POLITIK UNTUK BUAT DEMO
Md Zuki Yusuf ADUN PAS sedang berucap |
Admin dan beberapa orang skuad hari ini berkampung separuh hari di kampus KUIN Kuala Ketil bagi menyiasat dan melihat sendiri demo yang kononnya diadakan oleh sebilangan kecil pelajar yang menggelarkan diri mereka mahasiswa pertahankan Kampus Kuala Ketil.
Isu sebenarnya ialah perpindahan pelajar muamalat sahaja ke Mergong kerana Kampus KUIN yang dibina Azizan tiada asrama, dan maslah asrama adalah masalah utama perpindahan. Namun akhirnya ia telah berjaya dipolitikkan untuk kepentingan orang politik bukan kepentingan KUIN dan pelajar. Slogan pindah dan Kuala Ketil hanya dijadikan umpan untuk mencetuskan huru hara dalam KUIN. Cub alihat gambar di atas, jika betul kerana soal pelajar, kenapa lebih 90 % peserta himpunan adalah di kalangan ahli PAS yang dikerah oleh pihak MDT Kuala Ketil untuk hadir.
Rendy, pelajar muamalat sedang berucap..... lihat belakangnya semua orang PAS tempatan, demo tak dapat sambutan pelajar |
Rupa-rupanya bila mula berhimpun depan pintu gerbang KUIN bukannya dari pelajar , cumanya pelajar KUIN dijadikan boneka oleh orang tertentu yang ada kepentingan politik sehingga menyaksikan seramai 300 orang ahli PAS yang dibawakan oleh MTD PAS Kuala Ketil yang diketuai oleh YB Md Zuki Yusuf, ADUN KUala Ketil. Bilangan yang pelajar yang hadir hanya amat sedikit berbanding orang tempatan yang dibawa oleh pihak ADUN Kuala Ketil. Itu pun boleh kira berapa banyak sangat pelajar muamalat.
Ahli MTD PAS cetuskan huru hara KUIN |
Lihat , ini semua bukan pelajar KUIN.... pelajar hanya jadi macai politik |
Ucapan dalam demo tersebut telah disampaikan oleh Rendy (pelajar) dan Zuki Yusuf (ADUN PAS K Kuala Ketil) dan Hasanuddin Senapi (Bekas pekerja tukang awam KUIN)
Beberapa sepanduk dibuat hasil bantuan pihak politik tempatan , antaranya Selamatkan KUIN demi agama bangsa dan negara.... Kami pelajar KUIN tolak politik .... Jangan perjudikan pelajar KUIN ... Jangan perkotak katikkan pelajar.
Semua ni bbukan pelajar |
pelajar hanya hadir ambil gambar |
![]() |
Tengok...... ramainya ....adakah ini semua pelajar... kesian pelajardibonekakan |
![]() |
Pelajar KUIn tiada masalah dengan perpindahan muamalat, orang K Ketil sahaja yang berlebih |
![]() |
Adakah ini pelajar muamalat... cuba teka kos apa yang dia ambil ? |
![]() |
Semuanya bbbukan pelajar |
![]() |
Hasanudin Senapi bekas pekerja am rendah dan tukang KUIN juga sekutu kuat Jamil seolah-olah ingin balas dendam |
![]() |
Abang Long baju kuning, kalau menguap tu , Nabi Muhammad suruh tutup mulut, agar syaitan tak masuk dalam darah kita .....? |
![]() |
Orang kampung mai saja , kesian .. tak tau pa... orang suruh mai, depa mai |
![]() |
Zuki Yusuf, ADUN PAS merupakan pendokong gerakan pelajar KUIN |
![]() |
eh eh , pak long ni pelajar kuliah mana erk |
PRESIDEN MPM PERLU BERANI KELUAR KENYATAAN MEDIA : ORANG LUAR JANGAN MASUK CAMPUR ISU KUIN
Pada pertengahan tahun lalu Presiden pewakilan pelajar KUIN (MPM) telah mengeluarkan kenyataan media (seperti dibawah) bahawa beliau tidak mahu isu KUIN dicampurtangan oleh pihak luar dan berharap ia dapat diselesaikan dengan baik dan tak mahu ia menjadi semakin keruh.
