Pages

Monday 18 February 2013

GELOMBANG PUTIH 04/2013 SELAMAT BERJALAN LANCAR :KAKITANGAN KUIN SERAH MEMORANDUM PADA MB KERANA KESAL DENGAN AZIZAN DI WISMA DARULAMAN


Us Mohd Aski Hafizi mewakili 400 kakitangan KUIN menyerahkan memorandum kepada En Helmi Khalid (wakil MB)

19 Februari : Kakitangan KUIN hari ini dengan berpakain putih melambangkan alunan dan gelombang putih yang bergerak keluar dari KUIN ke Pejabat MB Kedah Wisma Darulaman bagi memBERSIHkan KUIN daripada anasir jahat kurapsi pentadbiran KUIN di bawah Jamil dan Azizan.

Penyerahan memorandum itu adalah kerana perasaan kesal kakitangan KUIN kerana MB Kedah mengheret isu KUIN ke kancah politik semata-mata bagi menutup kelemahan pentadbiran KUIN di bawah Jamil sebagai Rektor.

Azizan dalam kenyataan akhbar baru-baru ini menuduh kakitangan KUIN yang cuba berunding dengan jabatan Tenaga Kerja (JTK) adalah sebagai ejen UMNO. bahkan Azizan mencabar mereka bagi meninggalkan KUIN  selain mengeluarkan kenyataan tak mahu ambil tahu isu KUIN semata-mata gelabah dengan kurapsi Jamil memalsukan dokumen dan minit mesyuarat yang di bawa ke dalam Mahkamah Tinggi Alor Setar pada tahun lalu ketika kes saman Shiake Sdn Bhd ke atas KUIN kerana keengganan membayar hutang.
En Helmi Khalid (SU MB Kedah) mendengar penerangan daripada Us Azki (kiri), Sajiah(kanan)  dan Farid (tengah)

GERAKAN BERSIH KUIN menyifatkan tindakanAzizan tidak profesional bahkan sepatutnya Azizan mewujudkan jawatankuasa menyiasat kemelut KUIN yang telah berlarutan hampir 4 tahun bermula dengan demonstrasi pelajar hinggalah menjalar kepada kakitangan KUIN.

Memorandun diserahkan kepada En Helmi BinKhalid (Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Kedah)

Lagi gambar sekitar penyerahan memorandum . Klik "READ MORE"


Lagi gambar di upload esok