Asrama pasang siap KUIN masih diperingkat pembinaan asas konkrit sedangkan pelajar akan mula menggunakannya pada 17 Mac ini : gambar diambil pada hari ini (11 Mac 2013, jam 11.20 pagi ) |
Sumber ; Utusan Malaysia Online
ALOR SETAR 11 Mac - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) berdepan dengan risiko menerima satu lagi tindakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi melibatkan penyediaan penginapan di kampus baharunya di Kuala Ketil dekat sini.
Ketiadaan asrama di kampus berkenaan mengakibatkan sesi pengajian
selepas cuti pertengahan semester tertangguh beberapa minggu manakala
asrama pasang siap yang dijanjikan dalam empat minggu sehingga kini
belum disempurnakan.
Utusan Malaysia difahamkan, kerja-kerja pembinaan asrama
pasang siap tersebut masih di peringkat awal dan dipercayai agak sukar
untuk disiapkan dalam tempoh seminggu iaitu selewat-lewatnya pada 17 Mac
ini seperti yang dijanjikan oleh pengurusan Kuin kepada Kementerian
Pengajian Tinggi.
Munurut sumber, penyediaan asrama bagi kemasukan kira-kira 1,800
pelajar selepas berehat panjang menjadi aspek penting yang dinilai
kementerian tersebut kerana dikhuatiri memberi kesan sehingga mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Bilik Kuliah dijadikan asrama : Adakah Jamil tipu KPT lagi |
Semalam, Kuin dilapor dikenakan kompaun sebanyak RM272,000 oleh
Kementerian Pengajian Tinggi kerana mengambil 34 pelajar yang tidak
menepati syarat kelayakan masuk.
Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa
berkata, pihaknya juga memandang serius komitmen pengurusan Kuin untuk
menyiapkan asrama bagi menampung kemasukan pelajar sebelum atau pada 17
Mac ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran kekal
terjamin serta tidak terjejas.
Beliau juga tidak membenarkan penggunaan bilik kuliah sebagai asrama
dan Kuin mesti menyiapkan penginapan pelajar mengikut tempoh dijanjikan
jika tidak mahu dikenakan tindakan tegas. -
UTUSAN