Pages

Monday, 16 July 2012

GERAKAN BERSIH TAK IKTIRAF MAJLIS PERPISAHAN NAJIB DAN YUSUF ANJURAN JAMIL

Jamil yang bimbang dengan kebangkitan kakitangan KUIN khususnya pekerja - pekerja KUIN telah membuat keputusan untuk mengadakan Majlis Perpisahan dengan 3 orang staf KUIN iaitu :
1. Haji Mohd najib Abdullah (magsa penganiayaan opsyen Jamil)
2. Haji Abdul Latip Din (memang memlih opsyen pencen umur 56)
3. En Yusuf Ismail   (mangsa penganiayaan opsyen pencen Jamil)

Bagi GERAKAN BERSIH Majlis Perpisahan ketiga - tiga tersebut yang akan diadakan di Hotel Holiday Villa pada 18 Julai 2012 (Rabu) adalah lambang pengiktirafan kezaliman Jamil. 

Sehubungan dengan itu GERAKAN BERSIH KUIN  meminta kepada pekerja yang dijemput kemajlis tersebut agar TIDAK HADIR kerana alasan berikut :

1. Penamatan Perkhidmatan Haji Najib dan Yusuf adalah tidak sah dari sudut kontrak perkhidmatan.
2. Menghadirkan diri pada Majlis tersebut seolah-olah kita mengiktiraf kezaliman Jamil dalam memberhentikan Yusuf dan Najib
3. Yusuf danNajib kemungkinan akan diambil bekerja kembali ke KUIN kerana GERAKAN BERSIH sedang membuat proses perundangan mahkamah bagi menyelesaikan kemelut ini.
4. Jamil mengadakan Majlis tersebut hanya sekadar ingin menampakkan kelembutan akhlaknya yang menyembunyikan kezalimannya, sedangkan agenda menafikan hak kenaikan 13 % gaji dilakukan hanya kerana tak mahu guna pekeliling opsyen 60 tahun kerana Jamil tuduh dan fitnah pendaftar membocorkan rahsia dan maklumat dalaman KUIN. Disebabkan tak mahu menggunakan opsyen 60 tahun, maka opsyen kenaikan gaji 13 % dan kenaikan elaun juga tidak boleh digunakan juga sebab taraf ketiga-tiga pekeliling perkhidmatan itu adalah sama.

AZLINA , NADIA DAN MR F (FIRDAUS) ORANG KUAT PAS HIMPUN PEMUDA MAHU BELA JAMIL

Mr F sedang ber'karut' di bgunan PAS 16 Julai
Sebentar tadi saya ada menerima mesej dan maklumat bahawa ketika artikel ini sedang ditulis Jamil tiada pilihan melainkan menggunakan talian hayatnya yang terakhir iaitu Madam AZ (Azlina) dan Mr F (Firdaus). Madan AZ dan Mr F ketika ini sedang memberi taklimat kepada pimpinan Pemuda PAS Negeri Kedah yang terdiri daripada semua Bahagian. Majlis ketika ini sedang berlangsung di kompleks PAS Batu 9.

Madam AZ dan Mr F terpaksa menjadi kambing hitam Jamil kerana mereka inginkan Jamil terus kekal bagi memastikan mereka terus mendapat kepentingan dunia dengan pembiyaan pengajian dan penyambungan kontrak kerja. Kesian sungguh menjadi orang suruhan Jamil yang sudah ditolak staf KUIN. begitulah gelagat orang agamawan apabila duna menguasai diri. Kebenaran dikatakan salah dan kezaliman dikatakan keadilan.

Nadia pensyarah undang-undang KUIN juga turut kelihatan. Nadia adalah lepasan undang-undang UIAM.

Sekarang memang jelas adanya pakatan politik PAS yang jelas di dalam KUIN yang ditunjangi oleh Firdaus, Azlina dan Nadia. Mereka akan melakukan apa saja untuk PAS walaupun PAS buat zalim pada kakitangan dan rakyat.

Mr F sakit kepala nak lawan geng BERSIH KUIN
Penerangan dihadiri hanya 30 orang pemuda dan tak sampai 5 orang muslimat. Tururt kelihatan Ketua Pemuda dan Timbalan Pemuda.