Namun hari ini dengan jelas terang lagi bersuluh apabila parti PAS yang diketuai Zuki Yusuf telah memanggil semua AJK PAS Kuala Ketil untuk turun berdemo isu KUIN, sedang isu KUIN bukannya nak pihdah semua pelajar, cuma pelajar muamalat sahaja.
Justeru itu semua warga kerja KUIN sedang menanti presiden beserta exconya mengeluarkan kenyataan yang sama agar pihak luar tidak campur tangan isu KUIN
![]() |
Petika akhbar Sinar 15 Mac 2013 yang lalu |
Namun hari ini dengan jelas terang lagi bersuluh apabila parti PAS yang diketuai Zuki Yusuf telah memanggil semua AJK PAS Kuala Ketil untuk turun berdemo isu KUIN, sedang isu KUIN bukannya nak pihdah semua pelajar, cuma pelajar muamalat sahaja.
Justeru itu semua warga kerja KUIN sedang menanti presiden beserta exconya mengeluarkan kenyataan yang sama agar pihak luar tidak campur tangan isu KUIN
MPM TELAH DIAJAK BERBINCANG , TAPI PILIH BUAT DEMO ?
Pihak KUIN telah menerima surat dan memorandum daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN (MPM) mengenai cadangan MPM agar menangguhkan perpindahan kuliah Muamalat ke selepas sem satu ini tamat.
Pihak KUIN dengan hikmah yang ada telah membuat temu janji tanda memberi respon terhadap surat Presiden MPM akan bertemu dengan Presiden pada minggu ini untuk berbincang hal yang berkaitan kebajikan pelajar yang disuarakan MPM kepada pihak Pengurusan KUIN. Temujjani ini telah dibuat semenjak minggu lepas lagi.
Namun , kalau beginilah sikap pelajar yang mahu mempermainkan pihak pengurusan yang sedia berbincang dengan MPM tetapi terus buat demo ... bagi admin tak perlulah berbincang, kerana seolah-olah di belakang pelajar sudah ada parti politik dan orang politik yang sedang mencaturkan mereka. Pelajar hanya boneka yang dimainkan oleh orang politik.KUIN buat apa mesti tak akan betul
Menurut pelajar yang menyokong BERSIH KUIN yang turut hadir memaklumkan, dalam demo hari ini ada juga sebahagian exco MPM yang turut hadir memberi sokongan. Apa erti semua ini ? Berbincang hanyalah umpan untuk menutup kelemahan MPM sahaja.
Thursday, 25 July 2013
WARKAH PEMBACA DI BLOG DEDAH DI SEBALIK KUIN
![]() |
Petikan daripada blog tersebut mengenai beberapa individu dalam KUIN : Azlina, Ubaidullah, Ridhaudin |
ARTIKEL INI DIPETIK DARI KEDAHLANI.INFO
Isu KUIN adalah satu isu yang dimainkan selepas kejatuhan kerajaan
pimpinan Ustaz Azizan di Negeri Kedah Darul Aman. Ini kerana, projek ini
dilihat sebagai symbol 5 tahun pemerintahan PAS di Kedah selepas ianya
diserahkan kepada BN untuk kembali memerintah.
Pada awalnya saya enggan memberi komen tentang isu di KUIN ini kerana
saya bukanlah sebahagian daripada warga KUIN. KUIN tidak ada kaitan
dengan saya melainkan, ianya adalah projek parti yang disokong oleh saya
iaitu PAS. Sebagai ahli PAS pada mulanya saya berasa gembira apabila
Negeri Kedah jatuh ke tangan PAS di dalam PRU 12. Suatu penantian yang
cukup panjang, akhirnya parti islam mula memacakkan panjinya di Kedah.
