Pages

Monday 17 December 2012

PEMBANGUNAN MATERIAL LEBIH DIUTAMAKAN AZIZAN DAN JAMIL BERBANDING MODAL INSAN

Azizan dalam ucapan-ucapan diseluruh negeri Kedah hari ini mesti akan mencanangkan mengenai perkembangan Kuin terutama pembinaan kampus baru dan penambahan program pengajian dari 8 program ke 48 program pengajian.

Tetapi adakah Azizan dalam setiap ucapannya ada menyebut kepada rakyat Kedah disamping kampus baru dan penambahan program pengajian kerajaan Kedah juga memberi insentif kepada semua staf Kuin dengan menaikkan gaji mereka 13% dan juga bonus tahunan kerana komitmen mereka sehingga Kuin berjaya membuka 48 program. Inilah hakikat yg harus diterima oleh staf Kuin apabila pemimpin yg bersandarkan kpd Islam hanya bercakap pasai kejayaan meterial semata tanpa memperdulikan hal2 keinsanan.

Rakyat kedah kena faham disebalik pembinaan kampus baru dan penambahan program pengajian staf Kuin tidak mendapat kenaikan gaji dan bonus tahunan seperti yg mereka perolehi sebelum thn 2008. Malah potongan gaji mereka juga tidak dibayar kpd pihak ketiga menyebabkan ramai staf yg disenaraihitamkan dan nama Kuin juga telah tercalar dikalangan institusi kewangan. Malangnya staf Kuin dibawah pemimpin yg berkata mereka memperjuangkan Islam.