Saturday, 8 December 2012

KAKITANGAN KUIN BUAT LAPORAN POLIS DAN BERDEMO DI IPD KOTA SETAR

Sumber :
Bernama
Utusan online 
Kosmo
Malaysia KINI
FreeMalaysiaToday
Berita PDRM 

ALOR SETAR 8 Dis. - Lapan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan pecah amanah di kolej universiti milik kerajaan Kedah itu. 

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini pukul 9 pagi ini.

Laporan itu dibuat atas kekesalan dan perasaan tidak puas hati kakitangan Kuin kerana berlakunya pecah amanah dalam mengurus kewangan Kuin dan kakitangannya.


Mereka mendakwa, Kuin tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga seperti bank, insurans dan institusi kewangan yang lain sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan dilakukan dalam slip gaji mereka.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di perkarangan IPD Kota Setar, mereka berkata, tindakan Kuin yang tidak membuat pembayaran itu menyebabkan tunggakan tiga hingga enam bulan sekali gus mengakibatkan sebahagian besar kakitangan Kuin terpaksa menanggung beban seperti dikenakan caj kelewatan oleh bank, menerima surat amaran peguam, surat amaran kereta ditarik dan polisi insurans ditamatkan. - BERNAMA