Pages

Monday 1 April 2013

INSANIAH HOLDINGS TAKUT DISAMAN, FADZLI ISHAK TERKEBIL-KEBIL TARIK BALIK SURAT



Setelah diasak oleh skuad BERSIH KUIN akhirnya pihak Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) tampil mengakui kesalahan dan kepincangan di dalam IHSB . IHSB menarik balik surat yang dikeluarkan kepda Farid bertarikh 18 MAc kerana bimbang diambiul tindakan mahkamah oleh pihak skuad BERSIH KUIN. 

Setelah BERSIH KUIN mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa akan mengambil tindakan Undang-undang kepada IHSB jika tidak tarik balik surat pemecatan ,tak sampai 24 jam IHSB menerusi Fadzli Ishak mengeluarkan kenyataan tarik balik dan batalkan surat 18 Mac. Alahai IHSB dan Fadzli Ishak,....!!!!!

Tak takut macamana, kalau mereka kalah nak ambik duit mana nak bayar saman. Dahlah baru ni kena kompaun 272 ribu, pastu kalah rayuan mahkamah lantas kenalah bayar 1.6 juta... perghhhhh

Admin nampak seolah - olah ada sesuatu yang tak kena di dalam pengurusan IHSB :
- Kemungkinan Fadzli Ishak Penggurus Sumber Manusia IHSB tak tahu prosuder dan tak ada pengalaman dalam pengurusan kakitangan IHSB sehinggakan surat pemberhentian pun tak tahu nak diuruskan dengan baik dan harmoni.

- Atau ada arahan daripada atasan yang melibatkan CEO IHSB Romly dan kepala besar KUIN , Jamil untuk memastikan Farid dikeluarkan.

- Atau KUIN dah tak menerima pakai nasihat perundangan pensyarah Undanga-Undang KUIN atau mereka silap memberi nasihat perundangan

- Atau memang ada niat jahat dan kotor untuk memastikan rekod perkhidmatan Farid dicemari.


Bila IHSB ambil orang yang tak tahu buat kerja maka inilah padahnya.