Pages

Sunday 30 December 2012

2 0 1 2 : SOROTAN ISU PERJUANGAN GERAKAN BERSIH KUIN, MEMBELA KEBAJIKAN KAKITANGAN KUIN YANG DIMAMAH RATAH JAMIL

19 Februari 
Sekumpulan Pelajar KUIN dan pelajar dari pelbagai latarbelakang dari Lembah Kelang telah mengadakan demonstrasi di hadapan Wisma Darulaman bagi mendesak Jamil meletak jawatan kerana gagal menjaga kebajikan pelajr.

Mei 2012
Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN yang dipengerusikan Azizan , MB Kedah (Menteri Bohong) memutuskan untuk buat kali pertama dalam sejarah semenjak KUIN ditubuhkan pada 1995 tidak mengikut pekeliling Kerajaan bagi tujuan kenaikan gaji 13 % dan keniakan elauan sara hidup RM 50

10 Mei 202 
5 Pelajar KUIN yang menyaman KUIN kerana mengenakan hukuman gantung pengajian 1 hingga 2 semester  hanya kerana kerana menegur Jamil yang mengabaikan kebajikan pelajar MENANG SMAN ke atas KUIN di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. karpal Sigh yang mewakili KUIN malu kerana dikalahkan pelajar KUIN.

14 Mei 
Pihak wakil Gerakan BERSIH KUIN telah pergi bertemu MB Kedah di Kediamannya di Jalan Sultanah bagi membincangkan hal berkaitan kebajikan kakitangan KUIN. Namun seperti dijangka Jamil dianggap kekasih oleh Azizan . Tiada jalan penyelesaian jika berbincang dengan MB yang perongos.

20 Mei 
Us Mohd Aski mewakili kakitangan KUIN menerusi Majlis bersama Jabatan telah membuat memorandum mengenai kebajikan kakitangan KUIN yang diabaikan oleh Jamil agar mendapat perhatian ahli Lembaga Pengarah KUIN dan Top Management KUIN. Memorandum adalah berkaitan :
1. Potongan gaji kakitangan KUIN yang tidak dibayar oleh pihak KUIN kepada Bank dan institusi kewangan melebihi 4 bulan , sedangkan potongan telah dibuat di dalam slip gaji kakitangan KUIN
2. memohon agar kenaikan gaji kakitangan KUIN di buat selaras dengan pekeliling Kerajaan yang diguna pakai oleh semua agensi Kerajaan dan Badan Berkanun lain
3. Menaikkan jumlah caruman KWSP bagi pihak majikan kepada kakitangan.

23 Mei 
Jamil memanggil Mr SS dan pensyarah undang-undang KUIN untukmembincangkan tentang persiapan perundangan bagi tujuan mengekang kebangkitan kakitangan yang menentang Jamil

24 Mei 
Solat Hajat dan bacaan Yasin Mega buat kali pertama  di adakan di MAsjid Rahmah Taman Wira bersama penduduk setempat bagi memohon kepada Allah agar hak kakitangan dikembalikan.Majlis mendapat sambutan luar biasa daripada kakitangan KUIN.


Sejurus selepas bacaan Yasin dan solat hajat kakitangan KUIN beramai-ramai berkumpul di sebuah restoran di Alor Setar untuk menyatakan kesediaan menolak Jamil yang merampas hak kakitangan KUIN.

28 Mei 
Us Aski dan tawfek sepatutnya akan mengadakan perjumpoaan tertutup dengan jamil  bagi menuntut hak kakitangan KUIN di Pejabat Jamil yang juga akan disertai oleh Madam Azlina, Mr SS dan Zakaria Man namun pada hari yang sama jam  jam 3.30 petang didapati unsur belot berlaku apabila Madam Azlina, Mr SS, Zakaria Man  Wan Sulai mengadakan pertemuan sulit dirumah Jamil di Bukit Indah Water Jitra. Kelihatan kereta Mr SS dan Madam Azlina dihadapan rumah Jamil

30 Mei 
Jamil ,  menurut maklumat awal bercuti, tiba-tiba ada di Pejabat. Lantas Us Azki, Sajiah, Tawfek, Asri dan Arif  terus bergegas ke pejabat jamil yang cuba larikan diri dari menyelesaikan masalah kakitangan KUIN . Namun apabila permohonan dibuat untuk bertemu dengan Jamil , Jamil hanya bertemu dengan Us Aski seorang sahaja. Us Azki mewakili kakitangan KUIN yang diabaikan kebajikan bertemu untuk meluahkan semua permasalahan secara profesional dan gentleman , face to face dengan Jamil . Jam 12.30 Us Aski keluar dari Pejabat Jamil

Malangnya, dengan sifat dendam dan tak boleh ditegur , Jamil hanya dalam tempoh 3 jam 30 minit telah mengeluarkan surat menukar tempat tugas us Aski dari Mergong ke Kuala Ketil pada jam 4 petang. Sejarah, satu-satunya surat pertukaran kakitangan ditandatangani oleh Rektor bukan jabatan poendaftar.

