Pages

Saturday 8 December 2012

JAMIL MENIPU DALAM TV9 UNTUK COVER KEDURJANAANNYA


9 Disember - Semalam apabila TV9 menyirkan berita dan video kakitangan KUIN berdemo dan membuat laporan polis kerana kurapsi Jamil tak bayar gaji kakitangan yang telah diambil ke pihak Bank, lalu apabila ditanya oleh wartawan TV 9 , Jamil berkata pihak KUIN dah bayar semua wang yang dituntut kakitangan pada kemarin (Jumaat).

Namun apabila diasak oleh wartawan , kenapa jika dibayar kakitangan KUIN buat demo dan laporan polis, JAMIL TERUS MELETAKKAN TELEFON .... dan apabila wartawan tersebut menelefon semula, Jamil tak angkat.

Inilah sikap Boss KUIN yang selalu menzalimi kakitangannya , kemudian berbohong dan menipu adalah sifat yang diajar oleh Azizan apabila mengeluarkan statement media.

Setelah disiasat, sebenarnya KUIN masih belum membayar tunggakan bayaran bank dari 3 hingga 6 bulan kerana KUIN tak ada duit. Jamil terpaksa menipu masyarakat untuk elak reputasinya jatuh