Pihak BERSIH KUIN menerusi email yang dihantar menjawab hujjah tak lojik Azizan dan Mr F dengan hujah dan fakta selebar 5 helaian muka surat (jika diprint A4):
KAITKAN ASRAMA DENGAN STADIUM DARUL IMAN UNTUK TUTUP KELEMAHAN AZIZAN
Mengulas mengenai kenyataan media
Pengerusi Lembaga KUIN dua hari yang lalu , Azizan menuduh kegagalan menyiapkan
asrama adalah kerana penilaian terhadap bahan binaan perlu dilakukan semual
setelah berlaku insiden runtuhan stadium di Terengganu.
JAWAPAN
Kita bukan menentang pembinaan dan perpindahan
ke Kampus Kuala Ketil , tetapi cara pentadbiran JAZAN (Jamil dan Azizan) yang
terburu-buru mahu pindah ke Kuala Ketil sehingga menimbulkan masalah terutama
pengajian dan pelajar KUIN.
Menurut jadual asal perpindahan KUIN
daripada kampus Mergong ke kampus Kuala Ketil akan bermula pada bulan Mei 2013,
iaitu selepas para pelajar tamat sesi peperiksaan pengajian bagi tahun
2012/2013 pada akhir April. Ketika itu pelajar
akan bercuti sehingga bulan Jun. Dalam tempoh tersebut asrama di Taman INSANIAH
dijangka siap, pengajian sesi sekarang tidak akan terganggu, proses perpindahan
dapat dilakukan dengan sempurna.
Namun sikap terburu-buru KUIN
berpindah ke Kuala Ketil adalah sesuata yang tidak sepatutnya berlaku dan
menimbulkan masalah termasuk masalah asrama pelajar dan pengajaran. Bila pindah
awal , asrama tak ada, buat asrama pasang siap sehingga hari ini tak siap-siap,
pengajian pelajar ditunda sebanyak dua kali sehingga menjadikan cuti
pertengahan semester selama hampir 2 bulan. Jika buat kerja secara Islam, sudah
pasti masalah dapat diatasi. Kenapa harus pindah awal jika Azizan tahu asrama
di Taman Insaniah akan siap pada Julai 2013 ?
Azizan yang memberi hujjah , kelewatan
asrama berpunca daripada runtuhan stadium Terengganu sebenarnya hanya mahu
menutup kelemahan dirinya.
Tiada sangkutan dan kaitan antara
keruntuhan bumbung Stadium Darul Iman
dan pembinaan asrama dan masjid KUIN.
Perancangan pembinaan dan pelan kampus
KUIN Kuala Ketil sudah bermula seawal
2009. Di dalam pelan asal kampus Kuala Ketil, masjid dan asrama adalah
termasuk di antara kemudahan yang yang akan dibina oleh Kedah Sato Sdn Bhd.
Manakala perjanjian bagi penyediaan
kemudahan kewangan antara pihak Kedah Sato Sdn Bhd (KSSB) bersama Bank Islam
dan Affin Islamic Bank dibuat pada 22 februari
2010 . Bank Islam (M) Bhd. (Bank Islam) menjadi pengatur utama menawarkan kemudahan kewangan Islam
bersindiket bernilai RM330 juta dan Affin Islamic Bank menjadi pengatur
bersama.
Runtuhan bumbung Stadium Darul Iman pula
berlaku kali pertama pada Februari 2009 dan kali kedua pada Februari tahun ini.
Fakta tarikh di atas membuktikan
perancangan awal di dalam pembinaan asrama dan masjid sudah mengambil kira kos
dan specifikasi bekalan dan bahan binaan dan perjanjian pinjaman kewangan sudah
dilakukan pada Februari 2010 sedangkan runtuhan kali pertama hanyalah pada awal
2009.
Jika nak dikaitkan dengan runtuhan
2013 , lagilah tak logik sebab bangunan dah siap dibina, tak kan baru nak
bincang mengenai specifikasi bahan binaan kot!
Azizan kena buat kerja ikut Islam.
Bila dalam pelan asal ada asrama dan masjid tetapi bila siap tidak ada
sedangkan kos pembinaan adalah kos yang sama iaitu 330 juta, kemudian nak tutup
kelemahan Azizan, dia salahkan stadium Darul Iman. Jangan jadi kisah lagu
bangau oh bangau yang sentiasa mencari salah orang lain. Kami bimbang ada benda
yang tak kena . Lagi bimbang hilang keberkatan dari Allah.
