Skuad BERSIH KUIN sepakat akan mengambil tindakan Undang-undang kepada Insaniah Holdings yang mengeluarkan notis pemecatan 24 jam terhadap Farid Alias kerana jelas bertentangan dengan prosuder dan tatacara pemberhentian staf.
Sehubungan itu bagi memastikan keharmonian suasana KUIN, BERSIH KUIN memberi masa 7 hari bermula hari ini untuk mereka mengeluarkan kenyataan bertulis untuk menarik balik surat tersebut. Jika mereka angkuh dan tidak mahu menarik balik surat tersebut , tindakan undang-undang akan diambil .