Pages

Wednesday 20 February 2013

INSANIAH HOLDINGS BAKAL DISAMAN PEMBEKAL YANG TAK DIBAYAR HUTANG BERNILAI JUTAAN RINGGIT

Insaniah Holdings yang merupakan anak syarikat KUIN yang dikatakan langsung tidak mendatangkan keuntungan, kini mula terasa bahang apabila telah menerima banyak  surat 'Cinta'. 

Surat-surat cinta yg dimaksudkan ialah surat daripada peguam-peguam pembekal barangan terutama barangan untuk kulliyyah perubatan yang gagal dibayar sejak dua tahun lalu.

Tuntutan yang bernilai JUTAAN RINGGIT MALAYSIA itu adalah hasil pembelian barangan yg dibeli oleh Insan Medik Sdn Bhd. Menurut surat tuntutan itu Insaniah Holdings diberi tempoh antara 7 hingga 14 hari untuk menjelaskan hutang mereka jika tidak prosiding mahkamah akan dikenakan kepada Insaniah holdings. Kebanyakan pembelian itu dibuat pada tahun 2011 tetapi sehingga kini pembayaran masih belum dibayar oleh KUIN.

Kini pembekal yang teraniaya telah berani tampil membuat tuntutan  dan tindakan undang-undang.Kita lihat apa Azizan dan Jamil akan buat utk menyelamatkan kroni2 mereka di Insaniah Holdings.

Bukti surat cinta tersebut akan dipaparkan dalam blog ini.