Pages

Thursday, 28 February 2013

SURAT CINTA DARI PENDAFTAR KEPADA PEJUANG


Surat Tunjuk Sebab yang dikeluarkan Latifah setelah diarah Jamil

Seperti yang dijangka bahawa Jamil pengecut akan mengarah Pendaftar sebagai Mak turut bagi mengeluarkan surat CINTA gertakan bagi tujuan tatatertib kepada kakitangan KUIN yang mendedahkan kemungkaran yang dilakukannya.

Saya dimaklumkan Dato L (Latifah) adalah bekas pendaftar UUM, tapi dalam surat ini tak betul dala prosuder "tunjuk sebab". Sepatutnya di dalam surat tersebut perlu disebut dengan jelas pekeliling/peraturan/undang-undang/statut mana yang boleh disabitkan dan yang benar-benar dikatakan bersalah ?

Mana perginya penasih-penasihat undang-undang Jamil yang terdiri dari pensyarah KUIN.

Kalau orang tengok surat ini amat memalukan seolah-olah KUIN tak pandai ambil tindakan disiplin sedangkan ada penasihat yang tahu undang-undang pun tak tahu nak nasihat

Tapi Majlis tertinggi BERSIH KUIN semalam telah berbincang dengan peguam memberi jaminan , jika tindakan disiplin diambil, kuasa undang-undang akan digunakan dan kita akan lawan KUIN walaupun mungkin KUIN akan ambil Kapal Singa sebagai peguam. Yang peting kakitangan KUIN jawab dulu surat tunjuk sebab itu dan kita akan terus mendedahkan kemungkaran Jamil dan Azizan beserta dengan bukti dan fakta.