Pages

Friday 1 February 2013

KUIN ANTARA 9 IPT YANG BAKAL DISEMAK SEMULA KPT

KUI
Kosmo : Nasional 1 Februari 2013

Sumber :
CYBERJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi mengenal pasti sembilan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bakal menjalani semakan kelestarian tahun ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
KUIN antara IPT yang banyak mendapat aduan tentang prestasi dan perkhidmatan yang tidak memuaskan
IPTS tersebut ialah Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Malaysian University of Science and Technology, AIMST University, Twintech University College of Technology, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Linton University College, Kuala Lumpur Metropolitan University College dan Lincoln University College.
KUIN antara IPT dikesan mempunyai masalah pengurusan IPT terburuk
Beliau berkata, semakan kelestarian itu merupakan satu "pemeriksaan kesihatan” ke atas IPTS untuk memantau pentadbiran dan penawaran perkhidmatan serta program yang ditawarkan.
“Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS akan melakukan semakan kelestarian ini yang dijangka bermula bulan Februari ini.
“Terpulang kepada jawatankuasa ini bila selesai kajian tersebut. Tindakan (semakan kelestarian) akan dibuat oleh Sektor IPTS kementerian,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Universiti Malaysia of Computer Science and Engineering (UniMy) di sini hari ini. - BERNAMA