Pages

Wednesday 20 February 2013

MESYUARAT LEMBAGA KUIN AKAN GUBAL TATATERTIB UNTUK PENENTANG JAMIL

BERANI 2013 : JATUHKAN JAMIL DAN AZIZAN

Pada 4 Mac ini satu mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN akan diadakan dan akan dipengerusikan oleh Azizan .
Azizan takut berhadapan staf KUIN

Mesyuarat tersebut terpaksa  diadakan lebih awal dan segera kerana bagi mengekang kebangkitan kakitangan KUIN yang semakin berani tampil mendedahkan kepincangan pentadbiran KUIN di bawah Jamil sebagai Rektor.

Antara agenda utamanya ialah bagi menerima pakai penggubalan kaedah tatatertib kepada kakitangan KUIN setelah Azizan menghantar calon pilihannya sebagai pendaftar di dalam KUIN. Perkara ini diakui sendiri oleh Azizan ketika skuad BERSIH KUIN bertemu dengan Azizan di rumahnya pada tahun lalu, bahawa dia akan memasukkan Pendaftar baru yang disebut namanya kepada skuad BERSIH KUIN.

Siapakah mangsa tindakan tatatertib yang akan diambil Jamil. Kami skuad BERSIH KUIN tidak takut dan akan terus menentang Jamil habis-habisan.

Dalam pra perbincangan majlis tertinggi BERSIH KUIN memutuskan akan terus menentang kemungkaran yang dilakukan Jamil dan akan terus mendesak agar Jamil meletak jawatan .. sekali dengan Azizan laa.