Tapak asrama pasang siap diambil pada 11 Mac 2013 jam 11.20 pagi |
Segala puji bagi Allah. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sebagai reaksi kepada lawatan pihak
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam pihak kakitangan KUIN mengucapkan
jutaan terima kasih di atas keprihatinan pihak KPT bagi membantu kekusutan dan
masalah KUIN yang semakin kritikal.
ASRAMA PASANG SIAP
Tapak asrama pasang siap diambil pada 11 Mac 2013 jam 11.20 pagi |
Tapak asrama pasang siap diambil pada 11 Mac 2013 jam 11.20 pagi |
Namun apa yang dibimbangkan
berdasarkan pemerhatian kami di kampus KUIN Kuala Ketil pada hari ini, asrama
pelajar yang ingin dibuat KUIN secara pasang siap masih dalam keadaan pembinaan asas. Hanya konkrit tapak sahaja
yang baru kelihatan, tiang dan dinding belum ada dan belum dipasang. Bagi kami
adalah mustahil ia akan dapat disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan kepada
pihak KPT. Pihak kakitangan bimbang dengan cara pengurusan KUIN sebegini , KUIN
berkemungkinan akan dikenakan tindakan
kali kedua oleh pihak KPT kerana gagal untuk menyediakan kemudahan asas
kepada para pelajar yang akan memulakan pengajian mereka pada minggu hadapan.
Sehubungan itu saya mewakili
kakitangan KUIN yang lain mendesak agar pihak Rektor bertanggungjawab dalam hal
ini demi kebajikan pelajar dan
kakitangan . Apa yang dicakap mesti betul dengan keadaan yang sebenarnya di
dalam KUIN, jangan hanya pandai berjanji sahaja tetapi tak pandai laksanaka janji.
Kami bimbang imej KUIN akan lebih tercalar dan masalah akan menjadi lebih kusut
dan kronik.
KOMEN MENGENAI TINDAKAN DISIPLIN
Mengenai surat yang dikeluarkan
KUIN bagi mengenakan tindakan disiplin, ia adalah tidak professional kerana
kakitangan ditutup pintu perbincangan yang hanya mahu menyuarakan hak kebajikan
kakitangan disamping mencegah kemungkaran yang telah dilakukan oleh Rektor
KUIN.
Dimanakah proses amar makruf nahi
mungkar yang perlu diaplikasikan di dalam sesebuah organisasi? Adakah wajar orang
yang mencegah kemungkaran diambil tindakan sebaliknya orang yang melakukan
kemungkaran dibiarkan begitu sahaja.
Saya menyokong ulasan KPT semalam
yang menyelar tindakan KUIN mengenakan tindakan dengan ugutan kepada kakitangan
yang menyuarakan hak demi kebajikan mereka. Sewajarnya KUIN berunding dengan
kakitangan bagi menyelesaikan masalah. Tindakan ingin membuang kakitangan KUIN
tidak akan menyelesaikan masalah bahkanmemburukkan keadaan. Pihak KUIN perlu
mencari punca masalah yang berlaku
DESAKAN KAKITANGAN KUIN
Bilik kuliah dijadikan asrama |
Asrama dalam bilik Kuliah |
Jangan sampai ada kompaun yang
kedua atau tindakan seterusnya yang
bakal dikenakanoleh KPT. Buat kerja kena macam orang Islam.
Semua tuntutan yang disuarakan oleh
kakitangan KUIN seperti membayar gaji kepada pihak ketiga pada masanya,
kenaikan gaji dan elaun seperti
dinikmati oleh pekerja di Jabatan yang lain, membenteras kurapsi kewangan dan
pentadbiran, mengurus kewangan dengan amanah dan lain-lain lagi dapat
ditunaikan demi masa hadapan kebajikan kakitangan.