Untuk kenali siapa Madam AZ klik disini kenali azlina 1 dan klik satu lagi   kenali mada Azlina 2

Antara maklumat yang disampaikan dalam  perhimpunan  tersebut:

- Mr F berkata staf yang menyertai demo adalah di kalangan majoriti orang UMNO
- Madam AZ sedang memberikan penjelasan isu KUIN
    - Anak syarikat KUIN yang di dakwa staf KUIN tidak menjana keuntungan adalah salah.
    - Isu kenaikan yuran 
    - Isu kronisme yang berlaku dalam KUIN adalah tak betul
-kesimpulannya Madam AZ memang kuat membodek Jamil , mungkin kerana dia banyak terhutang budi dengan Jamil.
Madam Azlina

BEGITU KUATNYA KUASA DEMONSTRASI, MELETUPNYA BERITA DEMO BERSIH KUIN PADA 3 JULAI HINGGA MEMAKSA PAS KEDAH MENGHIMPUNKAN PEMUDA UNTUK TERANG ISU KUIN.

MEMANG AZIZAN DAH KALUT DAN TAKUT ISU DEMO KUIN HINGGA ARAHKAN KAMBING-KAMBING HITAMNYA MENGEMBEK DI KOMPLEK PAS BATU 9.

SIDANG DUN KEDAH : KERAJAAN KEDAH TAKUT ISU KUIN

16 julai - Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) hari in memperlihatkan ketakutan menghadapi isu KUIN apabila hanya bersidang 1 jam lebih sahaja. Walaupun soalan mulut mengenai KUIN berada pada soalan ke 15 dan 29 namun , MB Kedah cuba memberitahu dewan apabila menjawab soalan dari YB Kubang Rotan , bahawa dengan Kerajaan memperolehi Biji Besi memberikan sumber pendapatan yang lebih kepada Kerajaan.

Lalu , ADUN Gurun Dr Leong bangun berkata : YAB minta maaf sekiranya soalan saya ibarat mencurahkan air sejuk di atas kepala YAB..." (ahli dewan gemuruh ketawa). 

Jika YAB MB berkata Kerjaan Kedah kaya dengan pendapatan Bijih kenapa KUIN  tidak dinaikkan gaji 13 % .

lantas MB menjawab dengan penuh pembohongan (isyyyy rasanya Azizan ni ustaz celup saja, sebab suka cakap penipu). Azizam kata KUIN tak ikut pekeliling sebab swasta bukan Kerjaan atau Agensi Kerajaan atau badan berkanun.

Untuk mengetahui bahawa Azizan seorang pembohong, nantikan artikel seterusnya yang akan membongkarkan rahsia Azizan seorang Menteri Berbohong (MB)

JAMIL DIPANGGIL KPT HARI INI

16 Julai - Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Bahagian Penguatkuasaan  telah memanggil KUIN bagi mendapat penjelasan terhadap isu dan memberi nasihat terhadap kemelut yang dihadapi sehingga semu staf berani bangkit menentang kezaliiman Jamil dan mendesak Jamil meletak jawatan. Perjumpaan di adakan di Bangunan Jabatan Pengajian Tinggi dan dipengerusikan oleh Datin

Pihak KUIN yang diwakili, Jamil, En Latif, Mr SS (Sayuti) dan Dato Syed Unan. Pertemuan ini adalah langkah pertama KPT selepas mendapat arahan daripada Menteri untuk menyiasat kemelut KUIN yang didalangi Jamil dan kroninya. Walaupun pun kita yakin Jamil dan kroninya akan berbohong adalah fenomena biasa , pihak Gerakan Bersih akan terus menyalurkan maklumat tepat dan benar kepada KPT agar Jamil tidak banyak buat dosa berbohong.

Antara perkara yang disentuh dalam pertemuan tersebut ialah isu KUIN gagal membuat pembayaran terhadap potongan gaji, isu cuti sakit Jamil yang digunakan dengan menimbulkan kontroversi dan isu berkaitan akademik KUIN.

