Pages

Tuesday 18 December 2012

2012 BAKAL MELABUH TIRAI DENGAN TEKANAN KEBAJIKAN KAKITANGAN KUIN

Minggu ini bank adalah menjadi pusat tumpuan orang ramai kerana mendapat gaji serta bonus hadiah daripada Jabatan masing-masing. Nampak semua bersemangat bagi membeli peralatan persekolahan anak-anak di samping perbelanjaan harian yang lain.

Seorang guru yang ditemui di Bank Islam Jalan Pegawai berkata, duit gaji plus bonus tahun ini akan digunakan untuk anak-anak saya yang 3 daripadanya akan menduduki peperiksaan SPM , UPSR dan PMR tahun 2013. Wajahnya nampak semangat dan ceria.

Suasana semangat dan bermotivasi  selepas bertungkus lumus bekerja ubtuk Jabatan ini tidak ada di KUIN. Di KUIN kebajikan diabaikan , soal periuk nasi kakitangan ibarat telur dihujung tanduk, berbeza dengan kroni Jamil yang diberikan gaji tinggi walaupun bekas seorang penjenayah dan rakan-rakan Jamil yang nak dapat duit secara mudah.

kakitangan KUIN diabaikan kebajikan , tiada pembelaan bahkan siapa yang cuba untuk membetulkan keadaan, mereka akan dikenakan tindakan tukar, amaran, nama blacklist, temuduga tak dapat dan lain lain kezaliman ala hiyler oleh kuncu-kuncu Jamil. Kebajikan kakitangan di KUIN sudah di'peronyok' oleh Jamil Palsu, antaranya seperti berikut :

- Tidak memberikan kenaikan 13 % seperti yang diperolehi Jabatan lain
- Tidak memberikan kenaikan elauan colar seperti yang diperolehi Jabatan lain
- Tidak DAPAT BONUS 2012
- Gaji bayar lampbat melepasi bulan seterusnya
- Wang yang telah dipotong daripada gaji kakitangan tak dibayar ke Bank dan pihak ketiga lain sehhingga mencecah 6 bulan.
- Hari Inovasi dan Kecemerlangan tidak diendahkan Jamil
- Tiada insentif dan saguhati bagi perpindahan ke Kuala Ketil

Kalau kebajikan kakitangan kroni , Jamil utamakan :
- Kenaikan gaji Pengurus Kewangan Insaniah Holdings yang merupakan penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah Tinggi KL kerana menipu daripada  RM 2K kepada 4 K kemudian kepada 8 K dalam masa setahun.
-Pemberian gaji yang sangat tinggi kepada rakan kroninya sehingga mencecah melebihi RM35K sebulan
-Elaun hadir mesyuarat Lembaga yang diperolehi oleh Jamil dan kroninya yang bertugas di KUIN RM 1K setiap kali meeting, tak potong lah pulak elaun tue...
- Elauan yang diperolehi dalam menjadi members anak syarikat KUIN yang langsung tak ada untung tapi melingkupkan KUIN.