Pages

Saturday 22 December 2012

LAGI KEZALIMAN JAMIL:PINJAMAN BANK STAF DIBATALKAN KERANA KRISIS KEWANGAN KUIN.


Krisis kewangan KUIN semakin menekan kebajikan kakitangan sehinggakan ada seorang kakitangan KUIN yang membuat pinjaman kewangan daripada sebuah bank di Alor Star telah ditarik balik kerana mendapat arahan supaya dibekukan semua pinjaman yang dibuat oleh kakitangan KUIN.

Beliau yang sebelum ini mendapat panggilan telefon daripada bank tersebut untuk hadir ke bank bagi menandatangani kontrek perjanjian kewangan pinjaman terkejut apabila tiba di bank tersebut dan dimaklumkan bahawa mereka menerima arahan daripada bos bank mereka supaya dibekukan semua pinjaman kakitangan KUIN kerana bimbang dengan semua masalah kewangan KUIN yang sangat kritikal sehingga KUIN gagal membayar bayaran pinjaman kepada bank walaupun gaji telah dipotong dalam slip gaji kakitangan. 

Apalagi kezaliman yang jamil nak buat kepada kakitangan!!!cukupla dengan kezaliman yang ada kemudian menipu pulak. Kami doakan agar jamil dikeluarkan dari KUIN atau dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh Allah S.W.T.