Terasa seronok bila institusi agama dan al Quran dijulang.
Namun rasa sedih kerana ia tak berlaku dalam KUIN. Darul Quran akan dinaikkan taraf kepada Kolej Universiti, sebaliknya krisis dalaman kepincangan pentadbiran Jamil mungkin menyebabkan KUIN akan diturunkan taraf kepada institut/ kolej sahaja dek penipuan berleluasa.
Baca artikel ini :
Darul Quran dinaik taraf kolej universiiti - PM
KUALA LUMPUR 5 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan
kerajaan bersetuju untuk menaik taraf institusi tahfiz, Darul Quran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada Kolej Universiti
Al-Quran.
Perdana Menteri berkata, ia adalah antara lapan perkara sebagai
langkah tambahan kerajaan untuk terus memperkukuhkan agenda memakmurkan
negara dan mengislah ummah.
"Di Malaysia, sejak tahun 1966, kita amat beruntung kerana memiliki
sebuah institusi tahfiz terulung iaitu Darul Quran Jakim untuk memberi
peluang kepada anak-anak kita menghafaz serta mengkaji ilmu-ilmu
Al-Quran secara sistematik," katanya ketika menyampaikan amanat pada
majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit
Jalil, di sini hari ini.