Pages

Monday, 4 February 2013

PERASMIAN KAMPUS KUIN KUALA KETIL (KKK) : AZIZAN DAN JAMIL MENGHINA YDP AGONG DAN RAKYAT KEDAH?

Pada 29 Januari 2013 (Selasa) lalu berlakulah perasmian Kampus KUIN Kuala ketil (KKK) oleh YDP Agong yang pada admin serta warga BERSIH secara lahiriahnya nampak gah dan cantik sesuai dengan kos pembinaannya yang berjumlah RM340 juta.
 

Tetapi disebaliknya, semua warga BERSIH KUIN menganggap perasmian tersebut sebagai satu penghinaan kepada YDP Agong (Tuanku Sultan Kedah Darul Aman) yang kita kasihi, seluruh rakyat Kedah termasuk staf dan pelajar serta kaum keluarga mereka.

Admin kata penghinaan kerana Azizan dan Jamil menyembunyikan daripada pengetahuan YDP Agong khasnya, rakyat Kedah dan warga KUIN amnya keadaan fizikal sebenar kampus tersebut yang belum siap sepenuhnya serta belum mendapat kelulusan beroperasi oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Kos RM340 juta yang diperolehi daripada bank-bank (GLC milik Kerajaan Pusat) diperuntukkan untuk KKK merangkumi pembinaan kolej kediaman pelajar bagi 6,000 orang pelajar, sebuah masjid tepian tasik dan kuarters untuk staf TIDAK WUJUD LAGI semasa YDP Agong merasmikannya tempoh hari.


Jabatan dan Kulliyyah di kampus Stargate dan induk kemudiannya dipaksa supaya pindah segera ke KKK yang dianggap sebagai `perpindahan politik` oleh warga KUIN.

KPT sila buat siasatan yang perlu dan jangan biarkan penghinaan ini.

Inilah penghinaan kepada YDP Agong yang Admin maksudkan iaitu baginda merasmikan sesuatu yang belum sempurna lagi hasil penyembunyian Azizan dan Jamil.

Ini juga bermakna masih terdapat baki wang dari RM340 juta itu?

Kemana perginya wang tersebut jika  `buat kerja secara Islam`.

Admin akan bongkarkan lagi…..

HINA sungguh perbuatan Azizan, Jamil dan kroni-kroninya ini!!!