Pages

Wednesday 10 April 2013

PERPISAHAN FARID DIRAIKAN PENUH GILANG GEMILANG



Sebahagian warga KUIN meraikan Majlis Perpisahan Farid
11 April - Semalam bertempat di Syamim Cafe Majlis Perpisahan Mohd Farid  Alias , Pensyarah Hospitality KUIN disambut dengan gilang gemilang.Beliau diraikan sebagai seorang wira dan pembela kebenaran.

Beliau yang membuat keputusan untuk berhenti dalam perkhidmatan  sebagai pensyarah di KUIN adalah kerana untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan khususnya bidang kepakaran beliau dalam perhotelan dan penyediaan makanan halal.

Farid yang berasal dari Johor itu mula berkhidmat di KUIN pada tahun 2011 dan bakal mendirikan rumahtangga pada bulan hadapan

Farid menyampaikan ucapan perpisahan
Dalam ucapan beliau yang penuh dengan emosi bercampur antara gembira dan sedih, beliau menasihati agar perjuangan BERSIH KUIN diteruskan."Bila kita berjuang kita akan hilang kawan tetapi kita akan mendapat sahabat. Sahabat inilah sebenarnya yang setia kepada kita sebaliknya kawan akan lari jika mereka ada kepentingan diri", katanya
Farid menerima cenderahati dari BERSIH KUIN

Tambah beliau lagi, beliau akan tetap bersama-sama BERSIH KUIN walaupun akan berhijrah ke Sabah. Pengalaman beliau di KUIN bersama SKUAD BERSIH KUIN adalah amat berharga dan bakal dijadikan semangat dalam membina kehidupan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah daripada skuad BERSIH KUIN dan jamuan ALA YAHANANA