Terasa maniskan perjuangan yang dilalui hasil daripada tarbiah yang
diperolehi dalam tamrin-tamrin akhirnya PAS yang saya dokongi ini
mengambil tampuk pemerintahan di negeri Kedah ini.
Setiap kali menghadiri ceramah bersama Ustaz Azizan, kami berasa seronok
apabila dia menceritakan dia adalah hero berbanding dengan menteri
besar-menteri besar Kedah sebelum ini. Dengan bangganya dia mengatakan
menteri besar lain tidak hero kerana mereka menteri besar warisan,
tetapi dia adalah hero kerana dia dapat menjatuhkan lawan bukannya
mewarisi kepimpinan. Sebagai ahli, kami mendengar kisah ini dengan
begitu seronok dan tersenyum kerana mempunyai pemimpin yang bijak
seperti beliau. Walaupun akhirnya beliau juga dijatuhkan oleh lawan
akibat keegoan beliau sepanjang menjadi MB.
Tidak dinafikan projek membina KUIN di Kuala Ketil adalah suatu yang
baik dan wajar dilakukan. Tetapi bagi saya, secara realitinya projek ini
boleh dianggap sebagai projek “Air Mata Rakyat” kerana ianya dibuat
dalam keadaan menindas dan tidak mengambil kira soal kebajikan
kakitangan di KUIN. Walaupun tujuannya baik untuk melihat sebuah kampus
tersergam indah, tidak seharusnya kerajaan PAS menafikan hak dan
kebajikan kakitangan yang berada di dalam KUIN. Di tengah-tengah
kemelut masalah gaji ini berlaku, yang lebih menyedihkan apabila Ustaz
Azizan selaku pengerusi KUIN menaikkan elaun mesyuarat beliau kepada
RM2000. Amat malu bagi saya sebagai seorang ahli PAS apabila MB yang
dilantik berkelakuan sedemikian rupa.
Berlainan dengan kerajaan PR di Pulau Pinang dan Selangor yang lebih
mengutamakan kebajikkan rakyat di dalam pemerintahan mereka seiring
dengan matlamat politik mereka. Tetapi di Kedah sebuah kerajaan yang
memakai “baju” Islam dilihat MBnya lebih mengutamakan matlamat
peribadinya berbanding dengan kebajikan terutamanya kepada kakitangan
KUIN. Kesannya boleh dilihat bagaimana lebih daripada 90% orang PAS di
dalam KUIN yang memangkah BN dan ada yang tidak keluar mengundi kerana
marahkan Ustaz Azizan.
Tuesday, 23 July 2013
INSAN TULIS MENJAWAB ISU KUIN
Warkah email : Insan Tulis
Assalamualaikum
Saudara
blogger...Cadangnya saya malas nak menulis isu KUIN terutamanya
di bulan puasa ni. Saya tak mahu menulis kerana dalam keadaan marah, apa saja
ayat-ayat yang tidak berkenaan timbul
dan boleh mengurangkan pahala puasa saya. Tetapi setelah banyak pihak yang menyerang
KUIN terutamanya Ustaz Azki, saya terpaksa memberatkan tangan menaip apa yang
patut dalam mempertahankan KUIN dan warganya. Terlalu banyak ayat-ayat yang ditulis
dalam blog adalah fitnah semata-mata dan bertujuan untuk menyerang pentadbiran
baru Kerajaan Negeri Kedah. Sangkaan saya, semua fitnah ini akan berhenti
sejurus selepas bermulanya puasa Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya, namun
semakin kita menghampiri kemuncak Ramadhan yang mulia, lagi banyak fitnah yang
ditaburkan terutamanya kepada Ustaz Azki dan seluruh Gerakan Bersih KUIN. Nampaknya
di bulan yang mulia ini tidak memberi apa-apa makna kepada mereka yang suka
manabur fitnah kepada KUIN. Puasa hanya membolehkan lapar, dahaga dan dosa
sahaja. Saya akan menerangkan satu persatu isu yang telah di fitnahkan kepada
KUIN.
