Pages

Saturday, 27 April 2013

PEMBOHONGAN AZIZAN DAN JAMIL KETIADAAN ASRAMA DAN MASJID DIJAWAB DENGAN FAKTA -SURAT PEMBACA


Assalamualaikum Saudara,

Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya. Saya adalah seorang profesional berdaftar yang sekarang ini bekerja di salah sebuah firma perunding (consultant) yang terbesar di Malaysia. Saya tidak ada kepentingan dan kenalan di KUIN tapi saya berasa terpanggil sebagai profesional untuk menjawab persoalan atau kenyataan dangkal yang di utarakan oleh Ustaz Azizan.Kami sebagai profesional haruslah mempunyai code of conduct dan bergerak di atas common law, di mana kami bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada orang awam dan tidak melanggar tatususila perhubungan manusia. 
Pendek kata sebagai profesional kami harus berterus terang malahan kepada pemaju sendiri kerana setiap projek akan melibatkan nyawa dan tentunya harta benda. 

Saya ingin mengupas jawapan yang telah ditimbulkan oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan berkenaan bangunan KUIN tidak dapat disiapkan tepat pada masanya kerana disebabkan oleh runtuhan di Stadium Sultan Mizan di Terengganu. Pertama sekali dalam kenyataan media dan juga laporan yang diterima, runtuhan di stadium tersebut sebenarnya bukannya menggambarkan keseluruhan struktur runtuh (structure failure). Akan tetapi runtuhan tersebut adalah berkenaan runtuhan bumbung yang diperbuat dari besi.Bumbung itu diperbuat menggunakan struktur kerangka''ring'' di mana keseluruhan bebanan tertumpu kepada struktur bulatan tersebut. Besi 'ring'tersebut memang berada dalam keadaan tekanan (tension) yang tinggi. Salah satu dari komponen tersebut telah hilang intergritinya dan ini menyebab keselurahan sistem bertekanan tersebut lumpuh dah jatuh. 

Walaubagaimanapun struktur utama stadium yang diperbuat dari pembinaan RC (reinforced concrete) tidak terjejas langsung. Soalan pertama saya, adakah bangunan KUIN yang baru dibina menggunakan struktur besi? Jika bangunan KUIN menggunakan struktur besi sekali pun,mengapa kita perlu menggunakan besi sedangkan Malaysia adalah antara pengeluar simen utama di dunia. Kita di Malaysia tidak mempunyai sumber asli (raw material) untuk membuat struktur besi. Jika KUIN menggunakan besi sekali pun, adakah struktur besi yang di bina, complicated dan memerlukannya menggunakan sistem khas seperti sistem 'ring''. yang dibina di stadium tersebut. Tujuan utama penggunaan sistem ''hi tension ring'' di stadium adalah untuk meminimakan penggunaan kolumn/tiang (column) dan memaksima focus view. 

Jika benar bangunan awam seperti kampus KUIN menggunakan struktur besi,ini secara tidak langsung menunjukkan dan memaparkan bahasa senibina yang megah serta mewah setanding dengan Universiti Teknologi Petronas milik konglomerat Petronas. Persoalan kedua,adakah tujuan utama pembinaan KUIN adalah sebagai ikon seperti UTP yang direka oleh Sir Lord Norman Foster. Adakah tujuan utama pembinaan KUIN ini adalah untuk bermegah-megah dan menunjukan yang kerajaan memang mampu untuk membina bangunan sebegitu mewah.