Pada tarikh yang sama kakitangan dilanda masalah gaji yang lambat dimasukkan terutamanya kakitangan ber'gred' 45 ke atas kerana KUIN menghadapi masalah kewangan kritikal.

7 Jun 
KUIN menghadapi masalah internet apabila internet KUIN dipotong kerana wang disalurkan kepada Insaniah Holdings Sdn Bhd  tidak dibayar kepada pihak terbabit oleh Insan Syastem Sdn Bhd. Menurut sumber nilai tunggak hampir mencecah RM100,000.00

11 Jun 
Buat kali pertama kakitangan KUIN menganjurkan himpunan yang dinamakan "BERSIH KUIN 1.0 (Gelombang Putih kali pertama)".Sambutan yang sangat hangat daripada majoriti kakitangan, antara aktiviti yang diadakan :
1. Memakai pakaian kerja bewarna putih oleh semua kakitangan
2. Menunaikan solat Dhuha oleh kakitangan di Surau KUIN 
3. Berpuasa Sunat dan berbuka puasa secara beramai-ramai.
4. Menunaikan Solat Hajat dan Bacaan yasin

Namun apa yang malngnya  Mr F sanggup mengoyak dan menanggalkan poster menyeru kakitanagn solat Dhuha di Surau

19 Jun 
Gelombang Putih kali kedua  oleh kakitangan KUIn secara beramai-ramai akan menyerahkan memorandum kedua kepada YAB MB Kedah yang dijangka akan hadir merasmikan Majlis Kuali T di Dewan Besar KUIN. MB tak hadir dan diwakili  Taulan. 

Walaupun dikawal ketat oleh pasukan keselamatan KUIN namun strategi pihak Gerakan BERSIH KUIN yang berpakaian serba putih berjaya menyerbu Taulan sebaik sahaja selesai program dan menyerahkan memorandum yang menyentuh hal kebajikan kakitangan dan memohon mendapat penjelasan formal sama ada KUIN swasta atau Badan Berkanun. Memorandum diserahkan oleh Us Aski dan Puan Sajiah.

20 Jun 
Satu memo telah dikeluarkan oleh Majlis Bersama jabatan yang ditandatangani Us Aski mendesak agar Jamil mengadakan perjumpaan tertutup secara sebuah keluarga dan adik beradik bagi menyelesaikan dan memberi penjelasan tehadap isu berbangkit tanpa melibatkan orang luar. Namun Jammil penakut dan tak mahu mengadakan pertemuan tertutup tersebut.

22 Jun 
Pihak KPT bahagian penguatkuasaan seramai 3 orang telah datang ke KUIN membuat pemeriksaan mengejut kerana didapati KUIN menjalinkan kerjasama akademik secara tidak sah dengan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU).

25 Jun 
Sehingga 25 Jun , walaupun memorandum telah dihantar kepada semua ahli lambaga pengarah dan top managenent tentang kegagalan KUIN membayar wang pekerja kepada pihak ketiga seperti Bank walaupun gaji kakitangan dipotong di dalam slip gaji, namun Jamil masih menjadi seperti kerbau bodoh dengan tidak mengendahkan keluhan kebajikan kakitangan. maka kakitangan telah merancang untuk mengadakan sesuatu yang belum pernah terjadoi kepada KUIN sebelum ini.

Kemasukan pelajar baru Jun Intake amat merosot berbanding tahun sebelumnya walaupun penawaran program banyak, namun krebiliti KUIN semakin tercalar 

Julai intake 2010 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1900
Julai intake 2011 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1600
Julai intake 2012 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri   900


26 Jun 
Kakitangan KUIn membuat laporan polis di IPD Kota Setar ke atas Pecah Amanah Jamil dalam menguruskan KUIN hingga gaji kakitangan KUIN tidak diurus dengan amanah . Gaji yang sepatutnya dipotong seperti di dalam slip untuk dibayar kepada pihak ketiga , tidak dilakukan oleh Jamil.

