Pages

Monday 11 March 2013

JAMIL KENA BAYAR KOMPAUUN GUNA EMOLUMEN REKTOR DAN TOP MANAGEMENT BUKAN DUIT KUIN

Kami seluruh staf KUIN menuntut supaya bayaran denda sebanyak RM272,ribu kepada KPT hendaklah menggunakan peruntukan emolumen Rektor dan Pengurusan Tertinggi KUIN dan bukannya dari mana-mana peruntukan KUIN.

Rektor telah MENAFIKAN hak staf KUIN untuk menerima kenaikan gaji 13% mulai Januari 2012 serta 2 kali bonus yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sedangkan Rektor juga menyokong kenaikan gaji staf Insaniah Holdings tanpa berdasarkan mana-mana peruntukan skim perkhidmatan yang digunapakai sedangkan Insaniah Holdings tidak pernah menjalankan apa-apa perniagaan apatahlagi menjana keuntungan.

Pengurusan Tertinggi yang sepatutnya menasihati Rektor supaya tidak mengambil sebarang tindakan  atau keputusan yang melanggar peruntukan undang-undang telah GAGAL berbuat demikian sebaliknya hanya menjadi burung belatuk yang mengangguk saja kepada sebarang keputusan yang Rektor ambil.

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala telah menurunkan bala kerana pentadbiran yang tidak amanah dan tidak berlandaskan syariat Islam. Menteri Besar dan Rektor telah membudayakan pentadbiran yang riak, sombong, angkuh serta tiada keikhlasan kerana pembangunan Kampus Kuala Ketil hanya semata-mata untuk mendapat nama sahaja dan sekarang nama KUIN dah gah seantero dunia dengan penuh kepincangandan kerosakan kerana sikap bodoh sombong dua sahabat karib ini.

Kami dizalimi, kebajikan kami diabai, suara kami disekat,kami diugut namun atas nama perjuangan tetap akan kami teruskan kerana kami hanya TAKUT kepada Allah Subhanahu Wata'ala, kami berjuang atas nama amar maaruf nahi mungkar.  Bagi kami rezeki itu Allah yang bagi bukan MB bukan Rektor.