Pages

Monday 10 December 2012

ISU PELAJAR DAN KAKITANGAN KUIN KEDAH . BETULKAH KUIN TAIADA MASALAH ?


Gaji KUIN Kedah 2012 Isu Pelajar & Kakitangan Kolej UNiversiti Insaniah (KUIN) di Kedah. Betul KUIN Tiada Masalah?


Nak jadi pemimpin bukannya mudah. Cabaran menjadi pemimpin dalam parti tidak sama apabila kita diangkat menjadi pemimpin sebuah kerajaan seperti di negeri Kedah. Apatah lagi Kedah terdiri daripada kalangan masyarakat yang “lebih majmuk”. Jadi kalau nak negeri Kedah itu progresif dan berdaya saing, hendaklah lantik pemimpin yang sihat fizikalnya & mental mestilah kuat. Tidak kiralah pemimpin itu terdiri daripada Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional.

Kami perhatikan pemimpin seperti Datuk Seri Azizan ”memang ada denial sindrom” yang tidak sepatutnya tidak ada pada seorang pemimpin. Tidak berani menyatakan kebenaran walaupun pahit untuk kedudukannya &  partinya di negeri Kedah
. 
Masalah KUIN Kedah Isu Pelajar & Kakitangan Kolej UNiversiti Insaniah (KUIN) di Kedah. Betul KUIN Tiada Masalah?
Setakat pemerintahan di pentadbiran Datuk Seri Azizan, kami belum nampak beliau merupakan pemimpin yang sesuai untuk mentadbir negeri Kedah. Kalau dilihat ceramah-ceramah yang dibawa oleh pemimpin Pakatan Rakyat, acapkali yang hanya disebut kejayaan negeri Kedah adalah hasil balak Kedah bertambah dan bertambah. Itu sahaja yang dicanang di seluruh negera. Ditambah dengan masalah kesihatan yang dihadapinya ketika ini. Tiadakah orang lain yang lebih layak menggantikannya?

Kolej Universiti Insaniah (Kuin) : Kes Pecah Amanah & Masalah Kewangan

ALOR SETAR. – Lapan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan pecah amanah di kolej universiti milik kerajaan Kedah itu.Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini pukul 9 pagi ini.
Laporan itu dibuat atas kekesalan dan perasaan tidak puas hati kakitangan Kuin kerana berlakunya pecah amanah dalam mengurus kewangan Kuin dan kakitangannya.
Mereka mendakwa, Kuin tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga seperti bank, insurans dan institusi kewangan yang lain sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan dilakukan dalam slip gaji mereka.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di perkarangan IPD Kota Setar, mereka berkata, tindakan Kuin yang tidak membuat pembayaran itu menyebabkan tunggakan tiga hingga enam bulan sekali gus mengakibatkan sebahagian besar kakitangan Kuin terpaksa menanggung beban seperti dikenakan caj kelewatan oleh bank, menerima surat amaran peguam, surat amaran kereta ditarik dan polisi insurans ditamatkan. – BERNAMA


P/S : Duit kakitangan ambil, tetapi tidak melunaskan bayaran pada bank dan insurans. Duit itu dibuat apa oleh pihak KUIN? Adakah ini yang dikatakan oleh Azizan, KUIN tiada sebarang masalah selama ini?