28 Jun 
Pemandu KUIN En Yusuf yang diarahkanmenamatkan perkhidmatan , walaupun telah menandatangani opsyen umur bersara wajib 60 tahun telah memfailan representasi di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan (JPP) 1967 di Pejabat JPP Anak Bukit.

2 Julai 
Jamil dan Azizan mengetahui tentang perancangan kakitangan ingin mengadakan demonstrasi di dalam KUIN mula gelabah , lantaran itu satu pertemuan sulit diadakan jam 10.30 malam bersama Azizan di kediaman MB Jalan Sultanah bersama kuncu -kuncu Jamil seperti Wan Sulai, WAn Kuali T, Mr SS, Azni, Ramli Mayat dan Jamil .

3 Julai 
Pihak kakitangan KUIN setelah semua luahan dan pendekatan diplomasi (sila rujuk artikel sebelum ini) dengan pihak KUIN dan Jamil ditolak Jamil ,bahkan Jamil enggan berunding dan bertemu kakitangan, lantas kakitangan KUIN telah mengadakan demonstrasi yang dinamakan "BERSIH KUIN 2.0 - HIMPUN dan DESAK) dihadapan Pejabat Rektor jam 1.30 tengahari. Seramai lebih 200 orang kakitangan KUIN berhimpun mendesak Jamil meletakkan Jawatan kerana gagal menjaga kebajikan kakitangan KUIN .

5 Julai 
Pihak Gerakan BERSIH KUIN melancarkan kempen SMS kepada Jamil yang mengabaikan kebajikan kakitangan ke no handsetnya  0162382340

10 Julai 
Piahk Gerakan BERSIH KUIN mengadakan Majlis Hi Tea di WNS Homestay jam 5 petang yang mendapat sambutan amat luar biasa dari semua kakitangan KUIN. Antara tujuan majlis tersebut ialah ucapan terima kasih kepada semua kakitangan KUIN yang memberikan kerjasama menjayakan demonstrasi BERSIH KUIN 2.0 , meraikan Tuan Haji Najib (Pendaftar) dan En Yusuf (Pemandu), yang menjadi mangsa kezaliman Jamil apabila mereka diarah berhenti perkhidmatan tanpa memngikut prosuder yangsah.

16 Julai 
Jamil dan kuncu-kuncunya diarah bertemu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya kerana banyak masalah telah ditimbulkan Jamil. Dalam pertemuan tersebut Jamil di 'bamboo' sakan oleh KPT.

Pada tarikh yang sama , sidang DUN berlangsung dan isu kebajikan kakitangan KUIN antara yang hangat dipersoalkan oleh ahli YB

Pada sebelah malamnya pula satu pertemuan tertutup telah diadakan oleh Mr F, Madam Azlina dan Nadia bersama semua AJK Bahagian Pemuda PAS Kedah bagi menjelaskan isu  KUIN. Mr F dan Madam Azlina naik pentas politik bagi mempertahankan kedurjanaan Jamil terhadap kakitangan KUIN.

19 Julai 
Gerakan BERSIH terus mendapat sambutan kakitangan KUIN apabila berjaya menganjurkann Majlis Bacaan yasin dan Solat Hajat orang yang dizalimi bertempat di Dewan KCS INSPIN jam 7 hingga 9 malam.

30-31 Julai 
Jamil menghimpunkan kroninya kerana Jamil mendapat arahan daripada mesyuarat exco Kerajaan Negeri untuk membentangkan perbelanjaan mengurus dan tadbir KUIN kepada mesyuarat Exco  pada minggu berikutnya. Sehubungan itu satu perbincangan dibuat di hotel Swiss Inn untuk dibincangkan perkara tersebut disamping hal berkaitan skim-skim yang lain .Antara kuncu-kuncu Jamil yang kelihatan setelah dirisik oleh skuad BERSIH KUIN ialah Wan Sulai, Mansor, Akif, Muslim, Besar, Mr SS

Namun pada hari yang sama (31 Julai) mesyuarat exco ditangguhkan Azizan kerana Azizan menyedari bahawa kekasihnya Jamil gagal dan tak akan dapat membentangkan penyataan sebagaimana dipohon. Sehingga kini Jamil tak berani nak bentang laporan kewangan KUIN kerana akan membuka pekung kurapsi pentadbirannya.