Sunday, 15 July 2012

JAMIL PENGECUT TAK BERANI NAK JUMPA STAF

Jamil nampaknya sedang membuat roadshow ke jabatan2 di KUIN. Bermula dengan pejabat dia sendiri (Rektor) dan hari khamis pulak dengan HEA. Sebenaqnya Jamil takut nak bersemuka dengan semua staf secara serentak keraba dia takut staf akan 'menghentak' dia beramai-ramai. Jadi bila jumpa jabatan-by jabatan dia senang nak hentak staf balik.

Apa pun setiap jabatan kene bersedia untuk menerima kedatangan Jamil dan pusat kualiti akan jadi pltfom perjumpaan. Semua staf kena berani bersuara menyatakan ketidakpuasan hati di atas pentadbiran Jamil.Kita dah hilang kepercayaan kepada dia. Tanyalah apa yang kita nak tanya dan katalah apa yang kita nak kata. Jangan percaya kepada muka sedih dia kerana dia memang pakar bermuka-muka.

MAJLIS SAH KHATAM ALQURAN 2012 TAHFIZ YAYASAN MERIAH DENGAN BARAKAH DARI ALLAH

Hebat diploma tahfiz di bawah pentadbiran yayasan Islam
Majlis Sah Khatam Al-Quran merupakan acara tahunan bagi Ma'had Tahfiz Negeri Kedah sejak dari tahun 90-an lagi. Majlis ini adalah sebagai pengiktirafan pihak Ma'had Tahfiz kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan proses hafazan 30 juzuk Al-Quran. Setelah hampir setahun Ma'had Tahfiz kembali bernaung di bawah Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) setelah di ''nyah" keluar oleh pentadbiran KUIN, maka Ma'had Tahfiz terus mengorak langkah meneruskan usaha-usaha memartabatkan Al-Quran di bumi Kedah khususnya sekalipun tidak mendapat tempat di hati pembesar-pembesar KUIN.

Majlis Sah Khatam Al-Quran hari ini menyaksikan seramai 54 orang pelajar Tahfiz lelaki dan perempuan berjaya menamatkan hafazan mereka. Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh kesemua 18 staf Tahfiz yang telah dihukum secara zalim oleh pihak pengurusan KUIN dengan meminjam mereka ke YINK untuk tempoh 2 tahun. Hukuman ini yang pada awalnya sebagai balas dendam oleh pihak KUIN terhadap demo membantah pengambilalihan bangunan ar-razi oleh Sek Men Insan Bestari tetapi akhirnya membawa kebaikan buat mereka apabila kebajikan mereka dijaga dengan baik di bawah pentadbiran yang tahu menilai kemuliaan Al-Quran dan ahli-ahlinya.
Kebajikan ulamak tahfiz terbela di bawah Yayasan Islam, namun tidak di bawah KUIN

Bagi pihak yang tidak memahami isu ini (termasuklah penyokong tegar PAS), maka mereka dengan mudah melemparkan tuduhan bahawa tindakan staf Tahfiz tersebut (demo) didalangi oleh UMNO. Staf Tahfiz bukan jenis golongan yang mudah untuk dipergunakan oleh sebarang pihak kerana mereka ada Al-Quran di dalam dada mereka. Maka sudah tentu apa yang mereka buat adalah semata-mata untuk menegakkan kebenaran dan membela pelajar-pelajar Tahfiz yang teraniaya dan bukannya untuk keuntungan mana-mana parti politik.
Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada staf Tahfiz untuk memperjuangkan Al-Quran di atas muka bumi Allah. Apa yang pasti ialah, apabila golongan Ahlullah wa Khassatuh ini dimusuhi, maka orang yang memusuhi mereka tidak akan dapat hidup dengan aman tenteram kerana mereka sebenarnya telah menempah kemurkaan dari Allah.

Wednesday, 11 July 2012

KAKITANGAN KUIN AKAN LAPORKAN KEPADA SPRM

Keratan Utusan Malaysia (Nasional)
12 Julai - Kenyataan dan siaran media di dalam akhbar pada hari ini memberikan suatu tamparan hebat terhadap kredibliti pentadbiran Jamil apabila sebahahagian kakitangan dengan lantang berani akan membuat laporan penyelewengan Jamil kepada pihak SPRM, sekaligus juga tamparan hebat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.

