Pages

Monday 31 December 2012

KEHIDUPAN KAKITANGAN KUIN SEMAKIN TERTEKAN : SEMUA STAF BERSEDIA GELOMBANG PUTIH KEMBALI LAGI

Ada kakitangan KUIN  yang sudah disaman oleh pihak Bank 

Ada yang pinjaman Bank dibuat kerana nak tampung perbelanjaan persekolahan anak-anak kerana KUIN memberi hadiah kepada kakitanagn dengan TIDAK MEMBERI BONUS 2012 kepada kakaitangan KUIN, tapi Bank bekukan semua pinjaman berkaitan kakitangan KUIN kerana tahu KUIN bermasalah.

Ada yang barangan rumah akan dilelong kerana KUIN tak bayar kepada pihak ketiga

Ada kakitangan hampir terpaksa  membuat pinjaman kepada ALONG

Ada yang kereta bakal ditarik, ada yang telah di balck list nama dalam sistem semua Bank, ada polisi insuran terbatal begitu sahaja 

Ini semua kerana KUIN tak bayar duit pada Bank tersebut walaupun kakitangan dah buat potongan dalam slip gaji. 

Sudahlah kenaikan 13 % tak dapat, kenaikan sara hidup tak dapat, gaji lambat, bonus 2012 tak dapat, nak buat pinjaman Bank tak boleh KUIN kena black list..... lebih daripada itu yang ada hanyalah pendapatan terkini , habuan nak sara keluarga dan nak cari keperluan hidup seperti rumah, kereta dan lain-lain.. itu pun KUIN dah potong daripada gaji , tapi tak bayar pun kepada Bank dan institusi kewangan yang lain.

Wahai semua kakitangan KUIN , minta bersedia , tunggu maklumat dari "The Red Blog" ini , kita akan adakan sesuatu kebangkitan besar-besaran . Gelombang putih akan terus menghempas badai bagi menghempap Jamil Durjana.

masanya amat dekat, siapkan pakaian putih, teguhkan kekentalan dan keberanian bagi berhadapan dengan si penzalim dan kuncu-kuncunya. Kita buktikan :

" STAFF IS THE BOSS"