Pages

Monday 31 December 2012

JAMIL TERAMAT SANGAT TAKUT BERHADAPAN DENGAN KAKITANGAN KUIN

Kuin kini sibuk dengan agenda perpindahan ke kampus Kuala Ketil yang dijangka pada hujung bulan Januari 2013. Sepatutnya pada ketika ini Jamil patut buat perjumpaan dengan semua staf dan berbincang dengan semua staf pasai isu perpindahan dan staf pula boleh mengemukakan masalah terus kepada Jamil.

Sebaliknya staf hanya dapat maklumat melalui ketua jabatan yang tidak mampu menjelaskan beberapa masalah yang dibangkitkan oleh staf. terutama mengenai kebajikan mereka dalam proses perpindahan ke Kuala Ketil

Jamil harus mengambil peluang ini untuk bersemuka dengan staf dan menjawab segala persoalan berkaitan dengan perpindahan ke Kuala Ketil.

Jika dulu Jamil berani mengumpulkan semua staf dan bercakap dengan staf mengenai arah tuju Kuin seperti yang pernah dilakukan di Old Village dan di Institut Aminuddin Baki mengapa tidak lakukan perkara yang sama pada ketika ini.

Staf mempunyai banyak persoalan untuk dibangkitkan tentang perpindahan terpaksa ini. Kalau Jamil rasa perlu panggil Azizan jemputlah dia sama dan biar dia tau apa masalah staf.

Jamil tak boleh biarkan staf dalam dilema kerana ini akan mengakibatkan prestasi kerja mereka tambahan pula tiada sebarang insentif diberikan untuk staf berpindan iaitu tiada kenaikan gaji dan bonus yang akan meringankan bebanan staf.

Semua ini menggambarkan ketakkutan jamil berhadapan dengan kakitangan. BERANI KERANA BENAR