Pages

Thursday 14 February 2013

AZIZAN MENGHINA KEBAJIKAN KAKITANGAN KUIN : SKUAD BERSIH KUIN ADA CARA MENJAWAB DAN BERTINDAK !

Azizan biadap tak mau ambik tahu KUIN kerana tahu Jamil bersalah
Azizan terus biadap dan kurang hajar semata-mata mahu menjaga kawan rapatnya Jamil walaupun terang-terang Jamil telah melakukan penipuan dan jenayah yang besar dengan menipu dan memalsukan dokumen rasmi KUIN untuk digunakan di mahkamah Tinggi Alor Setar.

Azizan dalam Utusan Malaysia berkata , dia dah tak mahu ambil tahu mengenai KUIN terutama isu berkaitan pemalsuan dokumen palsu. Ini bermakna Azizan telah melanggari manifesto pilihinraya yang menjanjikan KEBAJIKAN RAKYAT DIUTAMAKAN.
"Aku Pening apa pulak nak jawab ni:" Azizan semasa skuad BERSIH KUIN pergi kerumahnya,tahun lalu mengakui amat takut dengan berita KUIN dalam media

Azizan dengan lantang MENGHINA kakitangan KUIN dengan menuduh mereka adalah ejen UMNO, sedangkan majoriti yang melawan Jamil dan Azizan dikalangan orang kuat PAS dalam KUIN. Bahkan UMNO pun jarang ambil reaksi dalam isu KUIN.

Kenyataan akhbar Azizan yang beliau tak mahu ambil tahu mengenai KUIN, hanya kerana sebenarnya dia tahu bahawa Jamil telah melakukan jenayah yang besar iaitu memalsukan dokumen rasmi KUIN dan digunakan di Mahkamah Tinggi Alor Setar semasa perbicaraan saman Shake Sdn Bhd, yang menyaksikan syarikat itu menang saman ke atas KUIN. Takkan lah Azizan tak mahu ambil tahu pasai KUIN sedangkan arahkan orang besar gubal segera undang-undang tatatertib untuk buang staf yang sering mengancam kedudukan beliau.

Azizan boleh selesaikan masalah babi, masalah orang cina, masalah judi dan pusat hiburan... tapi atas sumpah kakitangan KUIN yang dizalimi sejak 4 tahun yang lalu , sekali-kali Azizan akan tidak dapat menyelesaikan masalah KUIN...... Azizan bakal dihukum dalam masa yang terdekat... Jamil juga akat turuti.. itulah doa orang yang dizalimi oleh JAZAN (Jamil dan Azizan)



Jika Azizan berkata minta staf KUIN keluar dan tinggal KUIN, namun bermula minggu hadapan kakitangan KUIN menerusi Gerakan BERSIH KUIN akan membuat kejutan besar-besaran untuk mengeluarkan Azizan dan Jamil dari KUIN dengan pembongkaran maklumat sulit berdokumen tinggi untuk dipaparkan dan disebarkan kepada khalayak ramai.
UTUSAN MALAYSIA Nasional : 14 Februari 2013

Kita dah lama bersabar, bukan sekadar hak kita dinafikan, kebajikan kakitangan KUIN diperkotak katikkan , bahkan kita diikat dan diterajang Jamil dan Azizan,,... ini sudah melampau, sudah sampai masanya kita akan bongkarkan dokumen sulit Jamil danAzizan yang membuktikan tiada amanah dan integriti dalam pentadbiran mereka.

"BERANAI 2013 : DEDAH, BUKTI, DOKUMEN"