Usaha ini timbul ekoran kemarahan kakitangan KUIN menular kepada MB Kedah yang dengan jelasa menyokong kemungkaran yang telah dilakukan Jamil.MB Kedah juga menipu rakyat dengan menyatakan semua dakwaan kakitangan adalah tak benar. Kalau tak benar kenapa kakitangan buat repot polis. Skuad BERSIH KUIN enggan menjawab dalam blog ini.Nantikan pendedahan eksklusif tidak lama lagi.

LAMAN KUIN KENA 'HACK'

Akibat di 'hack' gambar dan maklumat di web rasmi KUIN hilang
11 Jun - Laman Web KUIN telah di'HACK'baru-baru ini. Pihak gerakan Bersih amat kesali dengan perkara ini kerana ia merupakan laman rasmi KUIN. Kemungkinan agenda hack ini adalah kerana kemarahan yang tak dapat disimpan oleh sebahagian "Hacker".

Namun laman web KUIN cuba dibangunkan semula, namun semua pictures yang terdapat dalam web sebelum ini gagal diselamatkan.

Tuesday, 10 July 2012

LENSA GRAND HI-TEA "BERSIH KUIN"

Tn Haji Najib disambut pelayan tetamu BERSIH KUIN

Cerita lama dengan orang lama

Pak Ucop disambut Arif

Cikgu Hassan , mantan Kaunselor KUIN turut hadir

Khusuk dengar ucapan

Cenderahati khas pak Ucop

Tn Hj Najib terima cenderahati dari Taufek
Us Azki sampaikan ucapan wakili Gerakan BERSIH KUIN

En Yusuf terharu dengan sambutan

Tn Hj Najib banyak menyumbang kepada KUIN turut sampaikan ucapan


Cikgu Ali yang pernah meletak jawatan kerana protes kepada Jamil turut hadir
Semangat mendengar celoteh Asri yang mempengerusikan majlis

Us Baihaki membaca doa

Group Pakar Media siap dengan Multimedia Presentation

Selamat Menjamu Selera
Abang Mat Ibrahim , mantan Ketua Kerani KUIN turut hadir

Asri sentiasa MASA UNTUK BERUBAH

Sobri antara 6 orang yang teraniaya terpilih menerima sumbangan

SAMBUTAN GRAND HI-TEA BERSIH KUIN DAPAT SAMBUTAN LUAR JANGKAAN

10 Julai -  Gerakan BERSIH KUIN telah menganjurkan Majlis Grand Hi-Tea BERSIH KUIN bertempat di WNS Homestay jalan Stadium Alor Setar bermula jam 5 petang hingga 7 petang. Program yang bertujuan untuk meraikan Tn Hj Mohd Najib Abdullah (Mantan Pendaftar) dan En Yusuf Ismail (Mantan Pemandu) juga diadakan sebagai rasa syukur dan terima kasih kepada semua kakitangan KUIN yang berani menyatakan kebenaran semasa himpunan aman pada 3 julai yang lalu selain jamuan sempena sambutan kedatangan  Ramadhan Al Mubarak.


Hampir 250 kakitangan, pelajar, warga media dan mantan staf KUIN hadir ke majlis tersebut. Majlis dimulakan dengab bacaan doa oleh Us Baihaki kemudian disusului oleh ucapan Ketua Gerakan BERSIH KUIN, Us Mohd Azki. Tn Hj Najib dan En Yusuf turut menyampaikan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua kakitangan yang banyak membantu mereka sebelum ini. Cenderamat khas bukan sahaja diberikan kepada mereka berdua , bahkan juga kepada 6 orang mangsa penganiayaan KUIN.

Pelbagai juadah disediakan untuk santapan , namun apa yang penting ialah ukhuwwah dan rasa kasih sayang sesama kakitangan KUIN merupakan azimat yang paling bermakna.

Turut disajikan ialah persembahan Multimedia sepanjang perjalanan aktiviti GERAKAN BERSIH KUIN. Kepada yang tak dapat hadir kerana bertembung dengan Kuliah dan urusan lain, kami iringi denan doa . Syabas dan terima kasih warga KUIN yang menjayakan GRAND HI TEA BERSIIH KUIN.

