Pages

Thursday 11 April 2013

BLOG PAKATAN YAKIN AZIZAN PUNCA KRISI DALAMAN PAS, KAMI KATA LAMA DAH AZIZAN PUNCA KRISIS KUIN




Sesungguhnya TUlang Besi amat berat hati hendak menulis perkara di bawah ini. Namun, Tulang Besi terpaksa tulis kerana apabila jatuhnya negeri Kedah kelak, pembaca akan kembali pada blog Tulang Besi dan membaca amaran yang telah diberikan oleh Tulang Besi sebelum bencana berlaku

Dalam kita berhempas pulas melawan dan menghinjak UMNO, sesetengah pimpinan PAS lebih suka bekerja menguntungkan UMNO. Penyokong dan pendokong berkorban wang, masa dsbnya tapi pimpinan atasan berbuat sesuka hati mereka ke arah kehancuran parti.

Hari tu kita baca bagaimana Hashim Jasin telah menyerahkan negeri Perlis pada UMNO. Beliau sanggup menolak Juanda Jaya sebagai calon Parlimen Kangar walaupun beliau tahu tindakan tersebut boleh menjatuhkan UMNO di Perlis dan menguntungkan PAS.

Yang terbaru adalah bagaimana Negeri Kedah pula akan diserahkan kepada UMNO.

Penentangan kepada Ustaz Azizan Razak telah sampai tahap yang cukup kronik. Belum pernah akar2 umbi PAS di Kedah berdemonstrasi secara terbuka meminta Ustaz Azizan tidak dicalonkan semula sebagai Menteri Besar Kedah.

Ustaz Azizan secara effisien telah melumpuhkan jentera PAS Kedah. Pokoknya majoriti pimpinan2 PAS di Kedah menolak Ustaz Azizan sama sekali.

Itu tidak termasuk para AJK PAS Pusat serta ahli2 Dewan Harian yang menyuarakan peri pentingnya Azizan digugurkan.

Di samping itu, pengundi-pengundi Cina dan India sudah menyatakan sikap mereka menolak kepimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah. Mereka berjanji akan mengundi UMNO/BN di peringkat negeri sekiranya PAS mengekalkan Azizan.

Di tambah dengan tindakan UMNO yang bakal mencalonkan anak Mahathir sebagai calon MB Kedah. Ia mampu menarik sebahagian undi Melayu yang selama ini menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Itu kita belum cerita kesah Ustaz Azizan yang sering sakit dan sudah pun mencapai tahap tidak mampu melakukan kerja beliau dengan baik dan amanah. Kesihatan Azizan jelas menjadi halangan kepada beliau untuk menjadi MB Kedah.

Namun, Presiden dan Mustafa Ali masih terus berdegil. Mereka masih terus mahu mengekalkan Ustaz Azizan sebagai calon Menteri Besar Kedah walaupun tanda-tanda penolakan kepada Azizan ini semakin jelas kelihatan.

Alasan yang diberikan adalah Azizan telah membuat ugutan bahawa sekiranya dia tidak dicalonkan semula, Azizan akan isytihar masuk UMNO.

Adalah sungguh mustahil perkara seperti ini akan berlaku kerana UMNO pun tak hingin dengan Ustaz Azizan Razak ini. Kalau Azizan mahu masuk UMNO, ia adalah petanda Azizan ini bukan seorang yang ikhlas dalam perjuangan. Kemasukan Azizan tidak akan mencacatkan PAS walau sedikit.

Atas sebab ini jugalah mungkin ada benarnya khabar yg Tulang Besi dengar bahawa Daim Zainuddin menjangkakan bahawa negeri Kedah akan jatuh ke tangan UMNO dan Barisan Nasional.

Dengan ini, sudah dua negeri pimpinan PAS telah hadiahkan kepada UMNO dan Barisan Nasional: Perlis dan Kedah.

Negeri ketiga yang menjadi hadiah kepada UMNO adalah Terengganu, tapi ceritanya panjang dan tidak cukup masa di sini.