Mengulas kenyataan Pegawai
Perhubungan Awam KUIN dalam akhabr SINAR pada 13 Mac yang lalu dengan
mengatakan bahawa , penempatan asrama pelajar sementara wajar di buat di
bangunan kuliah kerana bangunan tersebut belum di ‘gazet’kan.
JAWAPAN
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi
baru-baru ini ketika lawatan mengejut ke KUIN menegaskan bahawa bilik kuliah
tidak boleh dijadikan asrama. Ini bukan soal gazet. Bangunan kuliah itu memang
buat dengan mengambil kira ‘spec’ sebagai bilik kuliah dan di dalam pelan pun
menunjukkan ia adalah bilik kuliah. Nak gazet ka atau tak mahu gazet , ia tetap
bilik kuliah.
Takkanlah sebuah kereta telah siap
dipasang, disebabkan belum didaftarkan lagi , kita nak gazetkan kereta itu
sebagai basikal pulak. Ini tak masuk akal, kereta tetap adalah kereta walaupun
belum didaftarkan pendaftaran kereta. Macam itu jugalah bangunan , kita dapat
mengetahui ia bangunan apa berdasarkan kepada pelan yang dilukis.
Namun pihak kakitangan KUIN
menyerahkan hal ini kepada pihak KPT untuk menyelesaikannyakeran yakin pihak
KPT lebih arif dan mengetahui soal IPT dan perundangan yang berkaitan
dengannya.
AZIZAN TAK JAWAB HUJJAH KAKITANGAN KUIN DAKWAAN TERHADAP JAMIL
Menteri Besar Kedah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah
KUIN sehingga kini gagal menjawab tuntutan dan desakan kakitangan KUIN mengenai
penyelewengan dan kerugian anak syarikat milik KUIN sehingga melibatkan krisis
parah kewangan KUIN.
Antara isu yang dibangkitkan yang gagal
dijawab secara professional oleh Azizan ialah :
1.Tindakan Rektor KUIN, Jamil Osman
yang mengarahkan pegawainya membuat dokumen palsu dan digunakan di dalam
Mahkamah Tinggi Alor Setar ketika berhadapan dengan tidakan saman sebuah
syarikat kerana keengganan KUIN membayar hutang seperti yang termaktub di dalam
kontrak perjanjian.
2.Isu kewujudan anak-anak syarikat
KUIN yang langsung tidak mendatangkan keuntungan bahkan memberi implikasi
kewangan sangat kritikal kepada KUIN. Azizan sebelum ini hanya menjawab dengan
mengatakan dia tak tahu yang Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) mengalami
kerugian . Yang peliknya macamana dia tak tahu sedangkan dia terlibat dalam
IHSB.
Buktinya
pada tahun 2011 pihak Insaniah Holdings telah menggunakan duit KUIN sebanyak RM6 juta.
Pada
tahun 2012 kadar emolumen dan perbelanjaan Insaniah Holdings Sdn Bhd yang
menggunakan wang KUIN naik mendadak 2 kali ganda iaitu sebanyak
RM12 juta sedangkan pendapatan Insaniah Holding daripada Yuran Pengajian
yang diambil daripada pelajar yang berada di bawah Kuliah yang ditadbir oleh
Insaniah Holdings hanya sbanyak 3.5 juta sahaja (2012). Itu pun kalau dicampur
dengan kos yang mereka ambil untuk yuran akses internet pelajar sebanyak lebih
kurng 360,000.00 setahun baru tak sampai 4 juta setahun
Bayangkan dengan kadar operasi
Insaniah Holdings yang sangat tinggi dan setiap bulan buat memo minta duit KUIN
untuk bayar gaji kakitangan Insaniah Holdings, sudah pastilah kewangan KUIN
akan menjadi huru hara , lintang pukang.
