Dato L , Pendaftar KUIN perlu memasukkan dalam surat tunjuk sebab mana sumber undang-undang yang dirujuk KUIN untuk mensabitkan kesalahan kakitangan.. Cuba tengok contoh kesalahan didiplin yang boleh dikenakan kepada Jamil.
Prof. Dato’ Wira Dr.
Jamil Osman
Rektor
Kolej Universiti
Insaniah
Kedah Darul Aman
Prof.,
SURAT
TUNJUK SEBAB
Perkara di atas
dirujuk dan berkaitan.
2. Pihak pentadbiran mendapati bahawa Prof.
selaku Rektor dan Ketua Eksekutif Kolej
Universiti Insaniah didapati gagal
mentadbir sebuah IPT dengan cekap dan amanah sehingga mengakibatkan krisis
kewangan yang serius.
3. Di bawah Perkara 33 Akta 555 (Akta
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996): Kewajipan Ketua Eksekutif;
33. Ketua
Eksekutif hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan perlembagaan
institusi pendidikan tinggi swasta itu, menjalankan penyeliaan am ke atas
perkiraan bagi ajaran, pentadbiran, urusan hari ke hari, kebajikan dan disiplin
di institusi pendidikan tinggi swasta itu.
4. Pihak pentadbiran memandang berat
pelanggaran tatakelakuan yang serius ini yang boleh mengakibatkan hukuman tatatertib didenda RM200,000.00
atau dihukum penjara selama 2 tahun.
5. Sehubungan dengan itu, sila Prof. beri
penjelasan secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh
penerimaan surat ini mengapa tindakan tatatertib tidak boleh diambil ke atas
Prof. Sekiranya Prof. gagal memberi
sebarang jawapan dalam tempoh yang dinyatakan, maka tindakan tatatertib akan
diambil ke atas Prof. berdasarkan maklumat yang ada.
Sekian, harap maklum.
‘KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT’
Yang menjalankan tugas,
(DATO’ HAJAH LATIFAH BINTI HASSAN, DSDK., PPS., AMK., PJK.)
Pendaftar
s.k .YB
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
.YAB
Menteri Besar Kedah
.Fail Peribadi