Pages

Monday 8 April 2013

JAZAN IBARAT CICAK KEPANASAN



Azizan nampaknya dah tak dak idea utk menjelaskan isu Kuin pd khalayak umum. Ini terbukti dalam ceramahnya menuduh pihak Umno sebagai punca bilik kuliah tidak boleh dijadikan asrama. Azizan kena sedar bahawa Kuin terletak dibawah pengawasan pihak KPT yg menjaga kualiti dan kebajikan pelajar terjamin dibawah sesebuah IPTA ataupun IPTS. Jadi menjadi tanggungjawab KPT untuk memastikan setiap kampus yang baru dibina mempunyai kemudahan asas seperti asrama, bilik kuliah dan sebagainya.


Azizan kena ingat dalam lawatan mengejut Ketua Pengarah KPT ke Kuin, Jamil telah memaklumkan kpd pihak KPT yang asrama pasti siap sebelum pelajar masuk pd 17 Mac yg lalu. Jamil terang-terang berbohong pada KPT.Tapi bila sampai tarikh tersebut apa yg berlaku?


Kita tau Azizan tak akan salahkan Jamil dalam hal ni. Kuin kena kompaun oleh KPT sebanyak RM272 ribu sampai la ni Azizan tak komen apa dan terkini KUIN didapati bersalah dan terpaksa bayar saman RM1.6 juta pun Azizan tak kata apa. 

Semua ni bakal menggunakan wang rakyat Kedah dan tak guna duit Azizan dan Jamil.



Jadi kita nasihatkan Azizan cukuplah berbohong kepada rakyat Kedah dan kembalilah pada jalan yang benar. Tergamakkah ibubapa pelajar melihat anak mereka tidur dalam bilik kuliah? Mungkin anak Azizan & Jamil tak dak jadi depa tak akan susah hati.