Pages

Thursday 28 February 2013

PENTAS BERSIH KUIN 1.0 (GELOMBANG PUTIH 05/2013) BERJAYA DENGAN SAMBUTAN LUAR BIASA

28 Feb - Sangat luar biasa sambutan kepada PENTAS BERSIH KUIN anjuran skuad BERSIH KUIN. Dengan bertemakan GELOMBANG PUTIH MEGA OPSS GEMPUR JAMIL DAN AZIZAN, dianggarkan lebih 500 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri majlis tersebut. Keadaan dihadapan Politek MARA Jalan Suka Menanti sesak

PENTAS BERSIH menampilkan Us Baihakhi,Penolong Pendaftar Kanan,Tuan Jai (Fahrizal Asmy), Pensyarah Kulliyyah Muamalat, En Farid Alias, Pensyarah Hospitality dan di pengerusikan oleh En Asri Abdul.

Majlis yang bermula jam 3.30 petang dan berakhir jam 4.30 petang dihadiri oleh penonton yang majoritinya berpakaian serba putih dan mereka tetap bertahan walaupun hujan turun dengan lebat di tengah-tengah bicara pantas BERSIH

Turut kelihatan di dalam Pentas tersebut Dato Mukhriz Mahathir, SETPOL MB Kedah, Setiausaha Sulit Belia MB Kedah, Skuad Penerangan Kerajaan Negeri Kedah,

Lagi gambar di bawah


En Asri Abdul, orang lama KUIN menjadi moderator

Pentas KUIN guna lori

Orang ramai khusyuk mendengar

Sebahagian wartawan mencatat isi kandungan ceramah

Us Baihakhi, Pen Pendaftar Kanan menyampaikan ucapan

Wartawan berlindung dari hujan

Farid Alias berucap, Tuan Jai bersiap sedia

Wartawan akhbar Cina

Memberi kenyataan media : bersediakah surat cinta kedua ?