31 Julai 
KUIN disaman buat kali kedua selepas KUIN dimalukan setelah kalah dengan saman pelajar walaupun KUIN diwakili peguam Karpal Sigh. Kali inin KUIN disaman oleh Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd sebanyak 3 juta di Mahkamah Tinggi Alor Setar setelah KUIN enggan membayar hutang seperti yang ditandatangani dalam perjanjian . Antara saksi yang dipanggil memberikan keteranga dimahkamah ialah Jamil, En Latif, Akif. Walaupun ketika itu permulaan bulan ramadhan namun Jamil masih berdaya untuk berkata tidak benar dalam kandang mahkamah(kisahnya akan menyusul dalam siri bukti minit palsu)

1 Ogos 
Jamil sedar tekanan kepadanya semakin memuncak kerana penyalahgunaan kuasa dengan pertindihan 2 kuasa dalam satu masa iaitu sebagai Rektor KUIN dan masa yang sama sebagai CEO Insaniah Holding Sdn Bhd. Lantas Jamil bermesyuarat jam 9 pagi di bilik HEP untuk menukar dengan CEO baru. Mesyuarat bersetuju melantik Ramly mayat sebagai pemangku CEO yang baru.

7 Ogos 
Sya'ya (mantan CEO Insaniah Hoildings Sdn Bhd ) telah mengirim satu email sulit kepada Jamil menyatakan hasrat untuk membeli 90 % ekuiti KUIN dan menyerapkan kakitangan KUIN dibawah  syarikatnya.Isu ini mendapat laporan hangat daripada media nasional.

8 Ogos 
Masalah kritikal KUINsehingga bermasalah untuk membayar gaji kakitangan melibatkan seorang taukeh balak yang memberi secara tidak langsung sebanyak 2 juta 

14 Ogos
Majlis Berbuka Puasa Mega BERSIH KUIN  diadakan di restoran Tepi Sungai BangLah  pada 25 Ramadhan telah berjaya menghimpunkan kakitangan dan keluarga agar dapat menikmati juadah berbuka puasa . Majlis dijalankan dengan jaya dan meriah

5 September 
Jamil yang terkesan dengan penyebaran email sulit Sya'ya menyatakan hasrat membeli KUIN lantas membuat alasan seolah -olah bagi Jamil PA nya Puan Kamilah telah terlibat dengan kebocoran email tersbut, lalu Jamil mengadakan pertemuan yang turut dihadiri Mr F, Mr SS. Pada hari yangsama Kamaliah ditukar ke Jabatan lain

10 September
Sambutan Aidil Fitri KUIN yang diadakan di Dewan KUIN tidak mendapat sambutan daripada kakitangan KUIN. Semua kakitangan KUIN yang tidak berpuasa sunnat 6 keluar pada rehat dan memboikot Majlis tersebut. Mereka sanggup pergi menjamu jamuan aidilfitri Jabatan luar daripada menjamu jamuan bersama Jamil dan Kuncunya yang zalim.

14 September 
Gerakan BERSIH KUIN menganjurkan Majlis Riang Ria Aidil Fitri bertempat di WNS Homestay bermula jam 9 malam. Pelbagai juadah dan aktiviti kanak-kanak diadakan. Sambutan menjangkaui jangkaan di kalangan kakitangan dan keluarga masing-masing.

17 September 
Konvo KUIN 2012 yang lebih dikenali  dengan Konvo 13 % menyaksikan beberapa aksi menarik :
1. Azizan rebah terduduk dalam bilik santapan di hadapan SPB Agong 
2. Mr F (PRO) ditegur protokol Istana negara kerana pengurusan protok berbentuk 'one man show'
3. 7 graduan Ijazah tahfiz menerima skroll daripada SPB Agong yang tiada nilai apa-apa kerana tidak mendapat pengiktirafan daripada MQA.

22 September
SADA memotong bekalan air di Kampus Stargate kerana KUIN gagal lunaskan bil tertunggak.

28 September 
Disebabkan masalah kewangan kritikal melibatkan gaji kakitanagn yang tak dapat dibayar, hutuang tertunggak pemilik bangunan stargate mencecah 9 bulan dan lain-lain lagi, menyebabkan Jamil dengan muka tak malu mengarahkan pegawainya pergi ambil duit Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Bekalan elektrik di kampus di Bandar Amanjaya dipotong selama 2 hari kerana KUIN gagalmenjelaskan bayaran tertunggak bil elektrik yang mencecah RM 50,000.00

31 Oktober 
Shake Cuisine Sdn Bhd . yang menyaman KUIN menang di Mahkamah tinggi Alor Setar  dalam kesa saman ke atas KUIN. Mahkamah mengarahkan KUIN membayar sebayak 1.6 Juta kepada  Shake Cuisine Sdn Bhd .