Di dalam sektor pembinaan, terdapat tiga jenis procurement (perjanjian) utama yang digunakan secara standard diseluruh dunia. 
1.Traditional Procument - Pembinaan dipimpin oleh arkitek yang bertindak sebagai Superintendent Officer dan dibantu oleh perunding lain seperti jurutrera,QS,penilai tanah dan sebagainya. Kebiasaannya melalui procurement ini, bangunan akan direkabentuk terlebih dahulu dan kemudian pihak penilai bangunan (Qunatity surveyor) akan menanggarkan harga dan tender kemudiannya di buka. Proses ini agak telus tetapi memakan masa
2. Design and Build -Pembinaan ini biasanya di pimpin oleh kontraktor.Kesemua pihak perunding bekerja dan dibayar dibawah kontraktor. Di Malaysia sistem ini gemar dikenali sebagai 'turn key'". Proses ini memang pantas dan memudahkan kepada kontraktor kerana segala keputusan dibuat oleh pihak kontraktor. Pihak pemaju (dalam konteks ini kerajaan negeri) sepatutnya mempunyai badan penasihat - perunding bebas untuk menasihati mereka ketika mereka menggubal perjanjian. Pihak pemaju dan kotraktor biasanya akan bersetuju dan berjanji dengan apa produk yang patut diterima dengan amaun yang bakal di bayar. Contohnya kotraktor perlu menyedia 10 bangunan dengan kos RM 10 juta.Oleh itu di akhir pembinaan dengan amaun yang dibayar pemaju harus menerima jumlah bangunan yang telah dijanjikan tanpa mengira kenaikan (inflation) kos. Cost Inflation sepatutnya diambilkira risikonya ketika di awal pembidaan. Konsep ini sepatutnya menguntungkan pihak pemaju jika mereka telus.
3. Konsep Hybrid -  campuran diantara dua diatas, mengikut kesesuaian.

Saya difahakam pihak pemaju ( dalam konteks ini kerajaan negeri) tidak dapat menyediakan asrama dan masjid kepada sebuah Kolej Universiti Islam. Saya tidak mahu memberi pandangan peribadi, tetapi saya difaham kan mereka menggunakan konsep 'turn key'bagi pembinaan kampus baru KUIN. Bangunan yang dijanjikan adalah berkurangan dari apa yang telah dipersetujui .Pihak kerajaan negeri sepatutnya tidak berlembut dan mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak kontraktor sekiranya mereka tidak dapat menyiapkan bangunan seperti yang dijanjikan. Tapi tindakan undang-undang ini memang bakal mengambil masa yang lama, tetapi keadilan dan kebenaran mesti ditegakkan.

Berkenaan dengan pembinaan asrama pasang siap yang sepatutnya telah siap, pihak pemaju sekali lagi patut mengambil tindakan terhadap kontraktor yang terlibat. Pihak pemaju sepatutnya menguatkuasakan LAD (liquidated ascertained damages) kepada pihak kontraktor. Pihak kerajaan negeri boleh menolak harga kos pembinaan bagi setiap hari bangunan itu dilengahkan. Contohnya, jika pihak kontraktor berjanji akan menyiapkan bangunan dalam 10hari. Pihak pemaju boleh menguakuasakan LAD pada hari ke 11 dan mula menolak harga kos pembinaan berdasarkan setiap hari bangunan tidak siap,sehingga ianya disiapkan. Walaubagaimanapun pihak kontraktor masih boleh memohon untuk melanjutkan tempoh pembinaan sekiranya timbul perkara yang tidak dapat di elakkan seperti elemen cuaca dan halangan dari pihak berkuasa bukan disebabkan kecuaian pihak kontraktor. Pihak pemaju perlu ditanya kenapa bangunan tersebut tidak siap dan sepatutnya kos  pembinaan dapat dikurangkan dengan LAD. Walaubagaimanapun pihak kotraktor tidak bertanggunjawab sekiranya bangunan tidak dapat disiapkan akibat kecuaian pihak pemaju - seperti kegagalan mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Pihak KUIN harus menjawab persoalan ini kerana setiap hari bangunan itu tidak disiapkan, ianya melibat wang ringgit dan berpihak kepada pemaju

Sya berharap penjelasan saya ini secara tidak langsung dapat menjernihkan keadaaan. Ini kerana setiap peruntukan dari KUIN datang dari sumber kerajaan negeri yang sepatutnya di kongsi oleh lebih 1.5 juta rakyat Kedah.

Sekian 
Wasalam