Keadaan di Kuin Sangat Kritikal

KUALA NERANG - Kemelut yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sehingga warga kerjanya membuat laporan polis menunjukkan masalah itu semakin kritikal dan bukan perkara kecil.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata apa yang berlaku di Kuin menunjukkan kolej universiti itu berada dalam keadaan kritikal walaupun Pengerusinya Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar mengatakan ia perkara kecil dan tidak perlu campur tangan pihak luar iaitu Kementerian Pengajian Tinggi.

"Kalau dah pensyarah dan kakitangan buat demonstrasi, ini bukan perkara main-main...ia adalah perkara serius yang perlu diambil tindakan segera.

"Ini menunjukkan mereka ada masalah dari segi pengurusan universiti. Itu bukan perkara yang kecil dan ia perlu dipandang serius," katanya kepada pemberita di sini.

Mahdzir berkata beliau bimbang jika masalah itu berterusan ia akan memberi persepsi negatif kepada orang luar dan tidak mustahil suatu hari nanti tidak ramai pelajar yang akan melanjutkan pengajian di kolej universiti milik kerajaan negeri Kedah itu.

"Bila dan jadi masalah ini, ia akan menjejaskan perjalanan universiti. Kalau pelajar makin kurang, macam mana pihak pengurusan hendak membayar pinjaman daripada bank yang dibuat untuk membina kampus tetap universiti itu," katanya.

Mahdzir berkata sepatutnya pihak pengurusan Kuin perlu 'mengukur baju di badan sendiri' sebelum memutuskan untuk menambah bilangan fakulti.

"Macam mana mereka boleh nak buka banyak fakulti sedangkan 'badannya' kecil sahaja. Kalau kita balik kepada asal penubuhan Kuin (fokus kepada pengajian agama), ia tak akan jadi macam ini. Ni semua mereka nak buat. Jadi kerajaan negeri perlu tanggung la.

"Banyak syarikat dah saman... report polis pun dah banyak dibuat... duit pada pensyarah tak bayar... tuntutan hutang tak bayar.. saya tak desak apa-apa sebab ia dah 'loghat dah' (sangat teruk)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) berkata tindakan kerajaan negeri membuat ladang rakyat dengan menebang hutan balak adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan.

"Di sini, di Kampung Charuk Batang Padi yang terletak bersebelahan Tasik Pedu pun mereka nak buat ladang rakyat," katanya.

Beliau berkata kawasan itu adalah kawasan tadahan air dan jika kerajaan negeri meneruskan juga projek itu, ia akan memberi implikasi kepada alam sekitar dan penduduk di kawasan itu.- Bernama

