Pages

Saturday 16 March 2013

DEKAN HEP BOHONG PELAJAR DAN WARIS UNTUK TUTUP KELEMAHAN JAMIL

17 Mac - KUIN menggunakan taktik kotor ,apabila Dekan HEP menjadi jurucakap Jamil yang kini lari ke Indonesia. Dekan HEP memberitahu pelajar dan waris kejadian lintang pukang pendaftaran asrama pelajar di Kuala Ketil adalah disebabkan ada orang yang buat repot ke KPT, kalau tak kerana repot , KPT tak akan pantau asrama pelajar yang dibuat dalam bilik kuliah.

Jahat sungguh tuduhan itu , untuk menutup kelemahan Jamil.

Admin ingiin memberikan pencerahan isu yang berlaku semalam :

1. Isu semalam bukan soal siapa yang repot, tetapi KPT sudah tahu tembelang Jamil yang suka menipu dan berbohong pada KPT. Pada 10 MAc yang lalu ketika lawatan mengejut Ketua Pengarah KPT ke KUIN, Jamil menipu KP KPT dengan mengatakan bahawa asrama pasang siap diJAMIN siap pada 17 Mac. KP KPT berpegang pada janji dan jaminan Jamil.... Tiba-tiba Jamil bohong dan KPT mengetahuinya, sebab itu KPT datang buat pantauan agar pelajar tidak menjadi mangsa kepada politik menipu Jamil.

2.Bangunan asrama memang telah dimaklumkan tidak boleh dibuat dalam bilik kuliah,kenapa KUIN lambat bertindak ? Kenapa pada hari pendaftaran asrama baru nak bertindak, ini menunjukkan kelemahan Jamil menguruskan pelajar.

3.Banyak repot yang KPT terima mengenai penipuan Jamil, maka pada 16 Mac adalah bukti yang nyata kepada KPT untuk mengambil tindakan pada Jamil di atas penipuan terang-terangan yang dilakukan kepada KPT.

Semalam pelajar yang telah mendaftar untuk tinggal diasrama dipindahkan secara mengejut daripada Kuala Ketil ke Paya PAhlawan Jitra (Perempuan) dan pelajar lelaki pula tidur di dalam Dewan Besar KUIN Kuala Ketil bagi mengelak diketahui oleh KPT berkenaan penggunaan bilik kuliah sebagai asrama. Ramai waris yang marah dan kecewa dengan tindakan KUIn bahkan ada yang siap 'jerkah' pentadbiran KUIN atas kelemahan pengurusan.


Skuad BERSIH KUIN berharap agar pelajar dapat bersabar dengan kejadian semalam dan berhati-hati dengan setiap arahan dan sentiasa berdoa pada Allah.