Pages

Tuesday 9 April 2013

DEKAN INDON TAWAR SATU STUDENT RM 100

10 April - KUIN semakin terdesak dalam pengambilan pelajar baru terutama pelajar Kuliah Quran apabila tindakan terkini Dekan Indon (Azharudin) terpaksa mengumumkan bahawa sesiapa di kalangan pelajar yang dapat membawa masuk pelajar ke Kuliah Quran akan diberikan wang sebanyak  RM100 per/head

Beliau membuat pengumuman demikian ketika menyampaikan ucapan di hadapan  pelajar Kuliah Quran. Ini berikutan bilangan pelajar Kuliah Quran merudum sesi lalu sehingga bilangan pelajaar Master dan Diploma tiada sambutan. Menurut sumber bilangan pelajar Diploma sesi lepas hanya tinggal seorang sahaja. Penurunan ini berikutan masalah dalaman pentadbiran Dekan Kuliah Quran KUIN yang gagal memberikan perubahan akademik terbaik kepada pelajar. Ramai calon yang lebih gemar menyambung pengajian Tahfiz di Maahad Tahfiz Yayasan Islam kerana suasa pengajian yang kondusif dan terjamin disamping pengajian diberikan subsidi percuma sedangkan di KUIN dikenakan bayaran yang tinggi.

Menurut sumber juga Dekan Indon juga menjanjikan sesuatu yang pelik apabila menabur janji kepada pelajar Tahfiz bahawa KUIN akan membuat asrama khusus dan khas kepada pelajar tahfiz apabila mereka berpindah ke Kuala Ketil. Kenyataan ini sangat tersimpang kerana yang ada sekarang pun macam igloo dan primitif berpindah randah, tambah nak bagi khusus ibarat jauh panggang dari api.

Namun skuad BERSIH KUIN akan memantau sistem pemberian RM 100 kepada sesiapa yang dapat mencari calon tahfiz , jika ada unsur penyelewengan dan salahguna wang , skuad BERSIH tidak teragak-agak untuk bertindak menggunakan undang-undang yang ada.