1. Isu Kampus Kuala Ketil (KKK)
LAGI ISU DALANG DISEBALIK ISU STUDENT
Saya terbaca satu pautan dalam blog pelajar yang memuatkan perbalahan sesama mereka dalam isu pelajar sekarang
tak mengapalah apa pun pelajar nak buat sebab nama pun pelajar, mestilah mereka sedang belajar. Tapi ada seorang nama staf pun turut dikaitkan di dalam blog ini.
Admin taklah kata dia dalang dalam isu panas pelajar tetapi kenapa harus pelajar menyebut namannya dalam pertembungan blog pelajar tersebut.
Anda faham tak ? bacalah pautan di bawah untuk lebih memahaminya.
Monday, 22 July 2013
MESYUARAT PERMUAFAKATAN MPM TIADA SAMBUTAN
Info dari email :
Menurut FB rasmi MPM semalam satu majlis permuafakatan MPM dengan kelab dan persatuan yangbanyak dalam KUIN berlangsung, namun :
Menurut FB rasmi MPM semalam satu majlis permuafakatan MPM dengan kelab dan persatuan yangbanyak dalam KUIN berlangsung, namun :
1. Kelihatan tiada sambutan, seolah-olah ada masalah di kalangan sesama pelajar dan MPM
2. Mesyuarat yang dibuat kali pertama di Kuala Ketil lebih ramai berbanding kali ini.
Selamat buat yang terbaek untuk KUIN. selesaikan dengan cara yang baek. Pelajar adalah belajar bukan menentukan dasar dan polisi Universiti.
![]() |
Mesyuarat pada 23 Julai di Mergong selepas himpunan pelajar muamalat nampak tiada sambutan |
![]() |
Mesyuarat kali pertama pada 21 Julai di Kuala Ketil lebih ramai. |
WARIS SOKONG PINDAH DEMI KEBAIKAN PELAJAR
Email dari pembaca :
Syukur
Alhamdulillah!! itulah reaksi para waris yang menelefon ke Kuin Mergong untuk
meminta kepastian apakah anak-anaj mereka yang berada di kuliah Muamalat akan
dibawa kembali ke Mergong. Apabila ditanya kenapa mereka berkata demikian para
waris memberitahu bahawa anak mereka sering merungut sejak tinggal di Kuala
Ketil dengan keadaa asrama yang tidak selesa, jarak asrama yang terlalu jauh
dan para waris juga terbeban kerana terpaksa menghantar anak mereka pulang ke
asarma bila hujung minggu kerana jarak rumah ke Kuala Ketil terlalu jauh.
Mereka juga memaklumkan bahawa anak mereka merungut kerana terdapat terlalu
banyak lalat di sana yang menimbulkan rasa tidak selesa terutama waktu makan.
Tetapi apabila waris dimaklumkan anak mereka membantah untuk dibawa
pulang ke Mergong mereka kecewa dan bagi tau bukan semua yang tak mau
pindah mungkin yang tinggal dirumah sewa saja. Para waris juga memaklumkan
bahawa tuan punya rumah sewa juga mengenakan cas sewa mengikut semester dan
bukan lagi secara bulanan. Ini membebankan pelajar dan waris, Oleh itu para
waris berharap anak mereka akan kembali ke Mergong untuk meneruskan pelajaran.
Oleh itu para pelajar sedarlah apa yang dilakukan oleh Kuin untuk kebaikan
para pelajar dan juga waris. Bersabarlah dalam menghadapi apa jua dugaan dan
Kuin akan berusaha yabg terbaik untuk memastikan semua pelajar selesa dalam
menghadapi pembelajaran mereka.
WARIS PELAJAR MUAMALAT
Subscribe to:
Posts (Atom)