KENYATAAN MEDIA
Dulu Azizan menuduh kami agen UMNO , seolah-olah kami mahu
mempolitikkan isu KUIN. Kami menafikan dan berhujjah dengan fakta seperti
seorang kakitangan sebuah Universiti namun Azizan masih gagal menjawab fakta
hujjah kami dan mahu mengheret kami ke kancah politik .
Semalam menyaksikan, siapa sebenarnya yang berpolitik dan
agen politik di dalam KUIN. Ini terbukti apabila berlakunya insiden yang amat
memalukan maruah sebuah Universiti yang dikatakan bebas daripada politik,
apabila lebih 50 orang Unit Amal PAS dan petugas daripada Unit Keselamatan
Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Kuala Ketil bertindak mengawal lalulintas,
pergerakan kakitangan KUIN dan keselamatan di Kampus Kuala Ketil. Mereka
memakai baju rasmi Unt Amal bewarna merah dan memakai ‘vest’ tertulis Unit
Keselamatan MTD Kuala Ketil yang mempunyai logo PAS.
Persoalannya siapa yang membawa mereka masuk , apa hak mereka
menahan kakitangan KUIN dalam kampus milik KUIN, siapa yang memberi kuasa
kepada mereka , siapa yang membenarkan
mereka mengusir dan melakukan kekerasan kepada beberapa kakitangan KUIN ?
Beberapa insiden sedih dan tidak sepatutnya berlaku semalam
ketika kakitangan KUIN hadir bagi menjayakan Majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang
yang dirasmikan oleh Dato Taulan.
Sebahagian insiden tersebut adalah seperti berikut :
INSIDEN 1
Seorang kakitangan KUIN yang memasuki kampus Kuala Ketil
dihalang masuk oleh petugas PAS kerana mempunyai stiker BERSIH KUIN . Bila
stiker dibuang tetap tak dibenarkan masuk. Siapa Unit Amal PAS yang halang petugas KUIN masuk
bertugas ?
INSIDEN 2
Seorang petugas rasmi jurugambar KUIN bergegas ke Dewan
untuk membuat liputan rasmi, namun bila sampai ke Dewan dan masuk dewan, beliau
ditarik keluar oleh Unit Amal PAS dengan 'kurang ajar' sedangkan beliau hadir
bertugas mengambil gambar rasmi KUIN. Rupanya Unit Amal PAS marah sebab tak
berhenti di pondok gat. Staf KUIN kata, buat apa saya nak berhenti, awak bukan
pengawal keselamatan KUIN, awak siapa? pakai lencana PAS, apa hak nak tahan
saya? Jika pengawal keselamatan KUIN tahan, memang saya akan
berhenti.Unit Amal PAS ketika itu menggunakan kekerasan kepada staf KUIN.
INSIDEN 3
Seorangan kakitangan KUIN yangtelah masuk kedalam dewan
kemudian keluar sekejap untuk makan. Bila pulang semula maka Unit Amal KUIN
menghalang untuk masuk ke dalam dewan
INSIDEN 4
INSIDEN 4
Seorang pegawai KUIN masuk tanpa ada sebarang stiker BERSIH
KUIN dan bebas daripada perkara yang tak dibenarkan, disoal oleh Unit Amal PAS
seolah dia tu Polis hampir 20 minit. Lalu pegawai tersebut menelefon seorang
top management , barulah dibenarkan masuk. Persoalannya apa kuasa yang Pegawai
Keselamatan KUIN berikan pada Unit Amal PAS sehingga mereka lebih berkuasa
daripada pengawal Keselamatan KUIN
INSIDEN5
Semua pergerakan bas masuk KUIN dihentikan dan dibuat kawad cam di atas bas oleh Unit Amal dengan membawa gambar 10 orang kakitangan KUIN yang diharamkan Jamil memasuki kampus Kuala Ketil.
INSIDEN5
Semua pergerakan bas masuk KUIN dihentikan dan dibuat kawad cam di atas bas oleh Unit Amal dengan membawa gambar 10 orang kakitangan KUIN yang diharamkan Jamil memasuki kampus Kuala Ketil.
Sehubungan dengan itu saya mewakili 400 orang kakitangan KUIN
melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan ini dan Jamil tidak sepatutnya
menutup kelemahan dan kezalimannya dengan memasukkan unsur politik di dalam
kampus KUIN.
Tindakan tidak professional yang ditunjukkan oleh petugas PAS
ini membuktikan campurtangan orang luar dalam menyelesaikan kemelut KUIN.
Jika dulu Azizan tuduh kami ejen UMNO namun kini kita tahu
siapa sebenarnya yang menjadi ejen politik apabila membawa petugas PAS yang
memakai baju berlambangkan PAS.
Jamil terlalu takut kononnya skuad BERSIH KUIN akan
menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar yang akan hadir merasmikan majlis.
Jamil takut kerana tahu dia salah dan menzalimi kakitangan. Jamil takut
sehingga tengok stiker BERSIH KUIN di kereta pun dah mula takut. Tengok 10
orang yang hanya baru dikenakan surat tunjuk sebab dah mula takut. Disebabkan
ketakutan inilah Jamil tidak membenarkan 10 orang yang dikenakan surat tujuk
sebab masuk ke dalam kawasan KUIN dan tak benarkan kereta yang memakai stiker
BERSIH KUIN memasuki kawasan KUIN.
Jamil sepatutnya jika mahu mengawal keselamatan dengan
teratur , menggunakan Unit Keselamatan KUIN dan pihak Polis Kuala Ketil bagi
menjaga keselamatan bukan dengan membawa masuk pasukan Unit Amal PAS ke dalam
KUIN. Jika mahu menjaga lalulintas boleh gunakan pasukan RELA.
Pihak skuad BERSIH KUIN akan menghimpunkan bukti dan
keterangan serta gambar yang diambil dan satu ‘tindakan khas’ akan
dibuat pihak BERSIH KUIN dengan kadar segera dan akan melaporkan perkara ini
kepada pihak-pihak berwajib. Ini adalah bagi mengekang supaya KUIN tidak akan
terus dipolitikkan dan tidak menjadi medan politik kepada Jamil dan Azizan.
“STAFF IS THE BOSS”