Nabi hijrah buat masjid, KUIN pindah bangga dengan tasik, sekular betul ! |
Sumber :
Bernama
Utusan Malaysia
Berita Harian
JITRA 9 Mac - Datuk Mukhriz Tun Mahathir mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri menyediakan asrama pelajar secukupnya di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil sedangkan kos pembinaannya merangkumi bangunan penginapan pelajar.
Beliau berkata, amat membimbangkan apabila para pelajar dikatakan
terpaksa tinggal di dalam bangunan kuliah yang dijadikan tempat
penginapan pelajar.
"Saya pun bingung kenapa perkara ini boleh berlaku, sebab jumlah kos
pembinaan (RM330 juta) cukup untuk membina semuanya (termasuk masjid dan
asrama). Jumlah yang dibelanjakan tidak berkurangan, kita nak tahu ke
mana perginya duit itu.
"Adakah ia digunakan untuk perkara tidak berfaedah yang tidak
termasuk dalam perancangan," katanya katanya kepada pemberita selepas
melancarkan kempen 1Litar@Kedah di Taman Aman di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan kakitangan Kuin bahawa pihak
pengurusan menjadikan bilik kuliah sebagai asrama pelajar kerana
bangunan sementara yang dijanjikan untuk penginapan pelajar masih gagal
dibina walaupun pelajar telah diberi cuti hampir sebulan.
"Di manakah maruah kita sebagai anak Kedah, apabila satu projek yang
diangkat sebagai kebanggaan kerajaan negeri, tetapi ia serba kekurangan.
Masjid dan asrama tidak dibina walaupun ada dalam pelan dan sekarang
pelajar-pelajar pula hendak disuruh duduk dalam bilik kuliah.
Beliau meminta Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan dalam isu itu bagi membantu para pelajar. - BERNAMA