Thursday, 11 April 2013

BILA GAGAL AZIZAN SUKA SALAHKAN ORANG LAIN



Sumber: 
Bernama/Sinar/M Star/ Utusan
KUALA NERANG: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menyelar tindakan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang tidak henti-henti menyalahkan Umno apabila gagal menyelesaikan isu berkaitan Kolej Universiti Insaniah (Kuin).
Mahdzir berkata dalam tempoh lima tahun kerajaan PAS mengambil alih pengurusan Kuin mereka hanya tahu menyalahkan pemimpin Umno jika terdapat isu yang dibangkitkan kakitangan dan pelajar kolej itu.
"Lima tahun lepas sejak 8 Mac 2008 hingga sekarang semua nak salahkan Umno.
Saya tak faham mereka ini kerajaan apa. Setiap perkara yang berlaku dia (Azizan)kata ini salah orang lain dan bukan salahnya.
"Gagal pindahkan 1,000 pelajar Kuin dari Mergong ke Kuala Ketil sebab asramatak siap pun nak salahkan Umno. Tuduh (pula) Umno yang buat laporan dekatKementerian Pengajian Tinggi (KPT)," katanya kepada pemberita ketika ditemui disini hari ini.
Beliau berkata sebelum ini Azizan sendiri yang pernah mengeluarkan kenyataan akan memindahkan 1,000 pelajarnya ke kampus induk Kuin bermula Mac 2013.
Mahdzir berkata rata-rata pelajar yang ada di Kuin adalah anak orang kampung dan petani yang mahu belajar di institusi pengajian tinggi dan kerajaan negeri perlu menyediakan prasarana yang lengkap untuk mereka.
Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Terapmenyokong keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najiib Tun Razak membuka ruangkepada calon Barisan Nasional (BN) yang kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepasuntuk bertanding pada PRU kali ini.
Katanya pemilihan calon tersebut tetap berasaskan kriteria calon bolehmenang dan mempunyai latar belakang yang bersih.
"Katakan satu tempat ada calon yang bagus. Kita akan pilih yang terbaik walaupun calon itu pernah kalah pada PRU lepas," katanya.
Mahdzir berkata sebagai pemimpin peringkat pertengahan mereka akan menerimaapa sahaja cadangan dan arahan daripada pemimpin tertinggi peringkat pusat.-BERNAMA