Pages

Monday, 11 February 2013

KONTRAKTOR PEMASANGAN PENGHAWA DINGIN BUAT LAPORAN POLIS KERANA INSANIAH HOLDING GAGAL BAYAR HUTANG 2 TAHUN LALU

Sinar 9 Februari : KONTRAKTOR DITIPU TAK BAYAR RM RM27,000.00 PASANG AIR COND INSANIAH STARGATE
Seorang kontraktor bumiputera pembekal pemasangan alat penghawa dingin  di kampus KUIN Stargate melakukan laporan polis di IPD Kubang Pasu kerana keenganan pengurusan Insaniah Holding  membayar hutang sejak pemasanan dibuat november 2 tahun yang lalu.

En Mahadi mendakwa syarikatnya mengalami kerugian apabila tidak dibayar sebanyak RM 27,000.00. Beliau juga mendakwa walaupun pihak INSANIAH Holding berjanji nak bayar tapi hingga kin tidak membuat bayaran.

Dijangkakan beliau memberi tempoh tertentu kepada pengurusaan INSANIAH Holding untuk membuat pembayaran, jika gagal , semua alat penghawa dinging akan disita dan ditanggalkan dan KUIN mungkin akan menanggung kemaluan yang amat besar.