3.Pertindihan kuasa Jamil selaku
Rektor KUIN dan pada masa yang sama beliau juga sebagai Ketua Eksekutif
Insaniah Holdings Sdn Bhd pada tahun
lalu , apabila Jamil meluluskan tranksaksi kewangan antara KUIN dan IHSB. Bila
IHSB perlukan duit, maka IHSB menerusi
kuasa Jamil sebagai Ketua eksekutif IHSB akan memohon duit daripada KUIN ,
kemudian Jamil juga sebagai Rektor KUIN pada masa yang sama meluluskan
permohonan tersebut untuk menyalurkan duit KUIN ke Insaniah Holdings Sdn Bhd.
Dia minta , dia lulus , dia tandatangan cek bayaran.
4.Terdapat beberapa dokumen dalam
penyediaan dokumen setara KUIN 2011 yang boleh dipertikaikan dan disembunyikan
daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi . Proses setara 2011 adalah proses
dokumentasi. Jamil telah mengarahkan pegawainya bagi mewujudkan dokumen yang
tidak wujud sebelum ini dan melakukan ‘back dated’ tarikh dokumen untuk tujuan
tersebut
5.Gaji kakitangan yang telah dipotong
daripada gaji masing-masing dan pemotongan tersebut dinyatakan dengan jelas di
dalam slip gaji namun malangnya pihak KUIN tidak membuat pembayaran yang
sepatutnya kepada pihak Bank dan pihak ketiga sehingga kakitangan KUIN terpaksa
menanggung gangguan emosi kehidupan apabila pihak bank menghantar surat denda,
surat saman dan ada bank yang mahu menarik kenderaan kakitangan. Persoalannya ,
jika duit telah dipotong tetapi tidak dibayar sebagaimana diamanahkan,
kemanakah duit ini digunakan dan di’pusing’ ?
5 perkara di atas adalah sebahagian daripada penyelewengan dan
kurapsi pentadbiran dan kewangan KUIN di bawah kepimpinan Jamil. Sebab itulah
kita suruh tubuh jawatankuasa siasatan secara telus terhadap apa yang berlaku
di dalam KUIN, bukan mengheret KUIN ke dalam kancah politik. Bila kita jumpa
dia (Azizan) dia tak mahu percaya maklumat yang kita bagi dekat dia, lepas itu
dia tuduh kakitangan tak berbincang dengan dia. Bila kita suruh tubuh
jawatankuasa siasatan , dia tak mahu pulak. Adakah sebab Jamil tu kawan dia
atau Azizan pun ada kepentingan tertentu dalam KUIN ?
Sehubungan itu di dalam akhbar
kemarin, Azizan hanya menjawab isu penempatan asrama sahaja dan Azizan tak
jawab isu KUIN secara menyeluruh . Sudah 4 minggu kita tunggu Azizan berikan
jawapan namun Azizan gentar berhadapan dengan isu berfakta yang dikemukakan
oleh kakitangan KUIN. Azizan sila jawab dakwaan kami dengan hujjah fakta bukan
dengan emosi dan politik.
AZIZAN
PERLU AMBIL TINDAKAN DIDIPLIN KE ATAS JAMIL
Selain itu Azizan perlu mengambil
tindakan disiplin kepada Jamil kerana terang-terangan Jamil telah mengaku
melakukan kesalahan yang didakwanya ‘terlepas pandang’ sehingga KUIN terpaksa
membayar denda sebanyak RM 272,000 setelah didapati mengambil pelajar tidak
memenuhi syarat . Bahkan Jamil menyalahkan pihak KPT dengan dakwaan syarat
lulus STAM adalah syarat baru.
Sedangkan Jamil
sendiri telah menandatangani surat perjanjian akademik (MoU) antara KUIN dan
Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena dan di dalam MoU tersebut tetap
dinyatakan dalam perkara 4 (Peruntukan Am) bahawa seseorang calon yang hendak
memasuki program tersebut (Ijazah Sarjana Muda Syariah) hendaklah
sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Perjanjian
tersebut ditandatangani sendiri oleh Jamil mewakili KUIN dan Haji Zawawi bin
Haji Ahmad, Ketua Eksekutif KIDU dan disaksikan sendiri oleh YAB Dato Seri Azizan
Abdul Razak dan YB Dato Taulan Rasul.
Ini membuktikan
sebenarnya Jamil bukan terlepas pandang kerana Jamil sendiri yang tahu dan
menandatangani MoU antara KUIN dan KIDU. Jamil sewajarnya dikenakan surcaj dan
tindakan disiplin.