Sunday, 23 December 2012

JAMIL MUNGKIN JILAT BALIK LUDAHNYA


JAMIL RASAI KULIAH QURAN SEMAKIN TERDESAK

Jamil dan Azizan adalah perancang utama menendang keluar ulamak tahfiz diploma KUIN ke Yayasan Islam Kedah hanya kerana marah dan dendan apabila mereka ditegur dengan demonstrasi aman dan sopan.

Kina Jamil sedar tapi tak mahu mengaku yang adik angkatnya, Azharudin , Dekan Kuliah Quran langsung tak tahu buat kerja. MQA dah mula menjenguk mata . Yang ada hanyalah pensyarah luar Negara yang kelayakan di bidang Al Quran hanya seorang sahaja iaitu Dr Yaseer dari Mesir. Pensyarah baru masih tak pasti lagi.

Kemungkinan inilah yang menyebabkan Jamil kemungkinan akan menjilat kembali ludahnya untuk mengambil kembali ulamak –ulamak Al Quran yang disingkirnya ke Yayasan Islam pada tahun lalu. Jamil sedar kesilapannya yang sangat besar mengakibatkan kuliah Quran mengalami kemerosotan teruk dalam bidang akademik, pengambilan pelajar, pengurusan dan imej