12 November 
Pihak Perasatuan Silat gayung Kebangsaan mengadakan laporan polis dan himpunan aman dihadapan balai  Polis IPD Kota Setar bagi memohon siasatan dibuat dalam isu 7 graduan Ijazah Quran tidak iktiraf

13 November 
Piahk GPMS KEdah telah mengadakan laporan polis terhadap KUIN yang mengabaikan kebajikan 7 graduan Ijazah Quran yang tidak mendapat pengiktirafan MQA

16 November 
Pihak  Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah mendedahkan dalam sidang akhbar mereka di Kulim mengenai tindakan KUIN menggunakan minit mesyuarat palsu sebagai dokumen bukti di Mahkamah bagi berhadapan dengan saman Shake Cuisine Sdn Bhd . Minit mesyuarat tersebut telah diarahkan Jamil untuk dibuat secara tipu dan palsu untuk memenangkan KUIN secara matlamat menghalalkan cara.

17 November 
Pihak  Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah membuat laporan polis di IPD Kulim ke atas jamil yangn didapati menggunakan minit mesyuarat palsu sebagai dokumen bukti di Mahkamah bagi berhadapan dengan saman Shake Cuisine Sdn Bhd . Minit mesyuarat tersebut telah diarahkan Jamil untuk dibuat secara tipu dan palsu untuk memenangkan KUIN secara matlamat menghalalkan cara.

26 November 
Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN memutuskan bahawa bonus 2012 kepada kakitangan KUIN TIDAK AKAN DIBAYAR. Satu lagi episod pengabaian kebajikan kakitangan KUIN.

Awal Disember

Kakitangan  KUIN terus dirundung maslaah dan tertekan kehidupan apabila ramai mendapat surat amaran Bank untuk menyaman, menarik balik kereta, tidak melulusakan pinjaman ... hanya kerana gara-gara masalah kewangan KUIN kritikal tak bayar duit kepada Bank daripada gaji pekerja sedangkan gaji pekerja telah diambil dan dipotong daripada slip gaji.

7 Disember 
jam 9 pagi Himpunan Aman dan Laporan Polis dibuat oleh kakitangnan KUIN di Pejabat IPD Kota Setar atas Pecah Amanah jamil dan himpunan tersebut mendesak JAMIL letak jawatan. Himpunan tersebut lebih dikenali sebagai BERSIH KUIN 3.0 (gelombang putih).

13 Disember 
KUIN menerima Pendaftar baru Dato Latifah Hassan menggantikan Tuan Haji Najib yang dizalimi Jamil dengan memberhentikan pencen secara mengejut.

19 Disember 
Jamil terkena tamparan hebat apabila Jamil tidak dijemput dan di KIV kan ke Majlis Konvokesyen Khas UUM di Istana Negara  kerana UUM memaklumkan pihak Istana Negara mengarahkan jemputan Jammil dibekukan.

21 Disember 
Pihak GPMS KEdah tampil membuat sidang akhbar apabila didapati pihak KUIN tidak serius dan memandang rendah isu kebajikan 7 pelajar Ijazah Quran yang tidak diiktiraf MQA. Bahkan pihak KUIN sekali pun tidak pernah memanggil dan mengadakn perjumpaan dengan 7 orang graduan yang menjadi mangsa penganiayaan Jamil.

23-24 Disember 
lawatan panel penilai MQA untuk akreditasi Ijazah Sarjana Al Quran KUIN mengesahkan bahawa kehadiran mereka menilai untuk proses MQA bagi kohort 2 Ijazah Quran yang kini sedang di semester akhhir. Bermakna nasib 7 graduan Ijazah Quran yang tidak diiktiraf terus membelanggu kerana walaupun mereka tamat pengajian , mereka tidak dapat menyambung pengajian dan mendapat pekerja lain.

28 Disember 
GPMS sekali lagi tampil membuat kenyataan akhbar menyatakan mereka telah menyalurkan maklumat 7 graduan yang tidak diiktiraf Ijazah Quran mereka kepada Perda Menteri dan pihak PM telah bersetuju untuk mengambil berat isu ini demi kebajikan pelajar