Monday, 9 July 2012

ARKIB : RENTETAN DEMONSTRASI TAHFIZ AL QURAN MELEDAK KEZALIMAN JAMIL


Demo diadakan kerana pihak pengurusan KUIN melalui sepucuk surat kepada pengetua asrama pada ketika itu telah mengarahkan sebahagian pelajar tahfiz agar mengosongkan sebahagian Blok bangunan untuk memberi laluan kepada penempatan Sekolah Bestari.
1 APRIL 2011 : Selepas menunaikan solat Jumaat sekumpulan pelajar dan pensyarah tahfiz telah mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah dirampas untuk pembangunan Sekolah Insan Bestari hingga menyebabkan sebahagian pelajar Tahfiz diarah keluar dari asrama mereka. Himpunan ini turut melibatkan Saudara Faiz Arsyad (Presiden MPM), dan beberapa orang exco MPM yang turun bersama memperjuangkan hak kuliah tahfiz.
3 APRIL 2011 :  Rentetan daripada demonstrasi aman tersebut Ustaz Mohamad Idrus Bin Ismail telah dilucutkan jawatan selaku Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran,kerana turut terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Insan Bestari dan didapati bersalah oleh Panel Penyiasat kerana mengeluarkan kenyataan media. Dekan (Dr Azharuddin bin Sahil) juga turut didapati bersalah oleh Panel Penyiasat kerana mengeluarkan kenyataan media namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil ke atasnya.
: Pada 9.00 malam Barisan MT dan Exco MPM bersidang, berbincang mengenai isu permasalahan yang di hadapi oleh pelajar Kuliah al-Quran. Kata sepakat dicapai untuk menghantar surat rundingan antara MPM, Rektor dan Menteri Besar. Namun usaha ini gagal kerana Pihak Rektor dan Menteri Besar enggan bertemu MPM.
4 APRIL 2011 : MB Kedah Mengeluarkan kenyataan akhbar,beliau menyatakan kekesalan kerana menerima surat berbaur ugutan daripada pensyarah kuliah tahfiz
5 APRIL 2011 :  Apabila diteliti segala sumber, surat yang diterima oleh MB rupanya merupakan laporan palsu yang diberikan oleh Dekan Kuliah Al-Quran (Dr. azharuddin bin Sahil). Oleh itu, pada hari yang sama juga Dekan Kuliah al-Quran telah menghantar surat penafian laporan pertama yang beliau beri kepada MB, dan keluar kenyataan media bahawa 'Dekan Kuliah Quran Memohon Maaf’.
: Seperti biasa, Mohd Aiman Razab (Peng.Biro Penerangan) mengadakan speaker corner untuk melakukan penerangan isu kuliah tahfiz dan bukumappixc serta isu-isu berbangkit kepada mahasiswa, namun telah dihalang oleh pihak HEP iaitu Encik Ikhmal, berlaku sedikit ketegangan apabila pihak HEP menuduh Saudara Aiman tidak mengikuti prosuder KUIN.
6 APRIL 2011 : Faiz Arsyad, Azlan Mat Zain dan Mohd Aiman Razab telah mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa pertemuan dua mata antara Menteri Besar, Dato' Rektor dan Kuliah al-Quran tanpa kehadiran orang perantaraan dan juga memberikan mengenai beberapa isu dalaman yang berkaitan kebajikan mahasiswa.
7 APRIL 2011 :  Telah berlaku satu cubaan membakar pejabat HEP dan sehingga kini suspek tak dapat dikenal pasti dan MPM mengesyaki ini adalah salah satu provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasikan isu yang berlaku.
21 APRIL 2011 :  Timbul cadangan di peringkat tertinggi KUIN agar Diploma Tahfiz al-Quran dipindahkan kepada Yayasan Islam kedah (YINK) manakala bagi Ijazah dan Master akan kekal di KUIN. Ini ada bertujuan untuk mengeluarkan kesemua staf tahfiz (18 orang) dari KUIN sebagai hukuman terhadap demo yang diadakan.
23 APRIL 2011 :  6 Mahasiswa kita, Faiz Arsyad, Aiman Razab, ZukhiLatif, Ahmad Remy, Mohd Farhan dan Mohd Azlan telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak pentadbiran menggesa mereka memberikan surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib berkenan keterlibatan mereka dalam demonstrasi, mengeluarkan kenyataan akhbar, dan memberikan ucapan menggunakan pembesar suara (speaker corner).
30 APRIL 2011 :  MPM bersama ITQAN mengadakan solat hajat perdana agar Diploma Tahfiz tidak dikeluarkan daripada KUIN.
2 MEI 2011 : Beberapa Exco MPM dan ITQAN mengadakan Roudtour setiap asrama bagi penjelasan isu dan meraih sokongan mahasiswa terhadap isu Tahfiz
11 MEI 2011 : 6 Mahasiswa yang telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak HEP, telah menghantar surat bantahan terhadap surat  HEP kerana tidak mematuhi prosiding mahkamah dan 'Surat Cinta'  HEP pertama tidak sah!
15 MEI 2011 : 'Surat Cinta'  iaitu surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib daripada pihak pentadbiran yang ke dua di proses dan di hantar semula kepada 6 mahasiswa kita,mereka dikehendaki memberi maklum balas dalam tempoh 14 hari.
18 MEI 2011 : Mohd Aiman Razab wakil daripada seluruh mahasiswa KUIN menghantar memorandom 'selamatkan idealisme mahasiswa kepada S/U Pejabat PAS pusat meminta agar Presiden PAS menasihati Kerajaan Negeri Kedah agar bersikap rasional dan adil dalam menangani isu-isu kampus yang berlaku.

21 APRIL 2012 : Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN yang dipengerusikan oleh MB memutuskan untuk meminjam secara paksa seramaI 18 orang staf Kulliyyah Al-Quran ke Yayasan Islam Negeri Kedah selama 2 tahun. Arahan itu dibuat hanya melalui sepucuk surat dan dengan secara paksa. Ini adalah sebagai hukuman dari pihak KUIN terhadap staf tahfiz yang mempertahankan bangunan milik tahfiz daripada diambil alih oleh Sekolah Menengah Insan Bestari.                    

