Pages

Saturday 1 December 2012

KUIN TAK ADA DUIT : KENYATAAN DEKAN HEP DAN JAMIL BERCANGGAH

Dekan HEP mengaku dihadapan staf beliau bahawa Kuin menghadapi masalah kewangan yang serius sehingga menyebabkan potongan gaji staf Kuin tidak dapat dilakukan termasuk potongan gaji beliau sendiri.

Pengakuan ini dilakukan setelah diasak oleh staf HEP sendiri dalam mesyuarat jabatan HEP. Hampir semua staf Hep melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Jamil kepada beliau sehinggakan beliau terpaksa mengaku Kuin memang menghadapi masalah kewangan akibat pengurusan yang lemah

Tapi malangnya Jamil dan Azizan terus menyembunyikan fakta yang sebenar bahawa KUIN menghadapi masalah kewangan yang teramat sangat kritikal sehingga gaji lambat, potongan tak dibuat pada bank dan bonus tak dapat.