Pages

Wednesday 26 December 2012

HASIL LAWATAN MQA : SAH 7 GRADUAN IJAZAH ALQURAN TAK DIIKTIRAF MQA

Isu yang tercetus pada bulan september lalu tak dapat disangkal KUIN

Sebahgian keratan akhbar nasional membenarkan mimpi ngeri 7 graduan yang tak berdosa
Lawatan penilaian akreditasi oleh Agensi kelayakan Malaysia (MQA) yang dilakukan slama 2 hari bermula 23 Disember lalu telah menjawab semua persoalan yang berkaitan dengan nasib 7 graduan Ijazah Al Quran yang menerima scroll daripada SPB YDP Agong adalah hanya skrol yang tiada nilai kerana Ijazah mereka tidak diiktiraf oleh pihak MQA. 

Hasil penilaian yang dilakukan satu kesimpulan telah dibuat oleh pihak MQA bahawa penilaian akreditasi yang mereka lakukan hanyalah untuk pelajar kohort 2 yang kini sedang berada di tahun akhir yang akan bergraduat pada tahun tahun hadapan. Ini dinyatakan dengan jelas oleh pihak MQA ketika memberikan komen dan rangkuman penilaian ketika exit meting dilakukan dihadapan pegawai KUIN. 

Pihak MQA hanya akan mengira tarikh akreditasi bermula daripada tarikh KUIN menghantar dokumen permohonan kepada pihak MQA. Ini beerti nasib 7 pelajar yang sudah bergraduat dianggap teraniaya dengan pentadbiran KUIN di bawah Jamil dictator. 

Untuk rekod, 7 pelajar Ijazah Sarjana Muda Al Quran bergraduasi dengan menerima scroll Ijazah daripada SPB YDP Agong pada 17 September 2012, sedangkan dokumen permohonan untuk tujuan mendapat pengiktirafan hanya dihantar 9 hari selepas 7 pelajar terbabit bergraduat iaitu pada 26 september 2012. 

Kesemua pernyataan di atas telah menjawab segala jawapan bohong dan tipu yang telah dikeluarkan oleh Jamil dan kuncu-kuncunya seperti berikut : 


Kenyataan T Rektor Pak Ya Man yang sanggup berbohong isu pengiktirafan MQA

“Apa yang berlaku kepada 7 pelajar tersebut adalah perkara biasa , dan KUIN akan mendapat pengiktirafan dalam masa yang dekat.”
Taulan tak sempat berbohong tentang  Ijazah Quran tak diiktiraf
Hantar dokumen MQA 26 Sept tapi pelajar graduat 17 September. ...Satu penganiayaan
“Dekan Kuliah sudah berhubungan pihak Kementerian untuk melengkapkan beberapa perkara yang diperlukansebelum akreditasi penuh dikeluarkan MQA dalam masa yang terdekat” 

Mr nak bodek jamil pun sudah sudah lah , jangan menipu kami .. kami tahu yang benar !
“Permohonan kepada pihak MQA akan dalam proses dan akan diperolehi dalam sedikit masa lagi,Permohonan melalui banyak peringkat dan akan mengambil masa yang agak lama.” 

Komen admin : sedang semasa Mr F mengeluarkan statement tersebut, permohonan kepada MQA pun belum dibuat lagi… nak bodek tu pun berpada pada lah… 

Inilah yang dikatakan antara sifat-sifat munafiq ; “APABILA BERCAKAP MEREKA AKAN BERBOHONG” 

Pihak gerakan BERSIH KUIN mendesak agar pihak Jamil dan KUIN bertanggungjawab dengan isu ini kerana kezaliman dan penganiayaan telah dilakukan kepada pelajar KUIN.

Pihak gerakan BERSIH KUIN mendesak agar pihak Jamil dan KUIN perlu turun bertemu dengan pihak MQA mengenai nasib 7 pelajar tersebut. Jika pihak Jamil dan KUIN tidak bertindak , maka pihak gerakan BERSIH KUIN akan bertindak.