Pages

Monday 10 December 2012

PENGASAS KUIN KATA , KUIN DAH TERSIMPANG JAUH NIAT DAN MATLAMAT PENUBUHAN SEBENAR

Semalam admin pergi makan kenduri dan bertemu dengan seorang ulamak yang amat disegani di Kedah , mungkin juga nasional. Dia bertanya saya , aper cer KUIN ?

Saya kata macam Dato baca  dalam paper semua cerita tue betul, bukan ada pengaruh mana-mana politik, kes yang timbul apabila kebajikan kakitangan KUIN ditindas dan Jamil hanya menjaga kroninya saja.

Dato terus berkata :

" Sebenarnya semua yang berlaku di KUIN kerana niat dan matlamat KUIN sudah berubah sangat jauh. Dulu KUIN ditubuhkan bagi membantu khhususnya rakyat Kedah dan sebahgian negeri lain (khus lagi pelajar agama) yang tercicir daripada arus pendidikan negara.

Mereka akan digilap sebagi bekal menjadi pemimpin dan ulamak pada masa hadapan. 

Dulu lagi susah, duit tak banyak tapi berkat dan pertolongan Allah sentiasa memayungi KUIN. Sekarang duit banyak tapi dah tiada berkat.

Sekarang niat dan matlamat dah lari, KUIN semakin mengejar keuntungan dan perniagaan sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi matlamat perniagaan. Akhirnya , natijah daripada niat yang tak betul ini, akhirat pun tak dapat dan dunia pun tercicir. Saya takut ini doa yang makbul daripada orang yang dizalimi. Doa daripada Allah tidak dimakbulkan serta merta tetapi kesannya amat menakutkan bagi orang yang berilmu dan beriman.


Sebab itu dahulu kala motto KUIN ialah "kebahgiaan dunia dan akhirat". Supaya Allah menjadikan hati manusia di dalam KUIN sebagai hambanya yang sentiasa tunduk kepada Allah di dunia dan akhirat . Sekarang nampak lebiih pada dunia... akhirat hanyalah sebagai tempelan dan modal nak promosi KUIn sahaja.

Kita sama-sama doalah pada Allah agar dapat memelihara KUIN , sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh Ulamak untuk melahirkan ulamak bukan hanya mementingkan dunia perniagaan sahaja (ada duit boleh belajar di KUIN, tak ada duit tak boleh belajar "

Perggghhhhh ... satu amanat amat menyentuh hati admin di atas kezaliman Jamil. Dato' suruh kita yang kena zalim berdoa dalam sembahyang terutamanya selepas solat fardhu . Dato kata kita perlu bersatu dan sentiasa buata doa, solat hajat, yasin agar pertolonganAllah turun , dan penzalim dihapuskan...