KRONI JAMIL: ANAKNYA , SUDAH CUKUP BUKTI JAMIL BERMAZHAB KRONISME


Keputusan Semester 1 Ramzul Ihsan bin Jamil Mencurigakan
Kulliyyah Al-Quran sentiasa diselubungi pelbagai isu, skandal, dan macam-macam lagilah semenjak ditadbir oleh Bapak Indon Azharuddin. Skandal dan isu KAQ bertambah menjadi-jadi sejak bermulanya program sarjana tahun lalu. Apabila bermulanya program sarjana KAQ maka Jamil melihat ini adalah ruang untuk anaknya Ramzul memperolehi master sekalipun anaknya langsung tidak ada asas dalam bidang al-quran. Mantan Dekan Pusat Siswazah sebelum ini tidak bersetuju dengan permohonan group Multimedia (5 orang termasuk Ramzul) ke Kuiah al-quran. Jangankan nak menghafaz al-quran, nak baca al-quran pun lintang pukang macam mana nak menghafaz. Sedangkan silibus master KAQ mewajibkan pelajar menghafaz 2 juzuk al-quran (juzuk 29 dan 30). Sebahagian subjek pula diajar oleh pensyarah arab yang menggunakan bahasa arab 100% sedangkan Ramzul and the geng tak mampu berbahasa arab. Bercakap pun tak boleh, menulis arab pun tak boleh, membaca arab pun tak boleh. Last-last pelajar2 lain pulak yang nak kena mengajar depa.

Apa yang mencurigakan ialah setelah keluarnya keputusan peperiksaan semester pertama, Ramzul berjaya merangkul serta meraih keputusan yang amat-amat terlalu cemerlang iaitu 3.8 (awat tak bagi 4.0 ja Bapak Indon) sedangkan pelajar lain yang sememangnya berpendidikan dalam bidang al-quran sejak dari peringkat diploma dan sudah menghafaz 30 juzuk al-quran pun hanya mendapat 3.6, 3.7 dan 3.8 saja. Ramzul hanya perlu menghafaz surah al-mulk sahaja (itu pun rasa2 tak habis satu surah kot) untuk memperolehi pointer 3.8. Nanti bila dah dapat master boleh lah Ramzul mengajar di KAQ dengan keputusannya yang cemerlang itu (lingkupweng lah KAQ nanti). Pesanan buat Bapak Dekan, nak buat baik pun berpada-padalah. Perkara ini akan kita panjangkan kepada pihak MQA dan pihak KPT. Minta MQA dan KPT rujuk semula skrip jawapan peperiksaan Ramzul and the geng (jawap dalam bahasa melayu, mengaji dalam bahasa arab) supaya segala bentuk salahguna kuasa oleh Bapak Dekan dihentikan. Jangan jadikan KAQ sebagai batu loncatan untuk kroni-kroni jamil mendapat master secara haram.

Walau bagaimanapun ada usaha-usaha tertentu untuk menyelamatkan Ramzul daripada tindakan MQA atau KPT iaitu dengan menyembunyikan skrip jawapan Ramzul. Kita minta pihak MQA atau KPT sila bersemuka dengan Ramzul dan minta dia baca al-quran. Kalau dia tak mampu nak baca macam mana dia boleh dapat B sedangkan silibus mewajibkan pelajar menghafaz juzuk 29 keseluruhan untuk sem 1.
Persoalan :
1.    Bagaimana Ramzul boleh mendapat keputusan yang baik (B) dalam subjek Hifz Al-Quran sedangkan Ramzul tak mampu baca al-quran, jadi macam mana nak menghafaz?...apa yang pasti ada usaha untuk meluluskan beliau walaupun Ramzul hanya menghafaz surah al-mulk…itu pun tak habis…sedangkan pelajar2 lain diwajibkan mengapai satu juzuk (29)…
2.    Macam mana Ramzul boleh jawap dalam peperiksaan bertulis untuk subjek hifz al-quran?...bolehkan Ramzul tulis balik ayat-ayat yang dia hapai…minta KPT buat ujian kat dia…sebab tu skrip jawapan Ramzul dihilangkan…
3.    Untuk subjek Ulumulquran…macam mana Ramzul boleh dapat (A)…yang ajar tu orang arab yaman…guna bahasa arab 100%...sedangkan Ramzul n geng tak boleh lansung berbahasa arab…bila exam soalan dalam bahasa arab…Ramzul n geng pulak jawap dalam bahasa melayu…ok…yang semak kertas jawapan depa ialah pensyarah arab yang lansung tak boleh bahasa melayu…macam mana dia semak skrip jawapan Ramzul?...dapat (A) pulak tu…pelik-pelik…

