Pages

Tuesday 26 February 2013

SIDANG MEDIA KHAS BERSIH KUIN SEMPENA OPSS GEMPUR JAMIL DAN AZIZAN

Us Aski memberi kenyataan kepada media

26 Feb - Skuad BERSIH KUIN terus BERANI 2013 mengorak kehadapan dengan mengadakan sidang media khas sempena Opss Gempur JAZAN (Jamil dan Azizan) bertempat di Syamim Cafe Jalan Sultanah Mergong.

Kehadiran media elektronik dan cetak amat ramai termasuk wartawan dari akhbar-akhbar cina. Sidang media itu terpaksa dilakukan kerana sikap Azizan dan Jamil nampak enggan mengambil jalan penyelesaian dalam isu kebajikan kakitangan KUIN.


Sebahagian wartawan khusyuk mendengar pendedahan isu KUIN

Antara perkara yang didedahkan ialah mengenai kewujudan Insaniah Holdings dan anak-anak syarikat yang langsung tidak menguntungkan KUIN bahkan menggunakan wang KUIN untuk membayar gaji mereka. Selain itu hal berkaitan pengabaian kebajikan pelajar dan pensyarah juga didedahkan.

Turut diumumkan GELOMBANG PUTIH 05/2013 "PENTAS BERSIH" yang akan diakan di kawasan lapang bersebelahan Politek MARA Jalan Suka Menanti pada 28 Februari (Khamis) bermula jam 3.30. Pada hari tersebut semua masyarakat termasuk pemimpina PAS, UMNO, DAP, PKR dan apa sahaja dijemput hadir. Digalakkan memakai pakaian putih.
Sajiah Yaacob, mendedahkan kekusutan akademik di KUIN

Wakil KUIN yang memberi kenyataan ialah Us Mohd Aski Ibrahim dan Puan Sajiah Yaacob.

Lagi gambar sekitar sidang media di bawah


pakat-pakat ambik gambar

Tunggu media tanya soalan


Saleh Ismail, suami Sajiah hadir beri sokongan