Pages

Thursday 4 April 2013

SELEPAS BAYAR KOMPAUN RM 272 RIBU, KINI KUIN KENA BAYAR 1.59 JUTA DALAM TEMPOH DUA MINGGU

Shaik Faisol Shaik Yusoff

Sumber : Utusan Malaysia

SUNGAI PETANI 4 April - Seorang usahawan, Shaik Faisol Shaik Yusoff hari ini memberikan tempoh dua minggu kepada Kolej Universiti Insaniah (Kuin) untuk menjelaskan tuntutan hutang sebanyak RM1.59 juta berhubung kegagalan institusi pengajian tinggi milik kerajaan Kedah itu memenuhi kontrak penyediaan penginapan penuntut.

Shaik Faisol yang juga Pengarah Urusan Shake Cuisine Sdn. Bhd. berkata, tuntutan tersebut dibuat berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan di Kuala Lumpur pada 1 April lalu yang memihak kepadanya.

"Sebelum ini kes telah dibawa ke Mahkamah Tinggi di Alor Setar dan pada 31 Oktober 2012 diputuskan bahawa Kuin perlu membayar kepada saya sebanyak RM1.59 juta.
Sidang Media di Kelab Laguna Sungai Petani

"Bagaimanapun, kerajaan negeri dan Kuin tidak berpuas hati dan membawa kes ke Mahkamah Rayuan. Namun, rayuan berkenaan ditolak dan mahkamah mengekalkan keputusan sebelum ini serta mengkehendaki Kuin membayar kepada pihak saya dalam tempoh dua minggu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Shaik Faisol berkata, berdasarkan perjanjian asal, syarikatnya dikehendaki menyediakan 35 buah rumah penginapan (asrama) di Bandar Laguna Merbok dan Bandar Lagenda Heights serta perkhidmatan pengangkutan kepada 300 pelajar Kuin cawangan Sungai Petani. - UTUSAN ONLINE