Sunday, 8 July 2012

AZIZAN DAN JAMIL : MULA TAKUT KERANA ZALIMI RAKYAT BAWAHANNYA



Dalam akhbar Sinar Harian hari ini 9 Julai 2012, MB telah mengeluarkan kenyataan meminta pihak KPT tidak campurtangan dalam isu KUIN. Alasan yang diberikan oleh MB adalah kerana KUIN adalah milik kerajaan negeri bukannya IPTA. Jadi KPT tidak perlu campurtangan.

Sedarkah kita bahawa semua IPT mesti berdaftar dengan KPT terlebih dahulu sebelum boleh memulakan program pengajian. Setiap program pengajian pulak perlu mendapat pengiktirafan. Setiap tenaga pengajar pulak perlu menpunyai permit mengajar. Semua yang dinyatakan disini adalah menjadi kuasa KPT untuk meluliskan kepada sesebuah IPT.

Apakah selepas ini semua program pengajian di KUIN akan diiktiraf oleh kerajaan negeri sahaja tanpa perlu ke KPT melalui MQA. jika itulah apa yang MB maksudkan dengan KPT tidak perlu campurtangan dalam KUIN nescaya KUIN berada dalam keadaan bahaya. Apakah selepas ini jika KUIN ingin membuka program baru hanya dengan kelulusan kerajaan negeri sahaja dan tak perlu ke KPT jika tidak mahu campurtangan KPT.

KPT bertanggungjawab terhadap semua IPT yang berdaftar dibawahnya. Jika berlaku sesuatu kekalutan dalam sesebuah IPT seperti di KUIN ini adakah KPT tak perlu ambil tahu dan hanya tengok saja. Jika berlaku kekalutan dalam sesebuah IPT ini akan menjejaskan kualiti pendidikan maka itu menjadi tanggungjawab KPT untuk masuk ke sesebuah IPT dan tengok apa masalah yang berlaku.

Apakah KUIN takut tembelangnya pecah jika KPT masuk maka terpaksa bagitau MB yang KUIN ni milik kerajaaan Negeri dan tak perlu campurtangan KPT..` Tepuk dada tanyalah selera`. Kita harap KUIN tak jadi macam UNISEL dalam isu PTPTN bila MB dia bersuara isu PTPTN maka PTPTN terus bertindak. Kita mintak simpang perkara tu berlaku di KUIN..

Ini semua mesti sepak terajang politik Jamil yang penakut dengan KPT , terpaksa mengadu masalah kepada MB supaya desak jangan bagi KPT masuk, kerana jika KPT masuk Jamil akan terpecah tembelangnya.
 

MB KEDAH MULA GELABAH TAKUT PENYELEWENGAN JAMIL DISELONGKAR KPT



Rupanya MB Kedah seorang penakut apabila mengetahui pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) nak bantu kakitangan KUIN . Adakah kerana ketakutan MB kerana pilihanraya. Jawapannya ketakutan MB adalah kerana tembelang Jamil akan dibongkarkan kakitangan KUIN kepada KPT.

MB Kedah ingatka perangai perongos (gedebe) beranilah sangat, tapi penakut juga. Maklumlah demi kekasih MB iaitu Jamil. MB Kedah sanggup Pas kalah , yang penting Jamil tak dipecat. Kasihan oarang kuat politik Azizan , terpaksa menerima kenyataan pemimpin mereka sudah lari dari landasan perjuangan sebenar.

Apa pun , kami berdiam sahaja ni , kami tengah atur strategi yang amat dahsyat. nantikan wahai Jamil dan Azizan.