Pages

Wednesday 20 February 2013

KUIN DIKOMPAUN OLEH KPT KERANA TIPU DAN LANGGAR PERJANJIAN, 8 RIBU RINGGIT SEORANG PELAJAR

Kolej Islam Darul Ulum
Menurut sumber pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan kompaun kepada pihak KUIN kerana telah didapati bersalah menjalankan program tanpa mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh KPT.

KUIN yang mengadakan hubungan akademik dengan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena , didapati telah menganiaya KIDU kerana mengambil pelajar yang tidak cukup syarat termasuk pelajar yang gagal di dalam peperiksaan STAM dan dihantar ke KIDU, sedangkan syarat yang jelas telah ditetapkan oleh KPT untuk kemasukan ke IPT.

Ini menggambarkan  seolah-olah KUIN masih tidak segan silu menipu termasuk pihak KPT. Mujurlah KPT dapat mengesan dan membuat penyiasatan.

Denda yang dikenakan adalah sebanyak RM8,000.00 (8 ribu ringgit )  bagi satu kepala pelajar yang tidak cukup syarat dan dianggarkan KUIN  terpaksa membayar kompaun kepada KPT sebanyak melebihi 0.2 juta ringgit.

Artikel mengenai isu ini telah dipaparkan dalam blog ini pada 1 Julai 2012 , pihak KUIN telah kalut dan panik apabila disiasat oleh KPT atas kesalahan yang berlaku.... (Lanjut KLIK DI SINI)
Inikah cara bekerja secara Islam ? fikir-fikirkanlah ...