Pages

Wednesday 6 February 2013

BLOGGER LETUPKAN ISU KUIN SEWA KUARTES PANDAI TAPI NAK BAYAR HUTANG KAT PPD TAK PANDAI .. MALU KUIN !

Sumber:
Kedahan
Adikwak 
Tudiaaaa!!!! KUIN Seleweng Duit Bayaran Sewa Kuarter Kakitangan Selama 6 Bulan? Duit zakat pun potong tapi pi mana duit tu? MB Kedah Serba Taktau apa bikin????Sat lagi dia jawab " Aku mana tau aihhhhhh..depa x habaq kat aku pun..hangpa kalut aihhh" hahaha..

Beberapa sumber dalaman Kolej Universiti Insaniah (KUIN) memberitahu kami bahawa pihak pengurusan IPT itu tidak membayar sewa kuarters kakitangan mereka kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar.
 
Menurut sumber berkenaan, hutang KUIN kepada PPD kini telah tertunggak selama enam bulan melibatkan kediaman lebih 140 kakitangan dan staf sokongan KUIN yang tinggal di kuarters tersebut.
 
Katanya, prosedur biasa melazimkan kakitangan yang tinggal di situ membayar sewa bulanan kepada KUIN melalui potongan gaji dan pihak pengurusan IPT itu akan membayar sewa bulanan kepada pihak PPD setiap bulan.
 
Sumber kami juga menjelaskan bahawa pihak PPD telah menghantar surat minta hutang kepada Rektor KUIN, Datuk Jamil Osman. Tapi sehingga kini, Rektor “kesayangan” Azizan Razak itu tidak menjelaskan hutang tersebut.
 
Apa sudah jadi dengan KUIN sebenarnya? Mana perginya duit yang dibayar kakitangan kepada KUIN untuk jelaskan bayaran sewa kuarters mereka di Seberang Perak itu?
 
Bila dikatakan KUIN menghadapi masalah kewangan yang teruk, pihak Jamil menafikan dakwaan itu. Kononnya dakwaan itu sengaja diada-adakan pihak tertentu.
 
Padahal, segala dakwaan itu berasal dari kakitangan KUIN yang teraniaya setelah Jamil mengambil alih tampuk pentadbiran IPT tersebut kira-kira 5 tahun lalu.
 
Bermula dari masalah gaji mereka yang lewat dibayar, potongan zakat yang tidak dibayar kepada pejabat zakat, menekan kakitangan yang bangkit menentang kezaliman Rektor dan kini KUIN mampu menyebabkan kakitangan mereka dihalau dari kediaman mereka pula.
 
Sewa bulanan kuarters pun KUIN tak boleh bayar, kah? Bagaimana KUIN nak jelaskan hutang kepada pihak bank yang berjumlah lebih RM40 juta setahun?