Pages

Sunday 9 December 2012

TUNTUTAN BERSIH KUIN 3.0: BERANIKAH JAMIL JAWAB BALAS DALAM MEDIA


Jika dalam isu Ijazah Tahfiz Quran tidak diiktiraf , Jamil tampil mengeluarkan kenyataan media bagi menjawab apa yangsedang berlaku. dalam kes KUIN kalah saman daripada Shaikh, Jamil tamppil nafikan kerana mendakwa sengaja Shaikh nak jatuhkan reputasinya, namun Jamil tidak pun menyaman pihak yang mendakwa Jamil mengarahkan melakukan minit mesyuarat palsu yang digunakan dalam mahkamah tinggi.

Jika semua itu dijawab dalam media, kakitangan KUIN kini sedang menunggu jawapan atau kenyataan media Jamil menafikan secara black and white yang menyatakan apa yang dituntut kakitangan adalah palsu.

Jamil sedar kini tembelangnya semakin diketahui masyarakat, Jamil tidak sewenangnya boleh menipu kakitanngan dan rakyat Kedah. Kini masalah kewangan KUIN amat dahsyat , hanya kerana Jamil membela dan menatang anak syarikat yang langsung tidak mendatngkan keuntungan bahkan menjadi plot kroni Jamil memenuhi temboloknya.